Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 18 February 2020

Company Trip 2020; Jogjakarta - The Pheonix Hotel

Not a leisure trip, tapi lebih kepada meeting and training. Hahaha..
Everything's booked, kami hanya follow lah. Rupiah pun aku tak tukar banyak.

Accommodation untuk kali ini adalah The Pheonix Hotel. Lebih kurang 10-15 minit dari Airport. Menurut website, ia adalah 5 star hotel. 

Mari lihat dalam bilik
 View dari balcony bilik






Keadaan bilik memang okay. Wifi pun laju. Yang tak bestnya, Aircond tak rasa even dah set ke lowest temp. Bila kami borak2 dengan colleague lain, mereka pun kata benda yang sama. Overall, temperature di hotel tu termasuk bilik dia agak panas. Tak sure kenapa, nak jimat tenaga barangkali?

 antara hiasan di hotel






The food pun overall so so je. Macam tak kena dengan taste kami (ramai yg setuju) huhu..Nasib baik company bayar kan...

Saturday 15 February 2020

Aktiviti Sihat: Antibiotic Fun Run 2020 - MAEPS Serdang

Hahaha..InsyaAllah tahun ni aku nak cuba bersungguh2 amalkan budaya hidup sihat. Tapi, mungkin taklah terlalu extreme. Food is my 2nd favorite things (1st is of course, travelling) and continue to hunt for fancy meals once a while..

Fun Run ni organized by MOH via IMR. Ianya pun di launch oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad. Aku berjaya menyeret Ita dalam hal ini..

Run akan start pada pukul 7. Sebelum pelepasan peserta, acara warm up dan zumba di adakan. YB then launched us off dan aku dan Ita pun berjalan lenggang kangkung di MAEPS tu. Hahaha..Xde la kami nak ber 'run' sangat..Asalkan keluar peluh dan berjaya menamatkan 5km tu pun dah cukup..


 Mereka yang bertungkus lumus menjayakan program



 Tunggu YB membunyikan hon tanda pelepasan peserta
 Finish.....
 Lepak dalam Dewan untuk ucaptama YB dan lucky draw



Tetiba macam nak join Run ni setiap bulan..Gitu...

Sblm balik umah, singgah jap IOI City Mall sebab nak tukar duit rupiah..Rupanya di area situ ada Fun Run jugak. Nasi Lemak Fun Run namanya..Wahhhh....

Jalan Kengkawan: Cameron Highland Short Trip - Cameron Valley Tea House 1

Actually, ada lagi beberapa activiti lain yang kami buat di Cameron, antaranya, petik strawberry di Taman Sedia dan shopping di Kea Farm.

Aktiviti sebelum balik adalah di Cameron Valley Tea House 1. Dah few times aku datang sini, tapi kali ni ada penambahan baru. Iaitu tea truck di bahagian bawah nearby air terjun. (few years back takde apa2 di air terjun tu). Dan service buggy disediakan untuk pengunjung yg tak larat/malas nak menapak. Kami lah tu antaranya..Hahaha.

Entrance kalau menapak RM3, kalau naik buggy RM12. Mari kita lihat apa yang ada di sini.

 Buggy
 Tea truck nun di bawah. Boleh lepak2 minum teh












Dah setel, masing2 pun bergerak pulang ke sarang. Tak boleh balik lewat sangat, esok kena kerja lah..Haha..
Sekian catatan ku untuk trip ini..

Jalan Kengkawan: Cameron Highland Short Trip - The Stone Valley Steamboat & Grill

Masing2 terasa nak makan steambot dan grill. Plan asal nak makan di Restoran Taman Abang tu (dah tukar nama rupanya), malangnya tutup pula. So terpaksa gugel resto yg lain.

Pencarian akhirnya membawa kami ke sini. Ianya terletak di Taman Sedia. Harga buffet steambot dan grill adalah RM35/pax.
 Masa sampai ni masih cerah



Overall, biasa-biasa je bagi kami. Marinated choices tak banyak dan staff ambil masa untuk refill. To be fair, hanya seorang gadis sahaja yg menjadi waitress malam tu. Kesian dia x menang tangan orang asyik panggil. Yang tukang refill pun ada sorang je. Tak pasti adakah semua staff lain bercuti atau apa.

Lain2 pilihan pun agak hambar bagi kami. Tapi yelah. Dah bayar kan..Makan je lah apa yg ada..Nasib baik ramai, leka berborak jadi tak terasa sangat kecewa pasal makanan. 

Jalan Kengkawan: Cameron Highlan Short Trip - Accomodation via AirBnb

So, umah ni aku yang carik. Dorang prefer utk cari rumah instead of hotel. Scroll punya scroll, come across penthouse nih. Nama dalam AirBnb is Big Vintage Penthouse =-1600sqf. Keluasan dia yang buat aku tertarik.

Bila tengok gambar dan baca review, memang sgt memuaskan dan berbaloi. Harga RM190 satu malam. Murah la kalau bahagi 6 kan....

Kondo ni terletak di Desa Anthurium, Tanah Rata. Location, tepi jalan in between Brinchang dan Tanah Rata. Check-in super convenient. Host akan bagi pin untuk buka pintu masuk. Pintu takde physical lock. hanya guna pin. 

Rumah memang besar dan bersih. Living dan dining di bawah dan 3 bilik tidur di tingkat atas. Sangat recommended dan puas hati.

 ni untuk lepak2 di balkoni.