Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 31 December 2019

2019 - Tahun yang mencabar

Goodbye 2019..

Hari ni hari terakhir untuk 2019. Tahun ni dikira yang mencabar buat aku. This was not my year..

Tahun ni aku mengalami 3 kehilangan..
-January - Ayah mertua pergi
-October - Abang ipar pergi
-December - yang paling tak dapat diterima, mak aku pergi selama-lamanya..

Mood aku memang merudum sepanjang tahun ni. Arwah mak aku di diagnose Kidney cancer on January. Advance stage. Allah..kami sekeluarga menerima dengan redha. Her health keeps on deteriorating since January sampailah ke penghujung hayatnya. 

Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Welcome 2020..Semoga tahun baru akan memberi semangat baru buat aku..

Tuesday 24 December 2019

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; Jalan2 Paris, City of Love - Day 7.2 - Sacré-Cœur Basilica

Sunday, 6 October 2019

Dah kenyang, kami pun menapak ke Sacré-Cœur Basilica. Basilica ni terletak di atas bukit. Banyak jugakla anak tangga kami kena daki. Mengah mengih juga dibuatnya. Dengan nak heret luggage tu lagi. (sib baik BB ada..kihkihkih).

Sedikit info pasal Basilica nih. The Basilica of the Sacred Heart of Paris, commonly known as Sacré-Cœur Basilica and often simply Sacré-Cœur, is a Roman Catholic church and minor basilica, dedicated to the Sacred Heart of Jesus, in Paris, France. A popular landmark and the second most visited monument in Paris, the basilica stands at the summit of the butte Montmartre, the highest point in the city.

Dah berada dia area basilica ni, maka banyaklah kedai2 souvenir di kelilingnya, pilihla mana yang berkenan. Memandangkan hari Ahad, orangnya ya Allah tak payah cakap la kesemutannya. Kami mendaki dari bahagian tepi basilica tu.
tak habis mendaki lagi nih


















Carousel lagi..




Next stop was Hard Rock Cafe. Nak cari FM for me dan Tshirt for BB. Menapak lagi. Haha..Kali ni kami menelusuri bazar2 yang menjual pelbagai product. Menarik sangat tapi singgah kang shopping x ingat dunia pulak. Udah2 la tu.







Selepas HRC, kami pun naik Metro kembali ke Gare du Nord, seterusnya naik train ke airport. Maka kembalilah kami ke bumi Malaysia tercinta ini. Tamatlah sudah trip kali ini. Semoga ada rezeki dan panjang umur untuk next trip. 

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; Jalan2 Paris, City of Love - Day 7.1 - Restoran Nur Malaysia Paris

Sunday, 6 October 2019

Today is the last day kami berkelana di bumi Eropah ini. Disebabkan flight kami pukul 10 malam, masih ada masa untuk berjalan2 di Paris. Pagi2 dah check-out hotel dan naik Metro ke Gare du Nord. Di sini nanti kami akan naik train utk ke airport. Boleh juga simpan luggage di sini. Malangnya, kami hanya dapat simpan luggage besar sebab locker dah penuh. Terpaksa la seret luggage kecil tu. 

First misi kami hari itu adalah untuk mencari makanan Malaysia. Haha abaikan kepoyoan itu. Dah nak balik pun nak cari makan Malaysia lagi. Hasil gugelan, terjumpalah Restoran Nur Malaysia Paris. As usual, we were guided by Google Maps. Agak jauh juga menapak dari Gare du Nord tu  tapi demi sesuap nasi, kami gagahkan juga. Kahkahkah. 

Sampai di restoran ngam2 pukul 12. Alhamdulillah mereka dah buka. Cantik juga deko nya. Menu pun agak variasi. Rupa-rupanya Restoran Nur ni ada beberapa International branch. Di UK pun ada kalau tak silap aku.

Di sini ada juga tempat solat. Ada partition disediakan. 





Teh ais yg super sedap


My nasi goreng ikan masin. Sangat terasa ikan masinnya
Nasi ayam yang sedap
Okay sangat puas hati..

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; Jalan2 Paris, City of Love - Day 6.5 - Eiffel Tower

Saturday, 5 October 2019

Disebabkan kaki dah agak jelly, kami pun decided nak naik bas pula. Next stop adalah Eiffel Tower. Memang sengaja nak ke Eiffel ni time gelap/malam sebab nak tengok pesta lampu lampi. Disamping nak mencari carousel yang femes untuk di photoshootkan. Huhu.
Turun bas dah nampak menda alah ni
Rupa-rupanya keliling Eiffel dah ada pagar. Jadi, pengunjung yg ada tiket untuk naik tower sahaja dibenarkan masuk. Masa aku sampai 2014 dulu, masih terbuka compound nih. Tak payah cakap la keramaian umat di sana. Macam semut. Kami pun lepak2 sementara tunggu hari betul2 gelap untuk menikmati lampu.
Lampu lampi dah nak start





Zoom sikit..


Seperti yang dirancang, kami berjalan ke Carousel femes yang berlatarbelakangkan Eiffel. Salah satu spot yang femes untuk berphotoshoot with Eiffel adalah di Trocadero. Dari Carousel tu, dah boleh berjalan ke Trocadero. Mak aii..kat sini lagilah bersemut. Nak mencelah pun susah.
Carousel di seberang jambatan
  


Salah satu location photoshoot yg popular

Di Trocadero
Setelah puas bergambar, kami pun decided untuk balik ke hotel. Naik Metro lah weh dan tak larat nak jalan. Singgah dulu dinner di salah satu restoran Arab berdekatan hotel. Sedap pula pizzanya. Fresh from the oven gitu. Setelah kenyang, marilah pulang dengan hati gembira. Haha.