Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 10 June 2022

Anniversary Trip - Langkawi; Day 3 - Nasi Dagang Pak Malau

Hari terakhir di Langkawi. Kami decided nak try sarapan di Restoran yang viral ni. Dah agak ramai orang jadi kami gerak awal. Lokasi adalah on the way ke Makan Mahsuri. Memang masa sampai pun orang dah ramai. Tapi nasib baik masih ada tempat di pondok/wakaf.

Makan dan minum self service. Kena beratur ya. Nasi dagang lembut dan gulai nya sedap. Kami pilih gulai ayam. Kuih-kuih pun not bad rasanya.



Best kan makan view macam ni

Tapi view memang cantik. Pemandangan Gunung Raya dan sawah terbentang. Pulak tu waktu pagi, lagilah rasa nyaman. Kalau tak sebab orang ramai tunggu meja, terpaksa lah bangun. Tak dapat la nak layan jiwang lama-lama. 😉





Overall, boleh layan makan sedap dan juga ber photoshoot. Sila datang awal kalau taknak beratur panjang dan berebut meja ye. 

Dah ramai tunggu meja

Beratur nak amek makanan. Time ni kami dah nak balik

Adakah itu Pak Malau nya?



Anniversary Trip - Langkawi; Hotel Review - Cenang Plaza Beach Hotel

Hotel ni terletak dalam Cenang Plaza, berhadapan dengan Cenang Mall. Disebelahnya adalah Dataran Cenang. Memang sangat convenience. Di ground floor sebelah lobi ada Pizza Hut, The Loaf dan satu lagi restoran. Parking di belakang Cenang Mall.

Ni Plaza nya..

Kami book Seaview room. Ada balkoni boleh lepak minum kopi sambil layan bunyi ombak. Bilik selesa, aircond sejuk. Haha. Breakfast tak disediakan. Room amenities macam biasa. Kettle and tea/coffee making, hair dryer, fridge. 



View dari balcony

Restoran Bamboo Cenang nampak dari balcony

Overall, puas hati. Plus point adalah location. Terus jalan ke pantai di belakang hotel tu. Boleh je stay lagi kat sini.


Anniversary Trip - Langkawi; Day 2 - Chillex @ Pantai Cenang

Trip kali ni adalah more to relax and leisure. Jadi lepas check-out dari Adagaya, kami pun ronda-ronda di pekan Kuah dan singgah di Kompleks Jeti. Terus lah memborong coklat serba sedikit. Lunch di food court di kompleks tu tapi sangat lah tak berbaloi. Sedih pulak. Hahaha..

Check-in hotel, Cenang Plaza Beach Hotel dan lepak-lepak sebab puteri lilin kan. Masa tu cuaca sangat terik. Dalam pukul 6 baru lah kami turun ke pantai. Menyusuri Pantai Cenang sambil layan deruan angin dan ombak. Terdapat banyak restoran dan gerai di deretan pantai. Pilih je ikut yang berkenan. Banyak je water activities boleh dilakukan. Parasailing, jet ski, banana boat dan sebagainya. Laut pun meriah dengan orang mandi manda. 

Restoran yang kami pilih tu namanya Bamboo Cenang. Depan pantai dan juga membelakangi hotel yg kami duduk. Okay juga rasa masakan dorang ni. Sambil makan sambil juga layan pertunjukan api dari sekumpulan anak muda. Tunggu sunset kejap hingga ke malam. 










Suasana malam di Pantai Cenang agak meriah. Dengan lampu lampi dan ketawa riang para pengunjung.




Dah puas jalan di pantai, kami jalan2 sekitar deretan kedai-kedai dan Cenang Mall. Rupanya kedai2 Duty Free kat Cenang ni lagi murah dari di Jeti. Geram la jugak tapi sebab dah beli siang tadi kat jeti, reda je lah. 







Macam-macam boleh beli kat sini. Nasib baik naik flight dan datang lepas raya. Kalau tak, ada yang borong pinggan mangkuk sekali. 😉Dah agak lenguh kaki, kami pun balik ke hotel dan santai je dalam bilik.


Anniversary Trip - Langkawi; Hotel Review - Adagaya Villa with Private Pool

Memandangkan kami nak celebrate anniversary, jadinya haruslah cari hotel yg romantik gitu. 😀😀 Dah lama plan nak stay kat hotel yg ada private pool. Lama jugak survey tapi mostly harga memang kayangan lah. Kalau ada harga okay pun, pool nye terletak di luar bilik di mana orang luar masih boleh view/skodeng. Nanti nak terjun tiruk pun kena pakai tudung. Hahaha..

Villa ni publish rate dlm RM1K plus, tapi since aku dah lama guna booking.com, dapat further discount, last price dapat RM800++. Baca review memang sangat positif. Gambar2 yang dipaparkan pun menarik. So kami decided untuk book for 1 night. Guest boleh arrange candle light dinner (CLD) di villa tapi kena book cepat, sebab owner Villa ni hanya boleh accomodate 1 CLD dalam satu masa. So siapa cepat dia dapat lah. Aku dah terlambat, tak dpt nak arrange Anniversary CLD. 

Villa ni terletak dalam kawasan kampung. Tapi senang je nak jumpa guna Waze. Ada space untuk parking. Few days sebelum check-in, ada staf yg akan WA untuk tanya kita akan sampai pukul berapa. Jadi, dorang boleh terus uruskan bilik. Ada 4 villa di sini. Semua villa adalah sama, designated untuk couple atau small family. 


Area untuk chillex sebelum check-in. Welcome drink and lite snack pun ada
Walkway ke Villa

Ours for the night

Semua lengkap dalam villa. Buka pintu utama terus nampak Pool. Living and dining room sebelah kiri.  Ada TV with wifi, fridge, kettle dan microwave. Sofa pun selesa untuk lepak. Balcony mengadap kawasan sawah dan Gunung Raya.  

View dari balcony. Layan sunrise pun cantik





Sebelah kanan pool adalah bilik tidur. Access ke small garden melalui sini. Bilik tidur pun luas dan juga dilengkapi dengan TV. Boleh dikatakan semuanya complete. Memang kami tak keluar pun dari villa sampailah waktu check-out. Dinner pun kami order via Grab food. 😆

Small garden with Pergola. Boleh lepak minum kopi

Shower pun ada kat garden





Tapi bagi aku highlight adalah pool nya. Totally private dan agak besar untuk couple/small family. Boleh la berendam sesuka hati pukul berapa pun tak kisah. Breakfast included tapi kalau nak lain dari yg lain, boleh book floating breakfast with additional fee RM30.

Floating breakfast!

Nampak kecik tp sebenarnya large enough for 2


Overall, aku memang sangat puas hati dengan villa ni. Kalau ada rezeki, for sure akan datang lagi. Recommended!!