Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 27 October 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 20; Home Sweet Home

Tuesday, 28 April 2015

Hari itu, hari akhir kami di bumi Greece, juga Europe. Seperti yg dijanjikan, ayah Maria hantar kami ke airport tanpa charge. Flight Ryanair ke Athens adalah smooth. Di Athens, kami ada beberapa jam untuk rileks sebelum flight Etihad balik KL via Abu Dhabi.

Dari Athens ke Abu Dhabi, flight selama 5 jam. Kami disajikan menu lunch. Macam sebelum ni, portion nye besar dan memang kenyang. Selain layan movie, apa lagi, bolehla tido..

Di Abu Dhabi, kami juga ada beberapa jam until the next flight. Kali ni kami disertai rombongan Indonesian yg balik dari umrah. Flight tak full dan di belakang, kami boleh pindah tempat, duduk dan tido sesuka hati.. Meals kali ni adalah breakfast. About 1pm, 29 April, touch down lah kami di bumi Malaysia semula diiringi dengan hujan yang lebat. Oh Home Sweet Home.. Balik terus carik nasi weh...
kami disambut dengan seat begini
kalo flight pagi dapat pouch ni. ada toothbrush, ear plug and sleeping eye mask
Terlalu banyak pengalaman yg kami kutip selama 20hari berkelana di bumi eropah ini. Pahit manis masin, semua ada dan semua pengalaman ini sangatlah berharga. It was worth every RM and every second of our lives. Alhamdulillah, aku x mengalami jet lag yg teruk, baik masa sampai mahupun balik.. (aku keje weh the next day, siap ada training lagi..)


One of the best experience in my life!





Pada aku, it would be better kalau kita sendiri yg plan semuanya from scratch. Jimat pun lagi jimat. Lepas trip ni, lagilah membara semangat nak travel satu dunia..Semoga panjang umur dan murah rezeki..

Dan of coz, yg paling penting, thanks to my wonderful and sporting hubby yg memahami nafsu wanderlust ku ini..Muah muah..Hihihi…

Another thing yang amat pasti adalah aku memang FAIL kalo backpacking nih. Aku x leh nak embrace the real backpackers spirit. Mana taknya, nafsu sopping xleh tolak ke tepi. Pastu nak travel in style la konon, dgn boot semua..tanak comot2 baju n tudung kedut, siap bawak travel iron..hihihi... So lepas ni kena betul2 planning seadanya ikut kemampuan diri.

Thanks pada sesiapa yg sudi baca catatan ku ini..Hihihi..

Lepas ni aku akan share sedikit tips dan bajet berdasarkan pengalaman kami mengembara di bumi Eropah selama 20 hari, 8 Negara...

Monday 26 October 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day19; Santorini, Greece

Monday, 27 April 2015

Pagi tu, sekali lagi kami berjalan je ke Fira.. Kami dah janji dgn geng baru nak jumpa di bus station. First tempat kami singgah adalah Pyrgos. Pyrgos ni bukanlah commercial village sgt mcm Oia tu. Kiranya low profile lah. Bolehla juga nengok view laut waktu pagi.
Map besar disediakan utk pengunjung
Kat sini rumah low profile berbanding Oia
Ada sesapa di dalam? Kami di luar..
Kat bawah dia ada cafe dan deretan kedai. Souvenir pun ada
View dari rumah2 di Pyrgos
Kami sambung perjalanan ke Perissa pulak. Perissa ni adalah pantai with long black sand. Ianya cantik tapi panas. Mentari pun dah mula terik masa ni. Ada yg siap berpayung lagi..kikiki.. Kami just lepak2 layan angin pantai sambil berposing2 gitu. Macam takde je yg mandi manda macam pantai kat Malaysia terchenta nih. Kat sini berderet2 gerai makan tepi pantai tu. Promoter tu dok kata halal2 tapi bila cek menu, ada plak serve oink oink! Konsep halal dorang ni tak sama ngan kita gamaknya.
time ni baru kul 10 rasanya tp dah terik
kerusi2 tu semua rental. x ingat rate dia
Panas memang panas tapi angin nyer agak sejuk

Next pit stop adalah Kamari, black pebble beach. Keadaannya lebih kurang Perissa tadi. Masa ni adalah jugak minah2 salleh ni ber sun bathing gitu. Macam biasa, kami just jalan2 cekdiout dan berposing2. Perut pun x sedap sebab dah berangin. Di Athens dan Santorini, agak susah nak mencari makanan halal. X jumpa pula restoran Arab di sini. Almost all restaurant akan serve oink oink. Makanya life kami di Greece adalah bergantung pada mee segera dan makanan ringan..hikshiks..

Pemandangan sepanjang jalan ke Kamari


Nie lah pantai Kamari...

Akhirnya kami kembali ke Fira, dan berjalan2 di Fira jap. Cik Ita plak nak abiskan Euronya so kami nengok2 souvenir di Fira mana2 yg berkenan. Fira ni lagi sesak dan padat dari Oia. Maklumla main town. Balik di villa, bolehlah kami berehat2 sambil menikmati angin Santorini sebelum balik.


Nie view dari Fira Town pulak...Bagi aku view dari Oia adalah the best..

Sempat bergambar kenangan depan Villa

Backpacking Eropah 2015 - Day18; Santorini, Greece

Sunday, 26 April 2015

Alhamdulillah, walaupun mula2 kami risau pacik tu x dtg, lebih kurang 4.30 am, pacik tu muncul depan umah. Nasib baik kami pun dah bersiap. Di Athens airport, kami simpan luggage yg besar tu n just bawak beg kecik utk 2 mlm je. Ke Santorini, kami naik Ryanair. Return tiket adalah €134 utk 2 org. flight tu 55minit je.
Arrival Hall Santorini Airport
Di Santorini, sekali lagi kami book accommodation thru Airbnb. Kali ni nama hostnya adalah Maria. Bilik yg kami book adalah part of villa, complete wif swimming pool. Namanya Pension Livadaros. Kami mmg rekemen villa ni utk sesapa yg nak stay kat Santorini nih. Maria sepatutnya pickup kami di airport. Tapi lama dah menunggu x muncul2 jugak. Ita pun dah call bbrp kali tapi x berangkat. End up kami naik taxi je.  Pension Livadaros ni terletak di Karterados. Bbrp km dari Fira, main town.

View dari villa adalah cantik. Masa sampai pun xde org di villa tu so kami lepak2 kat luar sambil riki2 kawasan sekitar. Tak lama pastu, ayah Maria datang, n tolong panggilkan lagi sorang doter dia, utk check-in kan kami. Dia bagi kami choices antara bilik balkoni ngadap courtyard atau ngadap pool. Of coz kami amek balcony ngadap pool. Kejap je pastu si Maria dtg bilik n apologize. Rupa2nya semalamnye adalah wedding dia. dan majlis habis lambat. Laa..ngape tak di kabarin.. Makanya x jadi la kami nak bengang. Lagipun, sebagai tanda maaf, dia offer nanti balik ke airport dorang hantar FOC. Hihihih..
Pool yg takde org mandi sebab sejukkkk
Bolehla nak lepak2 
Disebabkan kami bangun super early tadi, kami pun tido la kejap, baru lah memulakan explorasi. Dari villa ni, kami kena berjalan ke main road untuk amek bas ke Fira. Dari Fira lah baru boleh amek bas lain kalau nak ke mana2 town atau village di Santorini nih.

Kami decided nak ke Oia. Oia ni adalah village yg paling femes di Santorini. Sini ada view yg paling sesuai utk nengok sunset. Tiket bas dari Fira ke mana2 destinasi adalah antara €1.60 ke €2.20 sorang depends on distance. Bas dia style conductor yg jual tiket dari seat ke seat tu. Teringat lak zaman naik bas mcm tu pegi kelas tusyen dulu..Haha..

sepanjang perjalanan ke Oia dijamu dgn view mcm ni..

Dah sampai di Oia, kami lepak2 la kejap sambil2 mengusya mana nak pergi. Adalah pulak 2 org Chinese lady, Malaysian gak, tegur kami. So dpt geng travel plak kat Santorini. Kiranya kami jalan sama2 lah and janji esoknya pun nak jalan sekali. Dorang ni dah mid-life, masih aktif travel. Dah pernah nengok Aurora borealis di Iceland. Kagum kejap kami..Hihihi..

Memang view di sini sgt cantik dan gojes. Berlatar belakangkan laut yg biru sebiru-birunya, dan bangunan yg dicat putih berbumbung biru, memang terpesona lah..Ecewah.. Masa ni tengah terik..Balik2 memang sunburn aku. tp sgt worth it...
Takyah cakap banyak. The photos will tell you..

Kami tak stay untuk sunset. Org pun dah agak ramai berkumpul tgg sunset kat dataran tu. Sampai di Fira, kami pun berjalan balik. Jarak dari Karterados ke Fira sbnrnya adalah 2km je (Time tu ‘je’ lah..Cuba skrg kena jalan 2km, mau nangis aku..muahaha).  Dapat la jimat €1.60. Maklumla, dah last2 ni uang nye dah berkurangan..hihihi..