Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday 21 November 2019

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; Paris Day 4.1 - Hotel Les Chansonniers, Ménilmontant

Thursday, 3 October 2019

Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun tiba di Gare du Nord. Kami book hotel Les Chansonniers yang terletak di Ménilmontant, 11th Arrondissement. Booked via Booking.com. Dari Nord, kena bersesak2 naik Metro ke hotel. Nasib baik Station Metro terletak sangat berdekatan dengan hotel. Semasa berjalan dari Metro ke hotel, terdapat beberapa restoran Halal. Lega la jugak sebab tak susah nak cari makan.

Gambar dari Google 

Overall, puas hati juga dgn hotel ni. Bilik lebih besar compare dgn Studio di London, dan bila kami jalan2 di Kawasan sekitar di waktu malam, Kawasan ni agak happening dan meriah. Sempat la juga singgah di grocery store utk mencari jajan dan roti untuk bekalan hari esok.


View dari Tingkap bilik


Monday 18 November 2019

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; London day 4.1 - Breakfast di Malaysia Hall Canteen

Thursday, 3 October 2019

Today is the last day di Kota London. Walaupun baru beberapa hari tinggalkan bumi Malaysia, tekak sangat mencari-cari makanan melayu. Aku pun ajak BB cari breakfast di Malaysia Hall. Pagi2 lagi kami dah keluar. Naik tube ke Bayswater station, dan berjalan ke Malaysia Hall. Canteennya di tingkat bawah. 



Maka puaslah hati dan tekak masing-masing. Siap tapau bihun goreng nak makan dalam Eurostar nanti..Kihkihkih. Lepas makan, kami terus balik ke bilik dan check out. Sebabnya, Eurostar kul 12pm. So kena lah on time. Maka berlepas lah kami ke Paris semula. Time for the Paris leg!

Goodbye London. I will never get enough of you!

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; London day 3.2

Wednesday, 2 October 2019

Tidaklah kami seharian di studio tu. Spent time about 3 hours, kami pun naik kembali shuttle bas, dan naik train ke London. Berehat sebentar dan makan di dalam bilik, dan keluar semula. Kami keluar dah agak gelap sebab nak tengok view Tower Bridge di waktu malam. Seterusnya, nak shopping sebentar di Primark Oxford Street. Kihkihkih. Sama je activity mcm tahun lepas. but hey, with different travel partner, thus, feeling tu tak sama. Haha. 

Tower of London














Cantik juga view bridge nih tapi masa kami sampai tu xde la terlalu gelap lagi. Tapi pesta lampu lampi dah bermula. Dah puas bergambar, mari kita bershopping pula. Yeayy..my favorite part ever! Disebabkan ada BB, maka aku takdela lupa daratan dalam Primark tu. Masih berpijak di bumi yang nyata. Hahaa..lepak di area Oxford Street sampai dekat 10 malam. Then, kami pun naik double decker bas untuk balik ke King’s Cross.

End of day.

Wednesday 13 November 2019

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; London day 3.1 - Harry Potter Studio

Wednesday, 2 October 2019

Okay, hari ni aku sebagai Potterhead sangat excited. (BB terpaksa follow kehendak bininye nih). Kami akan ke Warner Brothers Studio, the Making of Harry Potter. Yiihuu..Di studio inilah penggambaran dijalankan. Tiket kami beli online siap2 sebelum terbang. Harga tiket £45/pax, tidak termasuk shuttle bas dari Watford Junction train station ke studio. Nak ke Watford Jucntion tu, naik train dari Euston train station, which is hanya satu stop saja dari King’s Cross tube. Tak payah beli train ticket in advance, boleh guna Oyster card sahaja. 

Kami naik the first shuttle bus pagi tu, Bersama dgn pekerja studio. Pagi2 pun dah ramai yg akan masuk. Kami beli tiket entrance nya pukul 10.30 am. Paling awal entrance 10am. So sebelum masuk, boleh la jalan2 di surrounding area, termasuk breakfast di café nya sebentar. 

Jadi tak perlulah aku terangkan Panjang lebar keadaan dalam studio tu sbb studio ni memang besar. Kalau peminat Harry Potter pasti akan cam scene2 seperti gambar2 kat bawah nih. Memang puas hati. So bila repeat nengok movie Harry Potter lepas ni, dah boleh imagine mcm mana dorang shoot scene tu. Wihuu..
Outside of entrance



Di ruang legar /Lobby





One of the Cafe



Ok boleh beratur utk masuk, according to our entrance time. Ini adalah Hallway sebelum entrance to main Hall










let's see what's inside shall we...





















































Studio ni sgt besar..so tengah2 dia ada cafe untuk lepak dan of course, they serve Butterbeer (no beer in it, just like rootbeer). Then boleh sambung explore






































ni dah kat luar studion..ready to take the shuttle back