Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 16 March 2018

Percutian Biras-biras ke Medan, Indonesia - Day3

Pagi2, sama juga. Kami terus bersiap2 untuk check-out. Breakfast kali ni adalah buffet. Banyak juga selection nya. Jamu-jamu pun ada. 
selepas breakfast. jalan2 bergambar kenangan
view dari depan restoran di hotel


Aktiviti pagi itu adalah ke Pulau Samosir yg terletak di pulau di tengah Danau Toba. Pulau ni adalah perkampungan kaum Batak. Kami menaiki feri pukul 9.30 pg dan perjalanan memakan masa 30 minit. 
di pelabuhan
ni lah ferinya
dok atas sekali confirm berangin
orang berniaga makanan. tak berani nak beli

Dari Jeti Pulau Samosir, kami berjalan menuju ke kampong kaum Batak tersebut. Bolehla tengok rupabentuk rumah Raja Batak. Dan juga boleh ke makam Raja Batak dan Santo menerangkan serba sedikit mengenai sejarah mereka. Di sepanjang kampong dan ke makam adalah deretan kedai menjual pakaian, souvenir dan sebagainya. Kami hanya membeli sedikit ole-ole memandangkan kami berhasrat untuk membelinya di Medan nanti. Kat sini, pandai-pandailah nak tawar menawar. Kalau tak, memang kena ketuk. Hihihi. 
suasana di jeti Pulau Samosir

dah nampak deretan kedai souvenir
bentuk rumah
patung menyerupai anak raja Batak
Kami menaiki feri kembali ke Parapat dan seterusnya makan tengahari di sana. Santo membawa kami ke restoran Padang yg berlainan. Katanya ada Lobster. Hihi..rupa-rupanya comel saja lobster tu. 
penumpang beli megi dan terus direndam masa tu juga
Santo bercap merah
lobster katanya

lauk2 yang lain
Kemudian, kami meneruskan perjalanan kembali ke Medan. On the way, boleh juga singgah di Simarjarunjung di mana pengunjung boleh bergambar di pelbagai ‘photobooth’ berlatarbelakangkan Danau Toba. Memandangkan biras2 semua dah penat, kami hanya singgah sebentar dan meneruskan perjalanan. Sebab, kami pun nak singgah di Berastagi nak memetik limau pula. Nasib baik ladang limau yang Santo bawa tu masih banyak limau di atas pokok tapi kebanyakannya masih muda. Separuh masak gitu. Tapi biras2 agak enjoy memetik buah. Hihi. Jadilah buat kenangan. 
yang siap dipetik kalau malas nak berpanas di ladang
sakan biras2 ku itu
pokok salad
About 6pm, kami pun sampai di Medan dan singgah untuk makan malam di warung yang sama kami singgah pada hari pertama. Pada malamnya, kami meminta Santo untuk menghantar kami di Spa sebab masing2 nak ber massage. Memang lega kot dapat ber Spa dan massage. Hotel di Medan adalah Hotel Madani. Memang sampai bilik, kami lepak2 dan terus tidur dgn nenyaknya. 

No comments:

Post a Comment