Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 21 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Pattra Ville Resort - Hotel review

Bukan senang nak pilih hotel/resort di Koh Samui ni. sebabnya terlalu banyak pilihan. Terpulang pada pengunjung, nak bajet ke, luxury ke, nak pantai belah mana ke. Lama jugak aku survey mana yang berkenan. Last2 pilih Pattra Ville Resort nih. Resort ni masih baru, dibuka Ogos 2015. Tapi mempunyai review yang sgt baik. Kalau refer review di Trip Advisor, mostly adalah excellent dan very good. Makanya aku pilih resort ni, dan book via Agoda sebab dapat 50% off.

Memang tak salah pilih. Aku mmg rate excellent kat Resort ni. You can feel the full extent of Thai hospitality here. Even Alaya Hotel Bali yg lagi  mahal rate dia tak leh celen customer servis kat sini. Nampakkk.

Kami sampai masa tu dalam pukul 6.30ptg. Check-in was smooth. Macam biasa, dpt free welcome drink dan wet towel. Then, receptionist siap bawa kami ke bilik. Masa nak naik tu, nengok2 luggage da xde kat lobi. Rupanya masa tengah check-in, staff nye da bawak naik ke bilik. Masuk bilik, minah tu pun explain la satu2. Camne nak carik channel tv la, beza towel bilik dan towel pool lah, dan semuanya diterangkan satu persatu. When she was about to leave, dia tanya utk breakfast kami ada preference tak. Of coz kami kata no pork please. Dia kata ok nanti dia inform kitchen.

Biliknye memang besar. Katil super besar, 4 org tido pun boleh. Haha. Balcony pun besar, bathroom pun besar. Ada sofa, microwave, fridge, safety box dan bathrobe. Channel TV memang banyak, tapinye nak cari channel yg cakap English hanya 2 saja. Huhu.

Breakfast selama 3 hari kami dihidangkan dengan seafood. Maknanya, guest yg lain kena makan makanan yg sama juga..hihi..Then, masa breakfast juga kitchen akan hidangkan side dishes contohnya bubur ke, omelette ke, depends on us. 

Resort ni kira cozy sebab its a small scale resort. so xde la bersesak2 dgn orang lain. Overall, memang puas hati and recommended!


katil yg besau...


sliding door tu dua hala. boleh nampak shower dan toilet dari situ
BB ngah check halal ke idak sos tu..huhu


Lobi
view dari lobi terus ke main road
Swimming pool yg best dan xde orang

Monday 20 June 2016

Kebaya Salma by Felinna Boutique

Time-time macam ni, kalau ada lagi tukang jahit yang nak ambil tempahan, memang macam mimpi. hehe

Masing-masing dah tutup tempahan. Jadi, pilihan terakhir, beli yang baju yang dah siap.

Haa, kalau rasa macam nak tambah baju raya, mai pilih koleksi Raya dari Felinna Boutique.

Design depa tahun ni memang sangat3 cantik!

Jom jenguk2 di website official kami : https://goo.gl/GZEh69

InsyaAllah sangat puas hati. Serius.













Calleryana Dress by Felinna Boutique

Dah berapa pasang baju raya untuk tahun ni?

Agak-agak kalau selit lagi satu, okay tak? hehe.

Rugi tau kalau tak dapatkan koleksi raya dari Felinna Boutique ni.

Design semua memang super gorgeous dan limited!

Kualiti baju, as usual, memang tip top. InsyaAllah.

Jom beli online di website official kami : https://goo.gl/GZEh69

Pembelian yang semudah klik-klik saja. InsyaAllah.








Kurta Exclusive Rafie Ramli by Felinna Boutique

Masa hari raya pertama, hubby segak pakai baju melayu.

Masa pergi open house, biasa hubby pakai baju biasa2 je kan? Kemeja ke kan.

Depa ni kalau dibiar, pakai tshirt pun tak kisah. hehe

Tahun ni jom buat sikit kelainan nak?

Jom dapatkan kurta yang macho dan exclusive dari koleksi Rafie Ramli ni.

Baru lah nampak sama cantik, sama padan suami isteri bila pergi open house kan. ^_^

Dapatkan di website official kami : https://goo.gl/GZEh69

Dijamin kualiti yang terbaik, setiap masa. InsyaAllah.






Monday 13 June 2016

Kurta Panel Exclusive Rafie Ramli by Felinna Boutique

Ehem2. Jom buat surprise pada encik hubby masing2 nak? :D

Kita beli baju kurta yang sangat exclusive dan macho dari koleksi Rafie Ramli ni.

Hadiahkan pada encik hubby. Mesti dia suka!

Jom tengok2 dulu di website official kami : https://goo.gl/GZEh69

Bila lagi nak bagi suami super macho time raya kan! :D







Friday 10 June 2016

Primrose Dress by Felinna Boutique

Alhamdulillah, ini merupakan langkah pertama saya dalam bidang perniagaan online..semoga ini menjadi permulaan yg baik disamping pelajari perkara baru dan pengalaman.

Ok so sesiapa yang tengah mencari baju raya untuk suami atau isteri, jom beraya dengan Koleksi Raya Felinna Boutique.

Tengok dekat link ni koleksi baju raya yang cantik2 dan handsome : https://goo.gl/GZEh69

Senang je, buat pembelian melalui website ni. Sangat simple.

Terima kasih yea semua.








Wednesday 8 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Layover Surat Thani, Day 4 and 5

Esoknya selepas breakfast dan swimming kejap, kami pun check-out dan menuggu van pick-up kami utk ke Nathon Pier. Rupa2nya utk perjalanan balik, van akan turunkan kami di station bus Koh Samui dan dari situ, bas yg kami naiki tersebut akan naik feri sekali dgn kami dan meneruskan perjalanan ke Surat Thani (ST). Besar ke tak besar feri tu smpi bas dan lori pun boleh diangkut skali. Hihi. Dalam feri kali ni kami pilih utk duduk dalam kawasan ber’ekon. Sempat lagi kami makan megi tomyam cup time ni. hihi.

Dari Donsak ke ST tu, kalau ikutkan penerangan org Phantip, kami akan di turunkan di hotel. Tapi bas berhenti di pekan ST berhadapan ofis Phantip. Dari situ kami kena naik Tuk Tuk ke hotel. Bertekak la jugak kami dgn org Phantip tu. Yelah, nape tak bagitau awal2. Ini kata include sampai ke hotel ST. Tak ke rasa tertipu. Last2 malas da bertekak kat tempat org, kami naik je la Tuk Tuk ke hotel, dgn THB60 utk 2 org.

Di ST, kami stay di Chic Hotel. Agak menarik hotel ni. Aku akan buat review di entry lain ye. Lepak la kejap di bilik utk hilangkan penat sambil2 menggugel makanan halal di ST. Adalah beberapa restoran halal di ST tapi memandangkan kami ni akan menapak saje, pilihla yg paling dekat. Salah satunya adalah Restoran Bismillah. Terletak berhadapan sungai. Dari hotel ke sini adalah dalam 15-20mnt berjalan gitu. Landmark nya adalah balai polis. Dah jumpa balai ni, resto tu mmg sebaris je, dlm 2-3 buah kedai. Memang xde signboard Bismillah tu, hanya ada signboard tulisan Thai tapi adalah perkataan halal.
Pemandangan dari hotel
Pakcik ni pun boleh kecek kelate ye. rupa-rupanya, even dah petang/malam pun, menunya tetap nasi campur. Dan signature dish resto ni adalah sup daging nye. Jadi kami makan sup dan telur dadar dan air kosong. Telur tu aku rasa dalam 2 biji. Dan isi supnya memang penuh semangkuk. Total adalah THB170. Murah kot..Memang puas hati. Sup pun sedap. Dagingnya memang melt in the mouth, takyah kunyah2 lagi. Kalo dekat mmg aku slalu datang nih. Saper2 yg dtg ST, silalah berkunjung ke resto pakcik ni ye.
Sungai. ada walkway. 
Restoran Bismillah
sedap sup pacik tu
Nie landmark dia
Dah kenyang, kami pun berjalan balik hotel, tapi singgah jap di Tesco Lotus yg berdekatan hotel. Beli roti dan jem memandangkan hotel xde breakfast.

Esoknya pukul 9.30pg, bas Phantip pun pick-up kami di hotel dan terus ke airport. Airport ST ni, dalam departure hall tu, ada 3 je kedai. Disebabkan takde retoran halal dan aku x order makan dlm flight, makanya kami sekali lagi makan megi tomyam jenama Ruski Thai.
Sampai KL baru carik nasi. Huhu..
Kedai dlm airport
lunch kami
babai ST
Maka tamat sudah percutian kali ni. Harap2 kawan2 yg baca dpt info berguna la ye. Entry hotel review selepas ni.

Adiosss..