Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Wednesday 5 September 2018

Jalan2 Johor: Taman Negara Tanjung Piai, Pontian

Pagi di Pontian. Ingatkan nak cari breakfast yg special di Pontian, sekali salah warung, makanya makan roti telur aje. 

Sebenarnya, reason aku nak stay di Pontian adalah sebab nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor.

Perjalanan dari pekan Pontian adalah dalam 40 minit. Melalui kawasan kampung2. Selain Tanjung Piai, pengunjung juga boleh ke Pulau Kukup menaiki bot. Tapi sebab kekangan masa, kami hanya ke Tanjung Piai je.

Sebelum sampai ke Taman Negara ni, kami stop di Jeti Tanjung Piai. Since xde signage yg lengkap, kami ingatkan itulah tempatnya. Rupa-rupanya ia adalah Resort dan Seafood Restoran. 
Oh dah sampaikah? Fikirku masa kuar keta
Ada bot2 org kampung juga

Chalet di kejauhan
Taman Negaranya ke depan lagi. Ada parking space yang agak luas. Mari layan gambar.


Tengah panas terik masa nih. Nak masuk ada entrance fee ya. Tak ingat lak berapa RM..Hihi

Ada bilik briefing kalau nak tau info lanjut pasal tempat nih
Contoh makhluk yg diawet
Juga disediakan banner utk info hidupan di paya bakau
 

Menapak. Hujung tu ada pondok



Pondok tinjau yang ditutup
Berjalan mmenikmati pemandangan paya bakau
Kapal-kapal yang berlabuh
udah sampai Arca Globe nih. Jauh juga menapak
ikan belacak melompat-lompat

cubaan menangkap/menyentuh ikan belacak


Pondok tinjau di kawasan lain.
 Dah penat berjalan-jalan sekitar kawasan tu, maka kami pun meneruskan perjalanan ke JB pula.


No comments:

Post a Comment