Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday 21 May 2022

Staycation Kuala Lumpur Oct 2021 - The River of Life

Tujuan utama staycation kali ni sebab aku teringin nak menyaksikan the River of Life tu. Nak ke sini, kami naik LRT dari Avenue K dan turun di Masjid Jamek. Dari situ, bolehla menelusuri sepanjang sidewalk tepian sungai tu. Memang sangat menarik. 

Salah satu tarikan River of Life adalah “Dancing Symphony Fountain”. Pertunjukan air pancut ini bermula dari pukul 9:15 malam sampai ke pukul 11 malam dengan tema berbeza-beza. Lampu2 yang di pasang disekitar kawasan ini adalah berwarna biru. Bila ada kabus yang dikeluarkan mengikut jadual, seolah-olah kita berada di alam yang lain. 

Di Dataran Merdeka pula, banyak aktiviti santai boleh dilakukan. Jalan berhadapan dataran akan ditutup untuk kenderaan. Boleh la berbasikal, berlarian dan sebagainya.

Kawasan di River of Life ni dipenuhi dengan mural pelbagai saiz dan jenis. Sesuai la nak bergambar pada waktu siang. 

Jalan2 di Sogo seblm check-in



Dinner di Urban Street Dining. Banyak juga food and drinks choices


























Staycation Kuala Lumpur Oct 2021 - Hotel Review; Hotel Intercontinental Kuala Lumpur

Ini adalah second Staycation untuk 2021. Hahaha. Kali ni location masih berdekatan KLCC. Compare dgn Bukit Bintang dan KLCC, aku tetap memilih KLCC. Parking di basement dan agak convenient. Masa check-in, kami memilih breakfast slot start 6.30 am. Haa awal gitu..

Bilik agak besar. Aku prefer hotel ni sebab ada bath tub. Memang niat nak berendam sepuas hati. Lebih baik berendam in private. Aku tak prefer untuk ke swimming pool. Biarlah pool tu dipenuhi dengan families lain. 

Breakfast selection bagi aku tak sebanyak hotel lain. Rasa pun okay la biasa je. Hihihi. 

Location wise, selain KLCC, tapak foodtruck Urban Street Dining, sangat berdekatan. Masa staycation Jan lepas, tak berkesempatan nak singgah. 

Overall okay puas hati. Boleh je kalau nak repeat. 












Staycation Kuala Lumpur Jan 2021 - Pintasan Saloma di waktu malam

Main purpose aku ajak BB staycation adalah nak menjenguk Pintasan Saloma nih. Sejak ianya dibuka, kami tak pernah lagi melihat secara dekat pada waktu malam. Ada 2 entry point, satu dari arah Kg Baru dan satu lagi dari arah KLCC. Kami decided untuk apporached dari arah Kg Baru memandangkan kami akan makan malam dulu di sana. Dari hotel, kami naik Grab ke Kg Baru sebab taknak bersusah payah cari parking. Hahaha. 

Dari restoran tu, terus lah menapak menuju ke Pintasan. Orang agak ramai. Rasa macam dah tiada penjarakan sosial pun. Huhuhu. Tapi memang cantik la sebab dihiasi lampu lampi yang bertukar-tukar warna. Dah puas bergambar, kami sambung menapak ke arah KLCC. Menikmati keindahan lampu neon dan terus lah teruskan berjalan balik ke hotel. Berpeluh la jugak masa tu tapi justifiy sebagai membakar kalori selepas dinner...Hahahaha...




















Lalu je sini otw balik hotel. Nak singgah org terlalu ramai kot.