Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday 15 June 2017

Jalan-jalan Cari Makan; Kuantan; Super Top Ikan Bakar

Dah kenyang, maka kami teruskan perjalanan ke Kuantan, terus ke Teluk Cempedak. Memandangkan public holiday, ramailah umat manusia bertebaran di pantai walaupun cuaca sgt panas membahang. Kami lepak kejap je posing-posing dan makan aiskrim. Hikhik. Ingat nak berjalan romantika tepi pantai tapi memang terik dan akan sunburn la diriku ini nanti. 
Layan gambar tengahari di Teluk Cempedak






Kami terus check-in hotel. Sempat la melelapkan mata kejap sambil menunggu time dinner. Plan nak cari ikan bakar di Tanjung Lumpur. Sama juga mcm lunch tadi, sibukla menggugel resto mana yg yummeh kata orang. Ramai juga yg suggest Ana Ikan Bakar Petai. Tp since resto ni ada branch di Bangi, maka kami abaikan saja. Akhirnya, kami pilih Super Top ikan bakar yang tak kurang femesnya. 

Since kali ni tak nak tamak, kami hanya memilih sotong tepung, pari bakar sambal petai dan ketam blackpepper. Sotong nya sedap, sambal okay tp petainya sikit sangat. Ketam kuahnya extra pekat. Okay, my verdict; overall okay bagi aku tp x boleh lawan Ikan bakar muara sg Duyung, Melaka..Hahha.. Nampakk..Melaka tetap di hati.



Malam tu kami hanya berjalan2 sekitar bandar Kuantan. Singgah di Kuantan Parade tp xde apa2 yg menarik hati. Apa lagi, balik hotel dan zzzzz..

Jalan-jalan Cari Makan: Temerloh, Pahang

Okay, kali ni nak share pasal short trip aku dan BB ke Kuantan hujung  bulan April hari tu. Saja-saja je nak spent time berdua sambil JJCM. Lagipun BB skrg ni keje x tentu masa, wiken belum tentu ada di rumah. Huhuhu..

Pagi2 kami dah bergerak dari Bangi. Ingatkan nak breakfast di Setapak, tapi dah lapar sangat, breakfast di Bangi saje..haha..Macam biasa lah perjalanan melalui Karak tu. Kami plan nak lunch tempoyak di Temerloh. Yela, kalau da sampai Termerloh ni, apa lagi yg dicari kalau tak ikan patin. BB pulak prefers ikan baung. Maka menggugel la aku survey Resto mana yg sedap di Temerloh ni disebabkan terlalu banyak pilihan.
posing dulu sblm isi perut

Cik gugel bgtau yg femes yg org selalu update adalah Restoran Go’Bang Maju Patin Tempoyak. Ada lagi resto yg lain tapi bila di Waze, Resto ni yg paling dekat dgn kami masa tu. Time kami sampai tu dah dekat kul 1pm. Org memang penuh dan agak payah nak cari parking. Kebetulan sebelahnya ada car wash, jadinya kami park di car wash. Alang2 biarlah keta tu mandi sekali..

Kami mmg amek signature dish dia iaitu patin tempoyak. Sayangnya ikan baung x available, maka BB amek patin goreng garing. Dan amek juga acar buah untuk bekalan nanti. Kami mmg amek set nasi yang dah termasuk salad dan keropok. Kuah tempoyak agak pekat dan kena dgn selera walaupun sedikit masam bagi aku.  Licin la juga kami kerjakan. Tp acar buah tu so so saja.


Friday 9 June 2017

Percutian ke Sabah; Lepak di Kota Kinabalu dan pulang. Day 4

Breakfast di Promenade Hotel ni sangat menarik. Agak banyak pilihan yg ada. Dan rasanya juga memuaskan. Agak lama aku dan CIk Ita lepak di situ sambil menikmati makanan. Haha.

Agenda hari itu hanyalah nak mencari luggage utk megganti beg CIk Ita yg dah rabak tu. Selepas chek-out, kami terjah mall yang berdekatan, iaitu Imago Mall. Mall ni agak happening. Nasib baik Cik Ita jumpa luggage yg berkenan. Kebetulan ada tarian kebudayaan masa kami di situ. Memang menarik tertarik kau memang dabomb gitu. Tak puas nengok. Memang sblm tu aku pun ada tanya Cik Ita pasal Cultural Village kalau ada nak dikunjungi nanti. Ok puas hati dah dpt tengok tarian.



 Lunch pun kami lunch di Pizza Hut saje. Itupun jenuh nak menunggu disebabkan kekurangan staff. Padahal customer tak ramai pun. Flight balik adalah 5pm. Sebelum ke airport, sempat juga kami singgah di Masjid Bandaraya, masjid terapung di KK.
dalam masjid
Usai solat, kami pun bergerak ke airport dan memulangkan kereta. Masa pulangkan tu, aku inform la brother tu pasal RPM dan gear problem tu. Boleh pulak dia kata itu perkara biasa. Apa dia ingat aku x tau ke pasal keta. Angin aku kejap tp memandangkan nak balik, aku iyekan saja. Huh.

Perjalanan balik was smooth eventho flight kami delay sejam. Nasib baik dpt meal yg sedap. Terubat lara hati. Hahaha..Berakhirlah sudah kisah percutian yg tak seberapa ni. Next time, boleh ajak BB utk explore pulau2 di Sabah pula.

Percutian ke Sabah; Sepetang di Kota Kinabalu. Day 3

Lepas asar nak ke maghrib, barulah kami keluar berjalan ke arah Waterfront. Dari Promenade nak ke Waterfront agak dekat. Dlm 15 minit sahaja. Boleh juga layan sunset di Waterfront tu.

layan sunset
statue comel..ada lagi statue besar depan sket.
Kami terus ke Food arena berhadapan statue. Hajat nak makan seafood. Terdapat banyak gerai makan. Pilih saja mana yg rasa berkenan di hati. Fresh seafood were displayed in front. Pilih dan timbang dan decide nak masak apa. Kami memilih Gerai Sinar Delima. Itupun atas recommendation blogger yg lain. Teringin nak makan lobster, kami pilih seekor yg sedang2 saja. Pacik tu kata masak telur asin la sedap. Menu lain adalah sotong goreng tepung, dan ketam blackpepper. Lobster tu kuahnya agak pekat. Tp manis jugak isinya. Sotong maveles dan ketam juga agak pekat. Mujur ada sambal jawa yang terangkat. Dengan adanya sambal ni, maka selera pun bertambah. Memang terlebih kenyang malam tu. Total utk 2 orang adalah RM92.




On the way balik, barula kami singgah bershopping. Kalau nak beli ikan bilis atau ikan masin, boleh singgah di pasar Filipina. Adala dalam 2kg jugak ku borong. Di samping ikan masin fevered BB. Dah tu tersangkut pulak di bahagian accessories. Makanya pearl brooch dan bracelet menjadi pilihan. Hihi aku ni kalau x shopping memang tak sah. Itu adalah perkara wajib bila berjalan/travel. Aktiviti malam tu hanyalah lepak2 layan perasaan dan bersiap packing bag.

Percutian ke Sabah; Perjalanan turun dari Kundasang. Day 3

Macam biasa, pagi2 kami dah bangun dan breakfast. Menunya sama seperti semalam..hihi..Cuaca pagi itu agak berkabus yg agak melitupi gunung.
view dari Lodge pagi tu
recommend stay sini
Selepas check-out, kami singgah di Kinabalu Park. Kami park di bawah sahaja dan menapak naik. Rupa-rupanya agak jauh kalau nak berjalan kaki ke Timpohon Gate tu. Seeloknya drive terus ke sana. Kami sempat bertanya di kaunter kalau2 ada coach ke gate tu. Sememangnya ada. Tapi pakcik tu kata, pagi ni mmg tak Nampak puncak sbb kabus tebal. Jadinya rugi kalau bayar coach tapi gambarnya tak cantik. Oklah. Pasrah disitu.
kami park di bawah. sila drive ke atas ye
 



On the way turun, sempat lah singgah di Pekan Nabalu. Boleh juga kalau nak beli ole2 di sini. Aku just beli keropok ubi sahaja. Sebab plan kami adalah untuk bershopping di Pasar Filipina di KK nanti.
view dari gerai Pekan Nabalu
Masa balik ni barulah kami singgah di Jambatan Tamparuli, itupun x sengaja terjumpa masa lalu di pekan Tamparuli. Barulah kami tahu yg ada dua jambatan. Satu moden, satu jambatan gantung. Di bawah jambatan gantung, ada satu lagi jambatan untuk seberang sungai. Yg ni untuk kenderaan lah. Tapinya hanya satu lorong dan tiada guard rail di kiri kanan. Kalo ko tiba2 terbabas alamatnya terjunam ke dalam sungai.
jambatan gantung
 

tiada guard rail. sila berhati-hati
ni jambatan moden
 Selepas tu, teruslah kami ke KK, ingat nak singgah Jesselton Pier sekejap. Tapi mcm xde parking lak. Makanya terus lah ke Promenade Hotel. Disebabkan masih awal untuk check-in, kami lepak2 dulu di Mall berhadapan hotel, iaitu Oceanus Waterfront Mall. Mall ni agak baru. Banyak kedai tak bukak lagi. Tapi Hard Rock café terletak di dlm mall ni. Malas nak jalan jauh2, penyudahnya, kami lunch di Nandos sahaja.

Tuesday 6 June 2017

Percutian ke Sabah; Poring Hot Spring dan Sabah Tea, Kundasang. Day 2

Poring ni terletak selepas pekan Ranau. Kira2 sejam dari Kundasang. Oleh kerana kereta dah rasa semacam, gear macam dah tak betul, mood pun hampir ke laut tp digagahkan juga. Mana taknya, RPM nye turun naik turun naik sepanjang jalan especially kalau mendaki. Lori pun lagi laju tau. Pengajaran lepas ni cari kereta yg okay sket..Haha..

Di Poring pun agak ramai umat manusia bermandi-manda. Kami hanya rendam2 kaki di kolah dan melayan perasaan. Ada juga Taman Rama-rama dan Canopy Walk di mana adanya Jambatan Gantung. Keduanya ada bayaran extra. Di Jambatan Gantung kalau nak bawak HP and camera, juga ada additional charge ya.
panas lit lit. kalo boleh nak terjun sungai
 




kat bawah bumbung2 ni ada beberapa kolah
Selepas Poring, kami terus ke Sabah Tea. Ini lagilah mencabar Viva tersebut. Sebabnya, jalan naik ke Sabah Tea ni tidak berturap. Batu2 agak kasar dan tajam menghiasi jalan. Sepanjang jalan naik, kami hanya bertawakal semoga kereta x buat hal.

Kami decide untuk lunch sahaja di Sabah Tea. Order nasi goreng tp sayangnya agak berminyak. Teh Tarik pandan jadi pilihanku. Nasib baik okay. Sempat juga kami beli ole-ole di gift shop Sabah Tea di samping posing2 mana yg patut. Nasib baik org tak berapa ramai jadi senang nak bergambar.
view dari Restoran
 






Turun dari Sabah Tea, kami meneruskan perjalanan pulang ke Lodge. Yelah, hati dah x seronok mengenangkan kereta yg semput dan hampir2 mati enjin sebab RPM dah turun ke 0! Biar lah si Viva rehat sekejap. Konon2 nak makan megi saja mlm tu tapi disebabkan xde kettle dan kami  malas nak keluar ambil air panas, makanya makan biskut sajalah..hahahahaha..

Monday 5 June 2017

Percutian ke Sabah; Desa Dairy Farm, Kundasang. Day 2

Pagi2 kami da bangun. Breakfast dulu di Lodge. Ada roti, nasi goreng dan meggi goreng disediakan. Kalau nak scramble egg ke, telur mata ke, boleh order dgn staff. Rasa makanannya kurang pedas. Agak tak kena dgn tekak melayu aku nih..hahaha..

First destination pagi tu adalah ke Dairy Kettle Farm. Perjalanan ke farm tu sangatlah mencabar kelasakan Viva kami. Almaklumla, cerun2 tinggi memang semput habis kereta tu. Apa x pernah servis ke keretanya? Hmm.. Dengan susah payah baru lah sampai. Masa ni org dah ramai. Mengikut pembacaan di blog2, bloggers recommend pergi pagi2 buta kalau nak Nampak clear gunung Kinabalu. Tapi malang nasib kami, masa sampai ni, kabus agak tebal dan gunung telah tersembunyi di sebalik kabus itu. Takpelah. Orang kata xde rezeki. 
dah sampai walaupun semput-semput
kabus tebal juga
 


sepatutnya nmpk Gunung Kinabalu di belakang tu
Makanya kami bertebaran lah di Farm tersebut. Cuaca agak sejuk tapi x sesejuk di Switzerland.. Echewahhh..  First activity kami ke kandang lembu dan kambing. Boleh bagi lembu minum susu dan kambing makan rumput. Kena beli ye kawan2, susu dan rumput tersebut. Tp seri nggit dua sahaja. Pengalaman mak bagi makan kedua binatang comel tu. Almaklumla orang bandar katakan. 
bagi lembu minum susu..slalu kita yg minum susu dia..hahaha
 

Next kami makan frozen icecream (sedap weh, sejuk pun sejuk la) dan juga beli susu kotak. Aku beli susu perisa kopi. Sedap gak..Dah puas berposing, kami pun turun la. 
sedap tp sejuk dowh...
Next stop nak ke Poring Hot Spring pulak.