Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 18 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day14; Pisa, Italy

Wednesday, 22 April 2015

Untuk ke Pisa pada pagi itu, kami menggunakan Trenitalia yg telah dibeli secara online tiketnya. Perjalanan ke Pisa mengambil masa selama satu setengah jam. Sama seperti Venice, Pisa adalah persinggahan sahaja sebab lepas tu kami akan bergerak ke Rome pulak. Pisa sangat terkenal dengan Menara Condong nye. It’s one of the main attractions for tourist in Italy. Tapi selain menara nih, bnyk lagi monument yg bersejarah di Pisa ni. Tapi, untuk trip ni, kami hanya akan ke leaning tower tu memandangkan masa terhad.
Dah sampai Pisa Centrale
Dari train station, Pisa Centrale ke tower tu,  pengunjung boleh menaiki bas dan tiketnye boleh di beli di kiosk2 di dlm train station. Kalo nak berjalan pun silakanlah.. hahaha.. Boleh je sambil mengexplore bandar Pisa kan. No entrance fee untuk melawat tower tu tapi kalo nak panjat naik atas, kena bayar €18. Tak kuasa mak nak panjat dik non oii.. Ramai plak tu beratur nak naik..

Sedikit info mengenai tower ni. Ianya terletak dalam kawasan Piazza dei Miracoli (Piazza del Duomo). Dalam kawasan ni selain menara nih, ada Pisa Cathedral, Pisa Baptistry dan Monumental Cemetry. Ketiga2 monumen ni juga kena beli tiket kalau nak masuk. The Leaning Tower of Pisa tu actually adalah bell tower untuk Pisa Cathedral di sebelahnya. 

Orang agak ramai masa kami sampai. Tengah panas terik lak tu walaupun masih pagi. Sebelum pintu masuk kawasan ni, terdapat deretan kiosk souvenir yg memanggil2 kami. Ramai juga peniaga muslim (India muslim?) dan setiap kali kami lalu, akan mengucapkan salam dan bercakap sedikit Bahasa Melayu. Actually, apa yg kami perhatikan, di Europe, kebanyakan peniaga2 souvenir ni akan recognize kami dari Malaysia. Sebab apa, maybe org Malaysia suka bershopping especially souvenir nak bagi kat family n frends kan..Words yg selalu dorang ucapkan macam ‘terima kasih’, ‘murah2’, ‘cantik2’ dan beberapa yg lain.

Mari layan gambar di kawasan ni.

Yg wall belakang tu entrance dia
Yg bulat tu Pisa Baptistry
Nie Pisa Cathedral
Tower yg tak kuasa den nak panjat
Cukuplah kat luar je

Dah puas hati, kami pun berjalan2 sekitar area tu, hopefully dapat jumpa restoran halal. Lama jugak kami mencari akhirnya jumpa di satu corner, kedai kebab yg comel je. Tapi pizza pun ada dan juga ada satu menu yg menarik hati kami iaitu Arancini. Arancini ni adalah stuffed rice ball with vegie, disalut dengan breadcrumbs dan digoreng. Sedap rupanya benda alah ni. (konon balik sini nak try buat, tak terbuat lagi sampai skrg..huhu). Kami juga mengorder pizza tapi takde yg sesedap pizza Venice tu.. Hahaha..






Lepas makan dan beli souvenir, kami pun naik bas semula ke Pisa central. Sempat juga berjalan2 sekitar centrale tu. Dah tu lepak2 kejap, kami menyambung perjalanan ke Rome pula. 
Statue berhampiran Pisa Centrale
Petang tu, perjalanan kami diteruskan ke Rome, via Roma Termini. Coach kami ni plak style mcm cabin. Kiranya 4 org satu cabin dan ada pintu2 tu..Dah la tempat nak letak luggage atas kepala..Mana la nak sampai kami yg dikira renek nih.. Luckily ada sorang macho Italian guy tolong.. Berat kot beg2 kami. Dia pun tersengih2 masa angkat tu.
Dan sweet of him to turunkan beg2 kami sebelum dia turun di stop before Termini.

Since kami pun sampai dah agak petang, kami terus ke Airbnb kami yg perlu menaiki Metro. Ya Allah..Sesardin-sardin bas Metro kat KL ni, Sardin lagi Metro LRT di Rome tu. Dah la kami struggle dgn beg2, kena berhempas pulas pulak nak masuk ke dlm train dgn European yg besau2 tu. 

Akhirnya, setelah bersesak nafas, kami pun sampai di Airbnb Bianca, dan di sambut oleh maknya, Emanuella beserta seekor puppy yg kiut dan manja. (Masa kami book puppy ni takde lagi).. Fortunately, Emanuella mintak anaknye letak jap puppy tu kat balconi sementara kami masuk rumah tu..

So malam tu kami rehat lah puas2 sebab esok kami nak explore Rome pulak...

Sunday 13 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day13; Florence, Italy

Tuesday, 21 April 2015

Lebih kurang 3.30pm, kami pun sampai di Florence. Seperti biasa, kami akan simpan luggage yg berat tu di station dan hanya membawa overnight beg bersama. Di Italy, semua luggage handler yg kami jumpa di station2 adalah dari company yg sama. Dapat contract ke apa..Huhu.. So charge nya adalah sama setiap station dan memang agak menelan bajet kami. 

One of the famous monument di Florence adalah The Florence Cathedral atau The Catterdale di Santa Maria del Fiore ataupun II Duomo di Firenze. Cathedral kompleks ni terletak di Piazza del Duomo di tengah2 Florence. Dome Cathedral ni adalah yg terberbesar di dunia setakat ni. Kami pun berlegar sekitar kawasan tersebut. 


dah nampak Dome di kejauhan
Depan Duomo banyak souvenir stall
Architecture yg menarik
ramai nak masuk Cathedral
View jauh sikit
Sekitar Duomo ni jugak adalah shopping street. So sesapa nak visit Duomo boleh la jugak menyopping lepas tu. Kami pun sempat jugak beli souvenir sekitar kawasan nih. Time ni dah petang tapi masih ramai pengunjung. Ada jugak rombongan remaja sekolah time nih. 
sambil2 cuci mata
Dome lagi
Shopping la..

Sama seperti city yg lain, kami tak spend masa yg lama. Lewat petang, kami pun menaiki tram untuk ke Airbnb hari itu. Malangnya, host kami hanya sampai di rumah lebih kurang 9mlm. Kami terpaksa menuggu di luar dengan agak lama. Dah la sejuk pulak tu. Rumah tu ok tapi kali ni kami mengalami masalah komunikasi. Luckily kami just nak spent the night utk tido je sebab pagi2 kami akan bergerak ke Pisa pula. 

Saturday 12 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day13; Venice, Italy

Tuesday, 21 April 2015

Pagi esoknya kami meneruskan perjalanan via train to Venice. Kalau sampai Italy, x sah la kalau x jejak kaki di Venice kan. Kami tak spend masa yg lama di Venice sebab kami akan terus ke Florence lepas tu. Train kami pagi2 dan lebih kurang 10am, kami pun sampai di Station Venize Mestre, dan kena amek satu lagi train ke Kota Venice. Time ni dah panas terik. Tanpa membuang masa, kami pun terus la start mengexplore kota yg femes tersebut. Tapi, belum apa2, kami dah borong souvenir.. huhuhu..

Kota ni agak berselirat dengan bangunan baru dan lama dan direction agak bercelaru. Macam Labyrinth la plak..hahaha. Kami pun xde map so menonong je jalan. Takde arah tujuan pun tapi dalam fikiran dok teringat Realto bridge, one of a famous one lah di situ. Ada jugak direction tapi mcm biskut, kejap ada kejap xde. Last2 kami sesat. Tu yang main snap je gambar mana yg menarik. Dah sesat tu mula la mencari jalan balik ke train station. Perut pun dah menyanyi2 tp xde plak jumpa apa2 kedai yg halal. Jalan punya jalan, akhirnya lega sebab ternampak bangunan station di kejauhan.

Dah sampai...
sukanya mak...
yg putih tu train station
sekitar train station
dah nampak Gondola
Satu Gondola kalo nak naik 80 Euro ye
cafe tepi canal
Antara selok belok bangunan
Org agak ramai
Snap je lah di mana2 view
Tetiba pulak kami juga ternampak sebuah café halal dan terus la masuk. It’s just a small Arab café dan ada juga pizza. We both ordered fries pizza.. Sedap la pulak.. Mak approved 1110%... huhuhu…
Pizza wif fries topping yg sedap
Selepas makan, kami pun teruslah ke train station kerna nak meneruskan perjalan ke Florence pulak dan train kami akan depart pada pukul 1.37pm..

Wednesday 9 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day12; Milan, Italy

Monday, 20 April 2015

Pagi ini kami akan meninggalkan bumi Switzerland. Honestly, memang tak puas sebab masih banyak tempat yg boleh di explore. InsyaAllah, panjang umur dan ada rezeki, mungkin aku nak buat trip for Switzerland only. 

Our next leg adalah Italy. Untuk hari itu, perjalanan kami berhenti di Milan. We book 7.32am train dari Zurich HB dan tiba di Milan pukul 11.30am. seperti biasa, kami akan mencari tpt utk simpan luggage dulu bila sampai. Tapi di sini, tiada system locker sebaliknya menggunakan private company dan charge nya adalah agak mahal tambahan pula, aku akan simpan 2 luggage dan terpaksa bawak skali beg utk malam tu masa jalan2..

Lepas tu kami pun naik Metro dan terus ke one of monumen di Milan iaitu Milan Cathedral atau Duomo di Milano. Duomo ni adalah gereja kedua terbesar di Italy dan kelima terbesar di dunia. Pengunjung boleh beli tiket dan masuk ke dalam tapi kami hanya berlegar2 kat luar sahaja. Maklumla masa pun limited utk kami nak explore secara detail. So kami pun berjalan2 sekitar Duomo tu saje sambal tercari2 butik2 high class yg femes tu kan..Maklumla Milan kat kota fesyen. Tengok je la..Menjamu mata kata org. Tapi puas kami pusing2 sekitar tu, x jumpa la pulak..Adala kedai2 shopping tp xde plak Nampak nama2 gah tu. Haa..Bata adala kami Nampak..

di luar Duomo 
Posing dgn beg bermalam..

Tak banyak yg dpt diceritakan pasal Milan from our point of view sbb kami hanya berlegar2 sekitar Duomo saja. Maklumlah tema trip kami ni pun 'asalkan sampai'... Hahaha... Perut pun dah lapar kan..Kebetulan pulak ternampak satu kedai Arab kat dlm satu kompleks. Kami pun singgah la nak alas perut. Barulah sambung jalan balik. 


Jalan-jalan Sekitar Duomo

Dah puas hati, kami pun decided nak check in di Airbnb. Sama seperti airbnb yg lain, kami mmg akan memilih yg berdekatan train/metro station. Kali ni host tak stay bersama kami, dan tpt tinggalnya adalah di apartment. Host blok lain, kami blok lain. So adalah privacy kami malam tu…


Host yg sgt baik. rumahnya pun serba serbi complete


Sunday 6 September 2015

My Backpacking Europe Trip 2015 - Day11; Dari Lauterbrunnen ke Zurich semula

Sunday, 19 April 2015

Selepas turun dari Jungfrau, kami pun memulakan perjalanan kembali ke Zurich. That was our last day using rental car. Lepas ni, our journey continues dengan train semula. Cuaca masih lagi baik. Niat asal nak lalu highway sampailah ke Zurich Airport. Tapi ntah mcm mana GPS mcm x function dengan baik..Agak berpusing2 juga kami di highway dan tiba2 masuk di satu kawasan kampung yg sangat cantik..
Jalan-jalan sampai sini...
Memang sangat cantik view kat sini sebab village ni berhadapan dengan tasik dan sangat lah memukau..So kami decided nak stop jap untuk bergambar..Memang agak speechless nengok view dia and I wouldn’t mind waking up to this surrounding every day..Hmmm..


Meh layan view yg sangat cantik ni...

So later baru aku searched info pasal tempat ni. Tasik tu nama dia Lake Brienz dan village tersebut adalah Iseltwald. Iseltwald ni pun agak popular among tourist especially time summer di mana pengunjung boleh enjoy view yg lagi cantik. Sape yg jiwa kacau juga blh dtg sini mencari ketenangan.. Hehheh..

Bila kami check jarak perjalanan rupa-rupanya Iseltwald juga tak jauh dari Thun. Sebab tak puas hati sebelum ni kami di Thun hujan, makanya we decided nak singgah semula di Thun Lake utk cikidout the view. Memang berbaloi sebab pemandangan di tasik Thun juga sangat memukau berlatarbelakangkan Swiss Alps..
perjalanan ke Thun dijamu dengan view mcm ni

Layan view di Lake Thun masa cuaca baik

We then resumed our journey dan about 3pm, selamat sampai di Zurich Airport utk pulangkan kereta, dan took a train to Zurich Town. Memandangkan masa dah suntuk, kami hanya sempat berjalan sebentar di kawasan town berhampiran train station. Haha..asalkan sempat jejak Zurich.. 

Malam itu kami akan bermalam di Airbnb yg mengikut review, agak dekat dgn train station. Dari train station, kami perlu naik tram ke rumah tersebut dan rupa2nya, ia agak jauh dari bandar..Cis..Tipah tertipu nakkk..

About 9pm baru kami sampai ke rumah tersebut.. Host kami, Vera dan adiknya adalah musician. Dorang ni ada band sendiri dan of coz, lagu sendiri. Dia ada bagi website band tu, tp ntah mana aku letak kertas tu..huhu..Rumah dia sangat cozy. Just nice utk 2 org macam kami. Dorang ni pun adalah traveler dan mengamalkan konsep travel sambal bekerja. Maksudnya bila dorang kat satu2 negara ni, dorang akan cari part time job utk support expenses masa di Negara tersebut. Tak silap aku, dorang pernah berkelana di Malaysia dan bekerja sebagai pelayan restoran sementara di sini. (kalo salah Cik Ita sila betulkan..)


Ni lah Airbnb Vera