Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday 8 August 2020

Post MCO Short Trip - Cameron Highland - Sheep Sanctuary

Ni tempat yang agak baru. Terletak di Kea Farm. Untuk elakkan crowd, pagi2, lepas breakfast, kami terus menuju ke Kea Farm.

Tiket masuk RM8 kalau tak silap, termasuk satu box kecil makanan kambing.

Kawasan sebelum entrance. Boleh kalau nak bergambar di sini


Bila turun tangga nak ke kandang, terus diserbu dengan kambing biri2 yang perbagai size dan jinak2 belaka. Geram betul aku especially yang biri-biri kecik. Rasa nak peluk2 bawak balik. Gebu gebas. Dan bulu masing2 memang tebal. Terhibur dengan telatah biri-biri nih. Memang berbaloi datang sini.













Dah puas layan budak bulus tu, kami pun bershopping sebentar di Kea Farm. Beli sayur-sayuran, jagung dan juga tak dilupa, Teh.

Masa kami bergerak keluar, kawasan memang dah sangat sesak. Sepanjang kami drive turun ke arah Tanah Rata, arah berlawanan, trafiknya dah stand still. Memang tak silap keputusan kami keluar awal.

lepas tu, kami singgah di Abang Strawberry, Taman Sedia. Sama juga, penuh sesak dengan umat manusia. Nak masuk cafe memang kena beratur lama, disebabkan meja pun dah penuh. Kami hanya nak beli jem strawberry saja, jadi, scan suhu dan terus ke kedai jem di belakang. 

Bila dah macam ni, mood pun dah merudum untuk jalan-jalan. Makanya kami pun decided untuk turun. Itupun kami stuck juga di parking Tanah Rata sebab nak keluar dari pekan tu masa tu pun dah sangkut..Hahaha..

Memang lepas ni taubat la nak naik Cameron time peak days. Hilang mood weh. 


Post MCO Short Trip - Cameron Highland - Tanah Rata di kala Malam

Eceh tajuk tak menahan. Lepas makan, kami pun balik ke Tanah Rata dan berjalan-jalan sekitar pekan. Saja je nak beromantika jalan berpegangan tangan sambil acah-acah jadi photographer. Kihkihkih.

Malam-malam pun cuaca sejuk dan ada angin juga, maka seronokla jalan ambil angin. Bintang2 pun kelihatan malam tu.


















Post MCO Short Trip - Cameron Highland - Nik Ikan Bakar 2

Okay plan asal nak jengah Pasar Malam. Tapi MasyaAllah, nak masuk parking pun tak boleh. Kami berdua ni kalau orang penuh sesak, memang sanggup cancel plan. Sama je perangai. Haha..Oleh itu, U-turn pun berlaku. 

Kami jalan-jalan di Brinchang, makan Jagung rebus di tapak pasar malam lama, dan end up Dinner di Nik Ikan Bakar 2. Ni pun sebab dok riki2 kat gugel. Nik Ikan Bakar 1 pun terletak di Brinchang, kami pun ada la lalu kat situ, tapi meja semua penuh.Yang Resto 2 ni tidak ramai pun orang. 

Kenapa pilih ikan bakar kat CH? Yelah, nak makan steamboat dan grill, rasanya akan membazir. Sebab masing2 tak lalu nak makan banyak. Bayar mahal2 nanti end up sikit je portion yg kami ambil. Jadi kali ni tukar selera.

Kami order Pari bakar (lupa nak inform, bakar kosong instead of with sambal), Sotong celup tepung, dan tomyam campur. Overall, emm tak sebest yang diwar warkan. Sambal agak manis, sotong dipotong nipis memanjang dalam tepung yang tebal (selalu kan dipotong gelang). Tomyam je yang ok sikit. Huhu..Apa nak dikata..Makan je lah rezeki depan mata. 


Post MCO Short Trip - Cameron Highland - Avillion Hotel, Tanah Rata

Okay sangat puas hati dengan hotel ni. Kami book Deluxe Suite. Check-in smooth. Parking di basement. Hotel ni attached sekali dengan Mall. Tapi Mall ni xde la happening sangat. Ada convenient store, beberapa restaurant dan kedai baju, dan MR DIY

Tapi masa check-in tu, receptionist bgtau yang satellite dish dorang kena panah petir malam sebelumnya, so semua channel TV tak dapat siaran..Oh well..Nasib baik zaman smart phone and Netflix, so tiada issue di situ.

Mari tengok gambar dalam bilik.

Seriously bantalnya bau yang sangat wangi...Sabun apa la yg dorang guna

View dari balcony. Bahagian belakang bangunan

Boleh lepak mengopi kat balcony yang luas

Bilik besar, ada sofa, day bed dan meja makan kecil

Memang syok la lepak baring-baring layan angin sejuk..

Post MCO Short Trip -Cameron Highland - Avant Chocolate

Nampak betapa aku suka naik Cameron. Januari lepas dah naik. Lepas MCO pun naik lagi..Haha..

Aku dan BB naik Julai lepas. Tak ku sangka tak ku duga orang ramai macam semut!!! Memang nasib la pada trip kali ni. Haha.

Kami purposely naik ikut Simpang Pulai sebab nak singgah di Avant Chocolate dulu. Masa kami sampai ni dalam 11 lebih. Tapi orang memang ramai. Kat Cafe tu meja semua penuh. Bila dah ramai macam tu, ko rasa ada ke penjarakan sosial...Huhu..

Kalo nengok kek dan aiskrim tu memang la menarik. Harga agak mahal ya. Kalau nak try apa salahnya kan. Nama pun cuti. Disebabkan ramai, end up kami tak duduk pun minum2. Just jalan2 kejap dan riki2 cookies dan chocolate dan terus beredar. 








On the way turun, sebelum sampai Kg Raja, jalan dah start jem. Memang gerak slow2. Ingat nak try Safari Adventurous tu, tapi masa tu tengah panas terik. Takde rasa sejuk langsung. Maklumla kami ni kan puteri/putera lilin..Haha..Cancel la pulak..


Lepas tu hajat nak singgah Lavender Garden, sekali takut tengok crowd yang sangat ramai. Parking pun nan hado. Makanya kami pun pass by je la..Aduss..cuti apa mcm nih. 

Memang sepanjang jalan tu, mana2 yang ada tourist spot, orang macam semut. Point jem nya adalah Kea Farm tu. Lepas Kea Farm ke Brinchang, jalan dah smooth. Vice versa pulak jalan dari Brinchang naik Kea Farm. Bertabahlah masing-masing. 

Untuk lunch, malas nak fikir panjang, kami hanya makan di Food Court di Tanah Rata, dan terus check-in hotel.