Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday 18 July 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 7; Keukenhof Garden, Netherlands

Wednesday, 15 April 2015

Ok sambung balik pasal Europe Trip. Pagi2 kami dah check out sbb nak naik bas ke Keukenhof garden. Sedikit info pasal Keukenhof, dr pacik gugel. Keukenhof ("Kitchen garden"), also known as the Garden of Europe, is one of the world's largest flower gardens. It is situated in Lisse, the Netherlands. According to the official website for the Keukenhof Park, approximately 7 million flower bulbs are planted annually in the park, which covers an area of 32 hectares (79 acres).

Kami purchased Combi Ticket dari website dia which include return bus from Harleem to Keukenhof dan juga entrance fee. We took the 8am bus. On time, bas pun bergerak. About 20-30 mnts, kami turun di De Nachtegaal bus stop dan kena tunggu satu lagi bas yg directly ke Keukenhof.
Lebih kurang 9am ++, kami pun akhirnya sampai lah kat Garden yg sgt femes ni. Huhu..Super excited okeh..Time ni org tak ramai sgt lagi. Since kami dah print out ticket, teruslah ke check point. Oh sblm tu boleh simpan luggage di locker yg disediakan tp agak limited lockernya. Siapa cepat dia dapat lah. Fee nye 1 Euro saje.

Masuk2 je terus lah speechless..Yela Nampak bunga-bungaan yg indah pastu ada tasik di samping angsa-angsanya..Dengan warna warni nye..Sgt damai dan memang boleh menaikkan mood. Not much caption needed for this garden. We were in awe all the way. Hampir separuh hari lah kami kat situ sbb gardennya besar. Adalah jugak jumpa satu group Malaysian yg kami rasa dtg dgn tour pakej. Tapi bila dah dalam ni mmg tak hiraukan org dah sbb sgt speechless dgn keindahannya. Itupun x semua flower bloom lagi sbb masih early spring. Kalau tak, mungkin aku x keluar dari situ..Hahaha..
Takyah cakap banyak2 pasal garden nih. Nengok  gambo dah cukup..

Dah puas layan jiwang berbunga2, kami pun beredar dari situ dan amek return bas ke Harleem dan seterusnya ke Amsterdam Centraal semula. Kali ni kami tak akan overnite di mana2 Airbnb, sebaliknya kami akan meneruskan perjalanan ke Heidelberg, Germany dengan train sbb kena tukar2 train. So kiranya tido dlm train la kan dan estimate to arrive at Heidelberg pukul 7 pg esoknye....TAPI..kami melalui satu nightmare yg agak perit dan penat dan x dpt dilupakan... Nanti la sambung..

Salam Eidul Fitri

Salam Eidul Fitri kepada semua..

tahun ni turn raya di Selayang dulu umah pak mentua tersayang..hehheh..
Tapi yg sedihnye BB dapat cuti 1 Syawal saje..Hari ni yakni raya ke 2 dan esok raya ke 3 dia kena kerja..Kami akan balik Tepen raya ke 4 sampai 6 nanti..Oh tidak...Maka hari ni aku mati kutu sensorang kat umah..sekali sekala layan si Momo dan Ciko tu..

Nak nengok tv pun xde mood. So pagi tadi aku masak Nasi Jagung, ayam masak merah dan acar jelatah..Konon nak anto ke BB kan. maklumla mood raya..Lagipun takkan nak suruh dia makan kat mamak kan raya2 nih..

Nak dijadikan ceriter, nak start keta gi anto tu..keta takleh start tetiba..Aku saspek bateri kong nih..Makanya BB kena la balik kasi tukar itu bateri dan terus je lunch kat umah..Haha..At least takyah aku drive ke Cheras nun..

So masih di mood raya, aku decided nak buat cookies. Jadinya skrg ni sambil aku menaip, my Choc chip cornflakes cookies tengah mengembang dalam oven nun..Huhuhu..Harap2 menjadik..

anyway..Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...

Thursday 9 July 2015

Anniversary Trip - Putrajaya; Pullman Putrajaya Lakeside

Stop kejap pasal Europe trip. Nak citer jap pasal anniversary aku dan BB hari tu. Alkisahnya BB x dapat cuti. Cuti aku plak of coz la tggl nyawa2 ikan sbb Europe trip tu. So we decided nak pegi yg dekat je. Amek mood berjalan la konon. So yg paling dekat, aku choose Putrajaya.. hahaha..lawak dari Kajang ke Putrajaya nak stay overnight.

Cari-cari hotel, berkenan la pulak kat Pullman Lakeside nih. Macam cantek je. So ptg lepas keje kami pun memulakan perjalanan (chewahh). Sampai2 tu baru perasan yg wiken tu ada event. Magical night ke apa ntah kat Marina Putrajaya (depan je ngan hotel).

Masa check-in, receptionist tu bgtau, takyah la keluar bawak keta mlm tu, sbb jalan akan jem. Org akan start datang utk event tu. Ada macam2 aciviti katanya. Nasib baik kami pun book awal sbb hotel full. Ok la tu. At least malam tu boleh cekidout event tu kan.

Kami dapat Oriental wing. Wing ni design dia ala-ala Chinese style gitu. Ada 3 wing semuanya, lain2 desing. Koridor ke bilik pun jenis yg tiles kecik2 macam jaman dolu-dolu nye umah. Biliknye sangat la luas. Bolehla lagi 5-6 org tido dalam tu. Bathroom nya pun sama. Berbaloi la dgn harga dia kan..Aku pun puas hati..


besau giler..bulih tido dlm ni


view dari balcony
Since BB tersangat lapo dan kami taknak drive keluar, makanya order la room service. Perasan kaya la katakana. BB order nasik n asam pedas n aku order Kebab. Dua-dua portion yg agak besar. Memang kenyang la sepanjang malam. Asam pedasnye sedap dan pekat. Tp tetiba aku nye Honey dew plak takde gula..Hmm xpela sihat kejap.
Mine and BB's. Asam pedas yg pekat
So lepas makan solat semua, kami pun turun. Terlambat sket nak nengok bunga api dari mula. Org pun dah sangat ramai. Malam tu plak ada pertunjukan Bot Berhias. So kami pun bersesak la tepi tasik tu. Bot2 dari setiap negeri. Dari China pun ada. Dah penat berdiri dan bersesak2, kami pun decided nak balik bilik. Bot2 pun semua dah lalu masa nih.
lagu tradisional
antara bot yg ada..


event tu depan hotel je
Esok pagi, breakfast, agak banyak la choice nye. Macam2 ada. Antara boleh n x boleh nak ngap semua je.  Coffee pun boleh bawak balik sbb dia bagi paper cup tu. pas tu kami jalan2 kat kawasan hotel je seblm balik sebab BB kena sambung keje..Huhu..Anniversary trip yg paling sekejap..





Happy 9th Anniversary to Us!!!
Ok overall, puas hati la walaupun dekat dan kejap. Jadilah kan daripada xde.. huhu..

Friday 3 July 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 6; Amsterdam, Netherlands

Tuesday, 14 April 2015

Pagi2 lagi kami dah kejut Mimi sebab dah nak check-out. Nasib baik Metro memang pagi2 dah start operation. Next stop kami adalah Amsterdam. Ke Amsterdam pun kami naik train Thalys. It took about 2.5 hours nak sampai Amsterdam Centraal. Lebih kurang 11.30 pagi, kami pun sampai.

time ni excited nak pegi Amsterdam..
dalam station..
Di Amsterdam, we had few nightmares (daylightmares???) yg cukup menguji kesabaran. Mula2 pasal luggage storage. Kat Centraal tu mmg ada Locker, tp malangnye kena guna credit card sahaja dan kena ada no. pin. Kad mmg ada tp aku xde lah ingat pin tu sbb x pernah guna transaction yg kena ada pin. Cik Ita pun sama. Maka menggelabah la kami sekejap. Yelah, takkan nak jenjalan bawak luggage kan. Second issue was Wifi. We had been led to believe that Wifi network di Europe adalah sgt bagus which includes in train station. But hakikatnya x mcm tu. Di Centraal, networknya adalah ala2 hidup segan mati x mahu..haha.. Aku try la search kalau ada nearest luggage storage. Luckily ada satu yg nearby Centraal. Tapi kena struggle la jugak nak angkut luggage ke sana sbb kena lalu on a busy shopping street yg ramai manusia. Dan jugak kalau private storage, ongkosnya agak mahal compared to locker, nak2 pulak kalo lebih dr 24hours simpan. Di Amsterdam, bajet ku burst sbb storage nih. Masa ni pun, mood dah agak ke laut..huhu..

Lepas simpan luggage besar, kami pun amek kesempatan buat laundry since baju bersih pun tggl sket je. Sambil tunggu laundry siap, makanlah kami di restoran arab sblh je dgn laundry nih. Oklah jugak utk perut yg lapar. Itulah breakfast, lunch and dinner kami..

ok la nak isi perut..
lepas dah settle laundry, kami pun memulakan explorasi di bandar Amsetrdam nih. mula2 jalan2 je sekitar tempat tu, tp mostly adalah shopping boutiqe. yelah kalo Amsterdam of coz la kena cari canals dia kan...
street yg ada kedai luggage tu
first pit stop adalah nak singgah di Rijksmuseum dulu. bukannye nak masuk pun museum tu, tp sebab I Am Amsterdam kan ada kat depan museum tu. So kami beli 1 day tram ticket. suka hati ko lah nak turun naik tram beribu kali pun asalkan dalam masa 24 jam..haha..


tram..
Dalam tram tu adalah pakcik sorang ni tetiba jadi tourist guide kami. sepanjang jalan sebelum dia turun dia tunjukkanlah mana stop2 yg ada tempat menarik n dia advise kalo nak betul2 feel Amsterdam, kena la jalan sepanjang2 town tu, barulah boleh enjoy the scenary.

so kami pun sampai di museum. Org mmg macam semut lah kat I Am Amsterdam tu..Nak taknak kena la menyelit gak kan alang2 dah sampai..Semua la pakat panjat sini sana kat huruf2 tu..Huhu..

semua nak posing kat sini
of coz aku akan tunggu D
Dah puas berposing, kami pun sambung explore dgn berjalan kaki. Sepanjang jalan orang pun agak ramai. Time ni dah tengahari. Restoran dan bar tepi2 jalan pun dah penuh org. Kat Amsterdam ni sgt convenient kalo nak naik basikal. Sbbnya dorang ada bicycle lane, siap ada traffic light lagi. so pedestrian yg nak melintas pun kena alert masa lalu bicycle lane nih. Dorang bawak laju2 kot. Yelah kalo terlanggar walopon ngan beskal tak ke cedera jugak..hahaha..

Jalan2 jumpa la Hard Rock café. Tak masuk pun, posing kat luar je. Sambung jalan, jumpa plak Vondel park. Park ni actually sgt luas. Tp memandangkan kami ada limited time je, kami just masuk and berlegar2 at the front part je. Since time ni pun early spring, x semua bunga dah bloom ok. kalo tak, musti lagi cantik gambo kami..huhu..
x masuk pun..
ba cakkkk...
Lepas tu kami pun berjalan2 je la. Jumpa canal, posing. Ada bbrp bridge la yg kami lalu. Kalau penat berjalan, naik la pulak tram tu. So kira hop on hop off tram la kami nih. 

kalo malam cantik..
bunga belum kembang
ngah panas terik time nih
Second last stop, kami pun sampai ke Madam Tussaud. Tu pun sbb pakcik tadi yg bgtau mana nak turun. Kalo x, menggagau jugak. Berbelah bagi la nak masuk ke tak. Entrance fee nye agak mahal, nak pulak kami x cukup masa. So end up kami just posing je kat luar..
kat luar je..
posing la kejap..
Finally, kami pun dah sampai semula di area Amsterdam Central. Airbnb kali ni adalah terletak di Harleem, agak jauh dr Amsetrdam. So kena naik train, satu stop dah sampai. Kalau ikutkan descritiption, tuan umah kata, location umah dia agak dekat dgn Harleem train stn. Rupa-rupanya agak jauh bagi standard kami. Mebbe sbb dorang dah biasa hari2 berjalan, so bagi dia dekat lah tu.

Airbnb kali ni pun kami stay dgn tuan umah, Anne. Biliknye cosy tp agak kecil. Bathroom dan toilet di bawah. Pun kena share. Tp memandangkan kami pun smpi da petang. Hanya berehat2 je dlm bilik. Tido awal sbb pagi2 esok nak kena bangun…
bilik yg kecik tp cosy