Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday 10 September 2018

Hotel Review: DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Kali ni kami decide to pamper ourselves by staying at this hotel. Sekali sekala berjalan kan. Check-in was smooth. Kami diberi welcome cookies. Besar bak hang sebesar tapak tangan. Warm and delicious fuhh.
Bilik King Deluxe. Sangat selesa. Tilam dan bantal perghh memang tanak bangun la..Haha
Amenities lain, bathroom set by Crabtree, Iron and ironing board, slipper, bathrobe, coffee and tea and other regular amenities. 

View dari bilik

Love the rain shower
nak enterframe jugak

view dari lounge
Choices of tea



view di kala malam
buffet breakfast. sangat banyak choice. Keluar jadi ular sawa..Memang terbaekkk
Berjalan2 di area swimming pool. Time ni dah panas. Mungkin sebab tu takde orang..






Restoran sebelah pool. 

Overall, memang puas hati. Worth the money. Kalau ada budget akan datang lagi. 

Jalan2 Johor: Bazar Karat, Johor Bahru

Malam tu kami pun menapak la ke Bazar Karat. Takde la jauh sgt dari hotel. Nanti nak cari parking satu hal lak. Boleh la exercise sekali. Konon.

Bazar ni berdekatan dengan JBCC. Alang2 sampai, balik nanti boleh la menjengah jap melawat kawasan. Haha.

Baru nak buka gerai
Makan dulu. Ada ala2 food court di tengah2 bazar
Masa ko dah duduk di meja maka berpusu2 lah pekedai2 dan promote menu masing2. Dilambakkan menu-menu depan muka ko tinggal nak pilih je. 

BB pilih nasi lemak kukus. Sedap juga. Aku selera nak makan Naan Cheese. Tapi sayangnya tak semenggah.Cheese tu dia macam spread kan di atas naan instead of dimasak di dalam naan. (paham tak ni? haha). Rasanya agak pelik gitu. 
Tiada apa yang dibeli pun sebab konsepnya ala2 Uptown/Downtown gitu. Jalan-jalan cuci mata je lah.

Jalan2 Johor: Sup Tulang ZZ, Johor Bahru

Okay kami pun meneruskan perjalanan ke JB dari Pontian. Takde specific plan pun di JB melainkan aku nak menjenguk ke Bazar Karat malam nanti.

Alang-alang sampai JB, makanya kami pun singgah la di Sup Tulang ZZ. Dia ada beberapa branch. Boleh la Waze mana yang terdekat dgn korang.
Dah sampai..
Masa sampai ni dah pukul 2.30 ptg, so orang pun dah berkurang. Tapi suasana makan agak damai sebab dipayungi pokok-pokok besar. Boleh pilih nak duduk meja berkerusi atau bersila dalam pondok. Kami pilih yang bersila.
view dari pondok kami

Kami order sup tulang dan telur dadar sahaja. Sup tulang tu agak manis utk tekak aku. Tak tau kenapa lately, aku agak kurang selera dengan sup yang terlalu pekat dan berempah. Dulu ok je. Mungkin kerana penambahan usia..Hahaha poyo tak. Tapi BB memang suka la siap menghirup bagai.



Done makan, kami pun decided nak check-in hotel dan berehat. Malam nanti baru lah keluar jalan2 sekitar. Kali ni kami stay di Double Tree by Hilton. Nanti ku akan  review di entry lain.

Wednesday 5 September 2018

Jalan2 Johor: Taman Negara Tanjung Piai, Pontian

Pagi di Pontian. Ingatkan nak cari breakfast yg special di Pontian, sekali salah warung, makanya makan roti telur aje. 

Sebenarnya, reason aku nak stay di Pontian adalah sebab nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor.

Perjalanan dari pekan Pontian adalah dalam 40 minit. Melalui kawasan kampung2. Selain Tanjung Piai, pengunjung juga boleh ke Pulau Kukup menaiki bot. Tapi sebab kekangan masa, kami hanya ke Tanjung Piai je.

Sebelum sampai ke Taman Negara ni, kami stop di Jeti Tanjung Piai. Since xde signage yg lengkap, kami ingatkan itulah tempatnya. Rupa-rupanya ia adalah Resort dan Seafood Restoran. 
Oh dah sampaikah? Fikirku masa kuar keta
Ada bot2 org kampung juga

Chalet di kejauhan
Taman Negaranya ke depan lagi. Ada parking space yang agak luas. Mari layan gambar.


Tengah panas terik masa nih. Nak masuk ada entrance fee ya. Tak ingat lak berapa RM..Hihi

Ada bilik briefing kalau nak tau info lanjut pasal tempat nih
Contoh makhluk yg diawet
Juga disediakan banner utk info hidupan di paya bakau
 

Menapak. Hujung tu ada pondok



Pondok tinjau yang ditutup
Berjalan mmenikmati pemandangan paya bakau
Kapal-kapal yang berlabuh
udah sampai Arca Globe nih. Jauh juga menapak
ikan belacak melompat-lompat

cubaan menangkap/menyentuh ikan belacak


Pondok tinjau di kawasan lain.
 Dah penat berjalan-jalan sekitar kawasan tu, maka kami pun meneruskan perjalanan ke JB pula.