Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 16 March 2018

Percutian Biras-biras ke Medan, Indonesia - Day4

Breakfast di Hotel Madani juga adalah buffet. Banyak juga selection nya. Berhadapan hotel ada sebuah mall dan masjid yang agak besar. 
depan hotel
masjid

traffic agak sesak

Aktiviti hari terakhir hanyalah untuk shopping. Santo ajak ke Istana Maimun pun kami hanya nak tengok sambil lalu sahaja. Santo membawa kami di beberapa kedai. Dapatlah kain batik, telekung dan souvenir yang lain. 

Sebelum ke airport, Santo juga bawa kami ke kedai perfume. Ni kedai yg menjual generic perfume tapi baunya berdasarkan bau pefume yang original tu. Macam2 la bau yg ada. Harga mengikut size botol yang dipilih. Paling kecil berharga IDR14,000 untuk 5 ml kalo tak silap. Kuat juga baunya. Boleh la kalau nak simpan botol2 kecil tu dalam handbag. 

Akhirnya, kami pun bertolak ke airport. Flight adalah smooth, dan makanya, kembalilah kami ke bumi Malaysia yg tercinta ni. 

Percutian Biras-biras ke Medan, Indonesia - Day3

Pagi2, sama juga. Kami terus bersiap2 untuk check-out. Breakfast kali ni adalah buffet. Banyak juga selection nya. Jamu-jamu pun ada. 
selepas breakfast. jalan2 bergambar kenangan
view dari depan restoran di hotel


Aktiviti pagi itu adalah ke Pulau Samosir yg terletak di pulau di tengah Danau Toba. Pulau ni adalah perkampungan kaum Batak. Kami menaiki feri pukul 9.30 pg dan perjalanan memakan masa 30 minit. 
di pelabuhan
ni lah ferinya
dok atas sekali confirm berangin
orang berniaga makanan. tak berani nak beli

Dari Jeti Pulau Samosir, kami berjalan menuju ke kampong kaum Batak tersebut. Bolehla tengok rupabentuk rumah Raja Batak. Dan juga boleh ke makam Raja Batak dan Santo menerangkan serba sedikit mengenai sejarah mereka. Di sepanjang kampong dan ke makam adalah deretan kedai menjual pakaian, souvenir dan sebagainya. Kami hanya membeli sedikit ole-ole memandangkan kami berhasrat untuk membelinya di Medan nanti. Kat sini, pandai-pandailah nak tawar menawar. Kalau tak, memang kena ketuk. Hihihi. 
suasana di jeti Pulau Samosir

dah nampak deretan kedai souvenir
bentuk rumah
patung menyerupai anak raja Batak
Kami menaiki feri kembali ke Parapat dan seterusnya makan tengahari di sana. Santo membawa kami ke restoran Padang yg berlainan. Katanya ada Lobster. Hihi..rupa-rupanya comel saja lobster tu. 
penumpang beli megi dan terus direndam masa tu juga
Santo bercap merah
lobster katanya

lauk2 yang lain
Kemudian, kami meneruskan perjalanan kembali ke Medan. On the way, boleh juga singgah di Simarjarunjung di mana pengunjung boleh bergambar di pelbagai ‘photobooth’ berlatarbelakangkan Danau Toba. Memandangkan biras2 semua dah penat, kami hanya singgah sebentar dan meneruskan perjalanan. Sebab, kami pun nak singgah di Berastagi nak memetik limau pula. Nasib baik ladang limau yang Santo bawa tu masih banyak limau di atas pokok tapi kebanyakannya masih muda. Separuh masak gitu. Tapi biras2 agak enjoy memetik buah. Hihi. Jadilah buat kenangan. 
yang siap dipetik kalau malas nak berpanas di ladang
sakan biras2 ku itu
pokok salad
About 6pm, kami pun sampai di Medan dan singgah untuk makan malam di warung yang sama kami singgah pada hari pertama. Pada malamnya, kami meminta Santo untuk menghantar kami di Spa sebab masing2 nak ber massage. Memang lega kot dapat ber Spa dan massage. Hotel di Medan adalah Hotel Madani. Memang sampai bilik, kami lepak2 dan terus tidur dgn nenyaknya. 

Tuesday 13 March 2018

Percutian Biras-biras ke Medan, Indonesia - Day2; Part 2

Time lunch, kami masih di Berastagi, jadinya terus singgah makan di salah satu rumah makan, Resto Puncak namanya. Menu yang disediakan adalah sayur, ayam bijan, tilapia cili hijau, sup ayam dan buah2an. Juga sedap masakannya. Kena dengan tekak melayu kami. Ditambah dgn sambal yg menyelerakan. 




Perut kenyang dan suka hati, kami meneruskan perjalanan ke air terjun Sipiso piso. Air terjun ni kiranya terjun dari mata air. Boleh je pengunjung nak menapak turun sampai ke bawah tapi ianya adalah 1200 anak tangga. Huhuhu..mau pengsan kalo kami turun dan naik semula. Selain air terjun, pemandangan Danau Toba juga agak cantik dari sini. Sama seperti sebelum ni, ada beberapa photographer sedia menjalankan tugas photoshoot dan print. Harganya sama seperti di Bukit Gundaling tadi. Tapi, kali ni kami menolak untuk print gambarnya. 
van sampai bumbung budak2 ni naik
Si Piso piso namanya
perkara biasa kalo tourist. haha


Danau Toba

Aktiviti seterusnya adalah memetik buah limau. Tapi sepanjang jalan, kami perhatikan ladang2nya hanya tinggal pokok. Jadi Santo mencadangkan kami cuba lagi masa otw balik sebab mungkin ada ladang yang okay disebelah bawah. Maka bermulalah perjalanan yg mencabar nak sampai ke Parapat, kawasan Danau Toba. Jalan kampong yg sempit, berlubang2 dan berliku2. Makan masa 3-4 jam juga nak sampai. 

jalan sempit dan berliku
Hotel kali ni adalah Patra Comfort Parapat. Scary juga perjalanan nak sampai ke main building dari pintu gerbang masuk. Jurang kiri kanan, jalan berliku dan sempit. Hotel ni juga agak berusia tp masih dlm keadaan baik. Biliknya lebih besar drp Berastagi. Oleh sebab kami sampai petang tp masih cerah, bolehla berehat sebentar sementara Santo pickup utk dinner.

Pukul 8, Santo pun sampai. Kami dinner di pekan Parapat, berhampiran masjid besar. Malam tu menunya adalah masak Padang. Boleh tahan juga rasanya. Tapi, memandangkan masing2 agak penat, selera tu agak ke laut juga. Tapi kami sedaya upaya menghabiskan lauk supaya x membazir. Lepas makan, kami terus balik ke bilik untuk berehat
Our dinner 

Percutian Biras-biras ke Medan, Indonesia - Day 2; Part 1

Pagi2 kami dah bangun dan bersiap untuk check-out. Santo akan menjemput kami pukul 9am nanti. Breakfast pagi itu adalah ala carte memandangkan tak ramai tetamu. Pilihannya adalah nasi goreng, mihun goreng dan roti bakar. Semuanya sedap dan kena dgn selera. Usai makan, sempatlah kami berlegar2 di sekitar hotel. Berhadapan hotel ada restoran wajik. Sempat la membeli kuih dan juga singgah di Indomaret (Mart) utk beli apa yg patut. 
Bilik-bilik
swimming pool. x sempat nak terjun
bilik kami. sebelah menyebelah
mihun goreng
nasi goreng bersama ayam
Roti bakar dan telur mata
First stop kami adalah Bukit Gundaling. Dari sini, kami boleh Nampak Gunung Sanubong yg telah meletus baru2 ni. Memandangkan masih pagi, hanya kami sahaja pengunjung yg ada. Di sini, ada upah tangkap dan print foto bersaiz 8R. sekeping IDR25,000. Tapi kami nego untuk IDR20,000 sekeping utk 5 orang. Kalau nak naik kuda pun boleh. tapi kat Malaysia pun ada kuda kan..so..tak payah la.
Perjalanan ke Bukit Gundaling
cuaca agak mendung


Gunung Sinabung dari jauh
ada nampak mami hepi?
tugu di pekan Berastagi
Next, Santo mencadangkan kami singgah di Pasar Buah, tapi masing2 tak nak turun sebab mcm tiada apa nak dibeli. Souvenir nanti kami plan nak beli di Medan sbb semestinya di sana lagi murah. Makanya teruslah kami ke ladang strawberry.. Masa ni pun, buahnya agak muda dan tanah agak lecak. Jadinya, kami hanya beli yang siap dipetik utk terus di makan. Alhamdulillah manis2 belaka. 

IDR40,000 utk satu pack penuh


Seterusnya, kami singgah sebentar di temple peninggalan orang Siam (kalo x silap). Besar juga temple nya. Tapi kami bergambar di luar sahaja. Kalau sesiapa nak masuk dalam, silakan. Dalam kawasan temple juga ada jambatan gantung dipanggil Love Bridge. Tak sure apa yg love nya. Hanya 10 org dibenarkan naik dalam satu2 masa. Depan kami, ada satu group. Mak aii..lama sgt dorang berposing2 kat tengah. Last2, kami posing kat hujung jambatan saja. Huh.


mengutip hasil kentang