Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday 10 September 2018

Jalan2 Johor: Sup Tulang ZZ, Johor Bahru

Okay kami pun meneruskan perjalanan ke JB dari Pontian. Takde specific plan pun di JB melainkan aku nak menjenguk ke Bazar Karat malam nanti.

Alang-alang sampai JB, makanya kami pun singgah la di Sup Tulang ZZ. Dia ada beberapa branch. Boleh la Waze mana yang terdekat dgn korang.
Dah sampai..
Masa sampai ni dah pukul 2.30 ptg, so orang pun dah berkurang. Tapi suasana makan agak damai sebab dipayungi pokok-pokok besar. Boleh pilih nak duduk meja berkerusi atau bersila dalam pondok. Kami pilih yang bersila.
view dari pondok kami

Kami order sup tulang dan telur dadar sahaja. Sup tulang tu agak manis utk tekak aku. Tak tau kenapa lately, aku agak kurang selera dengan sup yang terlalu pekat dan berempah. Dulu ok je. Mungkin kerana penambahan usia..Hahaha poyo tak. Tapi BB memang suka la siap menghirup bagai.



Done makan, kami pun decided nak check-in hotel dan berehat. Malam nanti baru lah keluar jalan2 sekitar. Kali ni kami stay di Double Tree by Hilton. Nanti ku akan  review di entry lain.

No comments:

Post a Comment