Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 22 May 2018

Company trip - Shangri-La Rasa Sayang Resort and Spa, Penang

Salam Ramadan buat semua. Kejap je kita dah menginjak ke bulan puasa nih.
jadi bulan ni mcm xde mood lagi nak stori pasal makan. Maklumla selalunya aku update blog pagi2 before office hours. Kang citer pasal makan lapar lak pagi2 ni.

Ok just nak stori sikit pasal company trip/meeting di Penang 2 hari selepas mengundi baru2 nih. Trip ni kiranya paksa rela la dari management..Tapi bila dah hampir pada date tu, agenda nya hanyalah full day meeting satu hari penuh, dan selebihnya dari 3 hari 2 mlm tu adalah free and easy. Oklah..Boleh la nak chillax gitu. Nak pulak hotel nya Shangri-La Rasa Sayang, so terubat sikit la lara.

Mari tengok suasana bilik yg kami dapat. Overall, kalau namanya 5 Star hotel, dah tentulah puas hati dgn servis yg diberikan. Room service pun 2 kali sehari. Macam biasa la amenities dalam hotel. Bath and body set, flip flop kalo nak ke pantai, bathrob, welcome fruit, coffee and tea dan iron dan board.

2 super single beds

View dari balkoni
Drinking water. kalo nk bawak balik botol tu kena bayar
ada asam buah pala bawah tudung saji
Buffet breakfast. Sgt bnyk choice dan sedap2 belaka. Makan smpi muntah
Private beach

Nak mandi boleh tp dia letak sigboard beware of jellyfish. tak berani la den...
 Malam first tu, after company dinner, aku and few colleague gi la menapak ke Batu Feringgi town tu nak jenguk ke pasar malam yg dikatakan happening. Tapi bila diperhatikan, kebanyakan barangnya mcm di Uptown je..Cuma ada sebahagian kecil peniaga yg menjual barang yg takde kat tempat lain. End up, kami menapak sampai ke Hard Rock Hotel. Ada la dalam 1.5km dari hotel kami..Hahha..Akhirnya, kami call Grab untuk balik ke Rasa Sayang. Pancit uollsss..

Berpeluh2 masa nih




Itu je kot update kali nih. Malam kedua kami dinner di Padang Kota Lama. Sangat ramai orang dan pada aku, makanannya agak overrated. Lepas makan balik ke Batu Feringgi dan lepak sambil membawang (time ni belum posa lagi..haha) di Starbuck. 

Till then...Adios

Tuesday 1 May 2018

Harrods Cafe, KLCC

Happy Labor Day uolls!

Mari bercakap (menulis) pasal makan. 
Ini kisah lunch date aku dengan Pn Farah. Dah lama kami tak hang out. Decided ke KLCC sebab dah agak lama tak jejak kaki ke sana.

Kami pilih restaurant yg agak fancy untuk mengpamperkan diri. Sekali sekala bolehla..Kalo selalu memang jatuh muflis nanti. Hihi.

So kami pilih untuk ke Harrods Cafe. Staff pun agak friendly. Sebuah bakul diletakkan di bawah meja untuk meletakkan handbag kami.
Staffs' uniform. Topi yg comel
 
Ada juga breakfast set untuk before 12pm. Nasi lemak set with chicken. 

Aku pilih roast beef with yorkshire pudding. Portion nya agak besar. Comes with baked potatoes yg sgt lembut dah sedap, crispy onion rings, salad dan Yorkshire pudding. Daging rib eye nya sangat lembut tapi pejal. Overall, memang puas hati. 
Farah pilih Pan Seared Norwegian Salmon with Prawn. Set comes with Caesar salad, mash potato. Salmon nya lembut dan terasa hanyir. Siapa yg suka salmon akan puas hati. 
For drinks, both of us pilih freshly brewed coffee. Ada 2 pilihan. Tak ingat apa nama my coffee but Farah's was Colombian decaff. Yg Decaff agak light rasanya tapi kopiku agak pekat. 


Memandangkan meal portion besar, maka kekenyangan lah kami. Dessertnya nampak menarik tapi dah tiada ruang dlm perut..hahha..

Next time mebbe boleh dtg untuk Hi-tea.