Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 11 September 2020

Cuti-cuti Malaysia: Pulau Pangkor - Day 2 - Island Hopping

Memandangkan hotel tak menyediakan breakfast, pagi tu kami pun berjalan ke pantai. Hampa, tiada gerai yang buka. Nasib baik Mart dah buka, jadi bersarapan mee segera dan roti lah kami pagi tu. Huhu..Plan nya adalah untuk Island Hopping. Kami dapat rate Rm60 untuk 2 orang. BB pun setuju.

Hornbill banyak di kawasan ni


Roti untuk ikan pun disediakan



pakai mcm ni lagi nampak pipi pau..huhu







Brother tu mula2 bawa kami ke sekitar kawasan pantai berdekatan. Dan seterusnya singgah di satu pulau kecil untuk aktiviti snorkeling. Air di sini tak berapa jernih. Tapi ikan2 tersangat banyak. Seronok la ikan2 tu dapat roti. Berebut-rebut..Hihi..Kawasan ni pun penuh batu tajam dan licin dalam laut. Dah la masing-masing tak pakai kasut. Naik ke pantai semula baru la perasan luka-luka kecil di kaki. 





Next, kami ditinggalkan sekejap di Giam Island. Pulau nya kecil sahaja dan boleh nampak Pantai Nipah di kejauhan. Masa ni, hanya kami berdua sahaja yg berada di pulau tersebut. Memang sakan berendam dan berposing di tepian pantai gitu. Tinggal nak nyanyi lagu bercanda di tepian pantai je lagi. Nasib baik tak bawak pario. Kihkihkih. 

Aktiviti mengusik timun laut









Sebelum balik ke Teluk Nipah, kami dibawa keliling untuk melihat rock formation yang menyerupai pelbagai bentuk. 


Dah balik bilik, mandi dan tidurlah kejap..Sememangnya aktiviti laut ni memenatkan badan..


Cuti-cuti Malaysia: Pulau Pangkor - Day 1 - Pantai Teluk Nipah

Lepas check-in, kami pun baring-baring melepaskan Lelah. Lebih kurang pukul 6, barulah decided nak jalan-jalan sekitar Teluk Nipah. Masa ni tak rasa nak sewa motor lagi. Saja ambil angin tepi pantai. Singgah di Mart sambil beli jajan. 





Tapi dekat nak Maghrib tu baru perasan banyak kedai tak bukak untuk makan malam. Agak pelik di situ. Sebab PKPP kah ramai yang tak bukak. Hanya ada satu restoran je yang beroperasi. Tapi sudah penuh di book oleh pengunjung. Owner tak pasti pukul berapa ada meja yang kosong. End up kami pun sewa motor di hotel untuk 2 jam dan terus ke pekan Pangkor untuk cari makan. Makan tomyam yang agak cair. Dan sayur kangkong portion yang amat sedikit. Jadi, tak payah la kita tangkap gambar..Hahaha..

Balik ke Teluk Nipah, kami pun rilek-rilek di tepian pantai, nak pula ada café yang agak romantic gitu. Layan je lah angin laut waktu malam. 







Cuti-cuti Malaysia: Pulau Pangkor - Day 1 - Singgah di Menara Condong Teluk Intan

Minggu cuti Awal Muharram lepas, BB dan aku berkesempatan untuk bercuti pendek ke Pulau Pangkor. Maklumla, sejak PKP ni kita kan kena support Domestic Travelling. Asalkan ikut SOP, ye tak.

Kami bergerak awal pagi, bersama2 orang yg keluar bekerja. Breakfast dulu di R&R Sg Buloh. Kami plan untuk singgah di Teluk Intan. Walaupun orang Perak, aku ni tak pernah hayat menjenguk ke Menara Condong Teluk Intan tu. Ni dah alang2 ke sana, apa kata singgah kejap kan.

Kami sampai dah tengahari, memang time lunch matahari tegak atas kepala. Sampai2 je terus la bershooting gitu.  Takde la apa aktiviti sangat, kecuali nengok Menara tu je.





Ingat nak lunch di Food court berhadapan Menara tu, tapi banyak kedai yang tutup. Nak sampai ke hujung food court, baru ada sebuah dua kedai yg bukak. Kami makan je apa yg ada. Akak tu ada jual Bakso. So, Bakso pun Bakso lah. Besar gedabak jugak meatball dia. Not bad. Kenyang perut dan teruskan perjalanan.

Sampai di Lumut dah hampir pukul 3 petang. Nasib baik la sempat naik Feri kul 3. Ngam2 kami masuk feri, feri pun bergerak. Perjalanan naik feri ni adalah dalam 30 minit, dah sampai di Jeti Pangkor. Memandangkan orang tak ramai, tidakla bersesak2 dalam teksi pink tu. Hanya kami sahaja dlm teksi tersebut.






Di Pangkor, kami stay di Nipah Bay Villa. Booked via Booking.com. Kami pilih bilik jenis chalet. Location dia agak dekat dengan pantai Teluk Nipah. Jalan kaki dalam 100meter dah sampai pantai. Rate pun okay. Review hotel di last entry.

Saturday 8 August 2020

Post MCO Short Trip - Cameron Highland - Sheep Sanctuary

Ni tempat yang agak baru. Terletak di Kea Farm. Untuk elakkan crowd, pagi2, lepas breakfast, kami terus menuju ke Kea Farm.

Tiket masuk RM8 kalau tak silap, termasuk satu box kecil makanan kambing.

Kawasan sebelum entrance. Boleh kalau nak bergambar di sini


Bila turun tangga nak ke kandang, terus diserbu dengan kambing biri2 yang perbagai size dan jinak2 belaka. Geram betul aku especially yang biri-biri kecik. Rasa nak peluk2 bawak balik. Gebu gebas. Dan bulu masing2 memang tebal. Terhibur dengan telatah biri-biri nih. Memang berbaloi datang sini.













Dah puas layan budak bulus tu, kami pun bershopping sebentar di Kea Farm. Beli sayur-sayuran, jagung dan juga tak dilupa, Teh.

Masa kami bergerak keluar, kawasan memang dah sangat sesak. Sepanjang kami drive turun ke arah Tanah Rata, arah berlawanan, trafiknya dah stand still. Memang tak silap keputusan kami keluar awal.

lepas tu, kami singgah di Abang Strawberry, Taman Sedia. Sama juga, penuh sesak dengan umat manusia. Nak masuk cafe memang kena beratur lama, disebabkan meja pun dah penuh. Kami hanya nak beli jem strawberry saja, jadi, scan suhu dan terus ke kedai jem di belakang. 

Bila dah macam ni, mood pun dah merudum untuk jalan-jalan. Makanya kami pun decided untuk turun. Itupun kami stuck juga di parking Tanah Rata sebab nak keluar dari pekan tu masa tu pun dah sangkut..Hahaha..

Memang lepas ni taubat la nak naik Cameron time peak days. Hilang mood weh.