Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday 22 February 2018

Tuesday 13 February 2018

Restoran MZ Cafe, Bangi

Selalunya kalo khamis BB off day, mulalah otak aku ni menghasut untuk merasa malas nak masak dinner..Heh heh..Jadi aku berjaya pujuk BB untuk makan di luar..

Saje je gugel apa yg menarik sebab bosan makan di restoran yg sama je. So bila gugel tu, yang kerap muncul adalah MZ Cafe. Okay lah boleh la nak try. MZ Cafe ni terletak di Kg Abu Bakar Baginda. 



Masa kami sampai tu memang dah agak penuh. Menunya pun banyak la selection termasuk western dan sizzling. Biasa la masa dah duduk di meja, otak-otak akan sampai satu bakul. 

Menu pilihan adalah tomyam set utk 2 orang. Ada nasi putih, tomyam seafood, sup ekor, kailan ikan masin dah telur dadar. 
Sup tu okay sedap. Tomyam acceptable
Menu tambahan kami pilih crab dimsum dan kerang bakar
Total semua tak ingat sebab BB yg bayar dan resit nya dicampak ntah ke mana..Huhu..Tapi yg aku ingat otak-otak tu RM1.20 seketul..Hihi..
Okay la not bad. Kalo nak try menu lain bolehla datang lagi. 

Restoran Ocean Hauz, Bangi

Wiken lepas aku menemani Cik Ita survey home reno. Sampai ke PJ kami merewang. Akhirnya balik ke Bangi dan singgah di Floor Depot. 

Alang2 da tengahari di Bangi, baiklah lunch terus kan. So kami decided nak lunch je di area Floor Depot tersebut iaitu Seri Bangi. Well..adalah beberapa resto yang boleh dicuba akan tetapi, tekak masing2 terasa nak makan seafood ala-ala Shellout gitu.

Jadinya kami terjah la Ocean Hauz. Style dia kena pilih barang basah, bayar di kaunter dan pilih nak sos apa. Ada juga set utk 2 org Rm39.90 kalo x silap tapi bahan2 dia tak menarik. Kami pun decided nak ala carte. Setiap bahan dia dah pack siap2 dalam plastic dan harga dikira ikut berat. Akak tu kata yang dah pack tu dlm 100-200gm je beratnya. Maka kami pun pilih Flower crab, scallop, calamari, clam, dan tiger prawn. 

Tapi bila di kaunter bayaran, setiap satu pack tu lebih dari 200gram! Kami pun silap x minta akak tu timbang dulu sebab percaya je. Masa dia key in tu pun kami diam je pulak tak kata nak cancel ke apa ke. Paling berat adalah scallop, 480 gram bersamaan RM33.12. Hahahaha..Masa nak bayar tu masing2 pandang memandang dan menyatakan penyesalan secara telepati. Muahaha..Okay total kami hari tu adalah RM145.70. Kalau pilih lobster apatah lagi...

Untuk sos pula ada 5 jenis sos iaitu Spicy pineapple, garlic pepper, black ocean (masak kicap), lemon butter dan satu lagi x ingat..Hahahaha..
makanan da sampai..
Calamari tu kami pilih goreng tepung je..
Okay overall verdict..Hmm agak tak kena dengan tekak aku. Yg paling ok utk tekak pedas kami adalah garlic pepper untuk scallop. Spicy pineapple tak berapa spicy (flower crab), lemon butter utk udang agak okay tapi kalo makan banyak terasa muak la. Black ocean sos (masak kicap) utk clam (lala) memang tak sesuai. Terasa sangat ke'lala'annya. Lala sesuai goreng cili kot bagi aku..Ahahaha kalo dah tekak sambal tu mmg sambal la dicarik. 

Bagi aku, kalo harga mcm tu, baik aku spend di Melaka seafood lagi puas hati..(Melaka jugak jadi benchmark aku)..

Kalo berkunjung ke sini, sila pastikan dulu berat barang basah yg korang pilih kalau tanak terkejut masa bayar nanti.  Kami pun da bagi suggestion untuk mereka label setiap pack (berat dan harga). Tak taula mereka akan amek pot ke tak.. 

Monday 12 February 2018

Hotel Review: Imperial Heritage Hotel, Melaka

Dah banyak kali aku stay sini masa outstation. Sebabnya location dia tersangat convenient. Berhadapan dgn Dataran Pahlawan. So kalo aku sensorang tu, takyah drive jauh2, menapak je ke seberang utk makan dan sebagainya. Kalo tak ke seberang jalan pun, kat bawah dia ada 2 cafe dan satu resto mamak, dan Baskin Robbin. Even kalo malas nak turun, order je room servis..Hehheh.. Maklumla kalo sorang memang serba serbi malas..

Selalu kalo early booking, dapat la dlm RM120 satu malam exclude breakfast. Slalunya aku mmg tak amek breakfast sbb x enjoy la makan buffet sorang2. Kalo dgn breakfast, harga bilik dlm RM150 satu malam. Ada swimming pool kalo sape2 nak buat lap.

Selalu aku book bilik Imperial Deluxe je. Dlm bilik ada disediakan coffee tea mcm biasa, mini fridge, iron dan iron board, dan of course la wifii. 
View dari balkoni bilik
Breakfast pun agak banyak selection. Memang full dan jadi ular sawa pagi2 ni. View masa breakfast pun menarik.
3rd Floor tempat breakfast 
Bagi aku mmg sangat berbaloi stay kat sini. Okay sekian review tak berbayar dari aku...

Sunday 11 February 2018

Taman Mini Malaysia dan Asean, Melaka

Cuti Thaipusam lepas BB n aku saje je Jalan2 cari pasal di Melaka. Maklumla dekat je dari Bangi kan..Lokasi pertama kami singgah adalah Taman Mini Malaysia dan Taman Asean. Dah brp puluh tahun tak menjenguk nya. Malangnya masa nih Taman Asean ditutup untuk penyelenggaraan.

Time kami masuk ada persembahan tarian kebudayaan. Layan je la kan..Lepas selesai terus lah kami berjalan2 dlm tu. Agak banyak rumah yang keadaanya dah uzur di kawasan belakang. Mungkin rumah2 tu tgh diselenggara agaknya.



Rumah pertama kami singgah adalah Rumah Sarawak. Ianya adalah miniature rumah panjang. Ada pertugas yg akan menerangkan pasal rumah ni kalau berminat.

Seterusnya adalah rumah2 mengikut negeri. Tak semua rumah yg kami naik. Layan gambar dari luar je..Hihihi..


Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi

Resto nih menyediakan sajian dari pagi sampai malam. Ni kali kedua aku breakfast di sini. Tak pernah try lagi lunch or dinner.

kalo dtg lewat sikit org agak ramai. Jadi aku dan BB datang agak awal. Lagipun kami nak terus ke Melaka jalan2 cari pasal.
Air soda kalo nak
Nasi lemak. Sambal sedap juga
Roti Titab. Roti ni ada kaya disediakan. Kaya ku kuis ke tepi sbb mcm takleh nak masuk ngan telur separuh masak tu.
Antara menu yg ada
Silalah datang

Restoran Mr Tuk Tuk, Sunway Pyramid

Ni acara lunch aku dan opismate lepas jumpa customer di PJ. On the way balik ofis mmg akan lalu Sunway Pyramid nih. Jadinya go on je la. Lagipun tghari tu panas lit lit... Haruslah mencari tmpt sejuk..Haha..

Tak plan pun nak ke Tuk Tuk nih.Kami hanya browse Food section kat directory dan pilih. Lagipun terasa nak makan tomyam.

Dia kat level LG kalo x silap. Tapi di area Cold Storage tu. Resto nya agak pack. Mmg macam suasana street food di Thailand pun.
Menu nya
Aku pilih tomyam seafood dan Jasmine rice. Dan Watermelon laici. 
Temikai agak cair. Laici seketul
Tomyam pun agak cair dan isi sikit..hihi
Jasmin rice
My opismate order fried glass noodle. Rasa suhun goreng jah..hihi

Verdict. So so je. Tak dtg dah kot..Huhuhu..