Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Sunday 29 July 2018

Tossed Cafe, Jaya Mall, PJ

Salam Makan-makan. Hahaha..

Entry kali ni pasal lunch di Jaya Mall PJ. Ni dgn colleague ku si mak buyung. Selalunya kalau kami ada kerja di PJ, kami memang akan terjah Jaya Mall sebab dekat dengan tempat customer. 

So kali ni kami pilih Cafe Tossed, yg terletak di tingkat 4 berhadapan dengan Mr DIY. Kenapa pilih cafe ni..sebab deco dia. Boleh berbuai2 sambil makan. Hehheh..

Mari kita lihat..
berdepan dengan Mr DIY
Ada meja biasa..
Bean bags dan buaian

 Antara menunya..


Dan kami pilih..
My colleague's. Tak ingat nama tapi refreshing.
My Hazelnut Latte. Not bad..
Our meals..
Set nasi dan asam pedas. Kuah yang pekat. Not bad juga
Ku pilih set burger. Chicken patty tu deep fried dgn spices. Okay la. Tapi fries sedap. 
Sos yang disediakan
Overall..ok la. Not bad juga. Kalau memang nak lepak2 sambil berbuai-buai..this is the place.  

Saturday 21 July 2018

Gula Cakery Cafe, Kota Kemuning, Shah Alam

Okay aktiviti makan ni adalah few weeks ago lepas cuti raya.

Tak leh nak fikir dah nak makan apa, plus Friday lunch break yang panjang, plus malas nak rempuh jem kalau gi tempat jauh..Maka terdamparlah kami di sini. Eh..

Cuma aku dan Cik Wani, my colleague, saja menglunch date. Cafe ni dahulunya di tingkat atas, namun baru2 ni dah berpindah ke ground utk area yg lebih luas. Selain cafe, ada juga kelas baking untuk siapa yg berminat.

okay mari tengok menu.Order dan bayar di kaunter dan nanti mereka hantar. Di kaunter juga boleh nengok dessert selection

 Aku pilih spicy butter chicken pasta dan Wani pilih Carbonara. Coffee for me of coz. 
Spicy butter chicken as its name, is quite spicy. Tapi ok la, x la muak kan..
Carbonara. I'm not a fan of carbonara in general..Wani kata not bad
what else..hahaha
Actually kami juga tapau kek tapi lupa lak nak snap photo. Aku order choc cheesa kalao x silap. Okla sedap la juga..hihi

Nasi Dulang Daun Pisang, Sg Ramal, Kajang

salam semua...
uhuk hukkhukk. Sakit idung bersihkan habuk dan sawang.. hahaha..

Kembali bersiaran mak hari nih..

OK kali ni fresh from the oven. Baru kejap tadi makan di sini..Fuhh balik2 terus update entry. Haha.

Aku tak sure berapa lama resto ni dah viral tapi aku baru tau kewujudan dia baru2 nih. (cik gugel kata dah 4 tahun) Jadi apa lagi, marilah mengajak Cik Ita terjah. BB kerja jadinya tak dapat ajak dia. Kihkihkih.

Kami sampai dalam 11.30 pagi tapi tuu dia penuh meja semua. Nasib baik boleh tumpang satu family nih. 


First step lepas book meja adalah ke kaunter, order dan ambil nombor. Settle, balik ke meja dan tunggu abam2 laung nombor bila dah ready untuk di hantar ke meja. 
Kaunter
Angka giliran..kihkihkih
Aku order Nasi dulang Talapia Goreng, which is their hot selling menu, dan Cik Ita order Nasi Dulang Ayam Berempah. Selain tu yang aku nampak (x sempat snap gambo menu), ada ikan keli, sotong bakar, bawal goreng dan Nasi Ganja. Air pun banyak juga pilihan. Harga juga berbeza mengikut menu. 

Yg aku punya, set talapia dan teh ais RM14.20, Cik Ita set Ayam berempah dan teh ais madu RM7.50
Teh ais biasa
Teh ais madu..Tapi macam xde beza je..
Inilah set2 nya. Didatangkan dengan 3 jenis sambal. Tapi sambal merah yang terbaik..Ulam-ulaman dan juga kuah lemak. Ikan memang garing dan panas2 menambahkan selera. Tapi kuah lemak agak manis pula. 


Okay overall verdict puas hati. Next time nak cuba sotong bakar.

Kalau wiken nampaknya kena datang awal kalau tak kena tunggu meja....Nak cari senang je, silalah tanya Cik Waze..Hahaha