Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 11 September 2020

Cuti-cuti Malaysia: Pulau Pangkor - Day 1 - Singgah di Menara Condong Teluk Intan

Minggu cuti Awal Muharram lepas, BB dan aku berkesempatan untuk bercuti pendek ke Pulau Pangkor. Maklumla, sejak PKP ni kita kan kena support Domestic Travelling. Asalkan ikut SOP, ye tak.

Kami bergerak awal pagi, bersama2 orang yg keluar bekerja. Breakfast dulu di R&R Sg Buloh. Kami plan untuk singgah di Teluk Intan. Walaupun orang Perak, aku ni tak pernah hayat menjenguk ke Menara Condong Teluk Intan tu. Ni dah alang2 ke sana, apa kata singgah kejap kan.

Kami sampai dah tengahari, memang time lunch matahari tegak atas kepala. Sampai2 je terus la bershooting gitu.  Takde la apa aktiviti sangat, kecuali nengok Menara tu je.





Ingat nak lunch di Food court berhadapan Menara tu, tapi banyak kedai yang tutup. Nak sampai ke hujung food court, baru ada sebuah dua kedai yg bukak. Kami makan je apa yg ada. Akak tu ada jual Bakso. So, Bakso pun Bakso lah. Besar gedabak jugak meatball dia. Not bad. Kenyang perut dan teruskan perjalanan.

Sampai di Lumut dah hampir pukul 3 petang. Nasib baik la sempat naik Feri kul 3. Ngam2 kami masuk feri, feri pun bergerak. Perjalanan naik feri ni adalah dalam 30 minit, dah sampai di Jeti Pangkor. Memandangkan orang tak ramai, tidakla bersesak2 dalam teksi pink tu. Hanya kami sahaja dlm teksi tersebut.






Di Pangkor, kami stay di Nipah Bay Villa. Booked via Booking.com. Kami pilih bilik jenis chalet. Location dia agak dekat dengan pantai Teluk Nipah. Jalan kaki dalam 100meter dah sampai pantai. Rate pun okay. Review hotel di last entry.

No comments:

Post a Comment