Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Sunday 6 September 2015

My Backpacking Europe Trip 2015 - Day11; Dari Lauterbrunnen ke Zurich semula

Sunday, 19 April 2015

Selepas turun dari Jungfrau, kami pun memulakan perjalanan kembali ke Zurich. That was our last day using rental car. Lepas ni, our journey continues dengan train semula. Cuaca masih lagi baik. Niat asal nak lalu highway sampailah ke Zurich Airport. Tapi ntah mcm mana GPS mcm x function dengan baik..Agak berpusing2 juga kami di highway dan tiba2 masuk di satu kawasan kampung yg sangat cantik..
Jalan-jalan sampai sini...
Memang sangat cantik view kat sini sebab village ni berhadapan dengan tasik dan sangat lah memukau..So kami decided nak stop jap untuk bergambar..Memang agak speechless nengok view dia and I wouldn’t mind waking up to this surrounding every day..Hmmm..


Meh layan view yg sangat cantik ni...

So later baru aku searched info pasal tempat ni. Tasik tu nama dia Lake Brienz dan village tersebut adalah Iseltwald. Iseltwald ni pun agak popular among tourist especially time summer di mana pengunjung boleh enjoy view yg lagi cantik. Sape yg jiwa kacau juga blh dtg sini mencari ketenangan.. Hehheh..

Bila kami check jarak perjalanan rupa-rupanya Iseltwald juga tak jauh dari Thun. Sebab tak puas hati sebelum ni kami di Thun hujan, makanya we decided nak singgah semula di Thun Lake utk cikidout the view. Memang berbaloi sebab pemandangan di tasik Thun juga sangat memukau berlatarbelakangkan Swiss Alps..
perjalanan ke Thun dijamu dengan view mcm ni

Layan view di Lake Thun masa cuaca baik

We then resumed our journey dan about 3pm, selamat sampai di Zurich Airport utk pulangkan kereta, dan took a train to Zurich Town. Memandangkan masa dah suntuk, kami hanya sempat berjalan sebentar di kawasan town berhampiran train station. Haha..asalkan sempat jejak Zurich.. 

Malam itu kami akan bermalam di Airbnb yg mengikut review, agak dekat dgn train station. Dari train station, kami perlu naik tram ke rumah tersebut dan rupa2nya, ia agak jauh dari bandar..Cis..Tipah tertipu nakkk..

About 9pm baru kami sampai ke rumah tersebut.. Host kami, Vera dan adiknya adalah musician. Dorang ni ada band sendiri dan of coz, lagu sendiri. Dia ada bagi website band tu, tp ntah mana aku letak kertas tu..huhu..Rumah dia sangat cozy. Just nice utk 2 org macam kami. Dorang ni pun adalah traveler dan mengamalkan konsep travel sambal bekerja. Maksudnya bila dorang kat satu2 negara ni, dorang akan cari part time job utk support expenses masa di Negara tersebut. Tak silap aku, dorang pernah berkelana di Malaysia dan bekerja sebagai pelayan restoran sementara di sini. (kalo salah Cik Ita sila betulkan..)


Ni lah Airbnb Vera



No comments:

Post a Comment