Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday 7 December 2015

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila mcm kami ye..

1) Transportation
Train - Book seawal yg mungkin untuk early bird fare. Kebanyakan train destination di Europe boleh di beli online seawal 3 bulan sebelum tarikh travel. Eurostar pula boleh dibeli seawal 6 bulan sebelum.
Flight – Try cari deals masa fair atau sales. Kami dapat flight tiket yg agak murah di Matta Fair. Untuk penerbangan dalam Europe, boleh search and compare bajet airline yg ada seperti Ryanair atau Easy Jet atau gunakan flight compare websites
Rental Car – yg ni pun kami compare harga setiap operator. Sila baca terms and condition setiap operator kerana mungkin akan berlainan. Contohnya, Operator A mungkin akan charge extra untuk GPS manakala Operator B mungkin dah include GPS dalam price. Insurance tak semestinya diambil melalui Operator itu sendiri. Sama juga dengan license. Ada yg require International driving license. Our operator adalah Enterprise, yg tidak memerlukan international license. Hanya passport dan Malaysian driving license sudah memadai.

Nie untuk  Main transportation
Nie untuk  Local transportation
2) Accomodation
Sama seperti transportation, sila compare harga hotel, hostel dan option lain seperti homestay concept. Antaranya adalah AirBnb, Couchsurfing, etc. untuk kami, awal2 kami dah reject hotel kerana bajet. Kami akan compare antara hostel dan homestay. Dan kami dapati AirBnb adalah yg paling murah. Di sini kita boleh filter according to our bajet. Contohnya, kami akan cari rate yg RM200 and below utk satu malam, ada wifi, dan paling dekat dgn train/metro station. Sila baca review traveler yg pernah stay di sesuatu rumah tu sebelum membuat keputusan. Penting untuk kita print map ke tpt bermalam siap2 untuk mengelakkan sesat. (happened to us in Paris)



3) Entrance fee dan lain-lain
Jika yg ada option untuk online purchase, please do so. jadi kita tak perlu untuk beratur di tempat tersebut. Yg boleh dibeli online contohnya Keukenhof Garden dan Colosseum. Tiket untuk naik Eiffel tower juga boleh dibeli online awal2 kerana ramai ya amat manusia beratur di kaunter tiket. Inilah yg membuatkan kami tak naik Eiffel tu. Nak beli online dah full.
Total expenses (not included meals and luggage storage)
4) Luggage
Ini sangat penting. Jangan jadi macam kami ok. Awal perancangan, luggage kami di tahap minimum. Tapi kami silap bila awal2 dan shopping di UK dan membuatkan luggage kami beranak pinak. Ini membuatkan kami terpaksa meninggalkan luggage di setiap train station dan Athens airport. Ini akan membuatkan bajet mencanak2. Kalau yg x boleh kawal nafsu shopping macam aku, sila bawa luggage yg beroda tu. (medium size dah ok). Kalo large size jadi hal plak ko nak angkut naik train nanti.

5) Makanan
Sila sediakan stock mee segera secukupnya. Kami juga membawa serunding dan sambal ikan bilis kering. Cik Ita telah membeli periuk nasi yg comel maka bolehla memasak nasi. Inilah pentingnya memilih accommodation yg kita boleh masak ataupun jerang air. Tak semua tempat yg senang untuk mencari makanan halal. Contohnya di Greece, kami tak jumpa satu pun restoran/kiosk makanan halal

6) Duit / Credit Card
Haha..of coz ni penting kan. Buatlah bajet siap2 setiap hari agak2 nak spend berapa. Macam aku, aku dah asingkan siap2 setiap harinye spending. Satu hari satu envelop. Jadi xdelah terlajak kan. Bawak at least satu card utk emergency. Dan sila catat/ingat pin untuk credit card tersebut. Macam di Amsterdam Centraal, lockernya kena guna credit card dan berpin no. Both of us takde nombor tu sebab kami tak gunakan di sini. End up, kena cari luggage store yg lain yg sangat mahal.


Antara Photobook yang dah siap...
Rasanya itu je kot yg dapat aku share. Hopefully berguna lah ye.

Stay tune untuk my next adventure (kalo ada)..Muahahahaha…

No comments:

Post a Comment