1 Dec 23 (Fri)
Breakfast di hotel. Kami hanya makan Croissant dan scramble egg. Buah-buahan dan cereal. Jadilah asalkan perut terisi.
Dining room |
Destinasi pagi tu adalah ke Mount Titlis yang terletak di Engelberg. Luzern ke Engelberg memakan masa sejam. Dari train station Engelberg, kami menapak ke Titlis Valley station. Berjalan lebih kurang 8 minit. Kalau peak season dan weekend, shuttle akan disediakan dari train station ke Titlis Valley station tu. Tapi ok je sebab tak jauh mana pun nak berjalan, dan sambil2 tu boleh bergambar berlatarbelakangkan salji.
depan train station |
otw ke valley station |
otw naik. dalam cable car |
Singgah Trubsee seblm naik Rotair |
Dalam rotair |
Antara aktiviti yang kami buat:
Glacier Cave – Jalan2 dalam gua sejuk. Awas lantai licin
Main salji di luar building. Masa ni mmg Tengah tebal dan angin pun kuat. Tapi we were having fun in the snow!
Cliff walk – Nampak putih je Kawasan sekeliling. Tersangat la awesome. Tapi sejuk tak blh bawa berbincang
Lunch di Panoramic View lunch di tingkat 4. Kalau bawa bekal boleh makan di sini sambil enjoying the view.
Jengah kedai souvenir. Dapat la beli satu FM tambah collection
Saja survey kedai jam. Paling murah pun Swatch 99CHF. Seronok perasan kaya tengok2 jam mewah kat situ
Ada prayer room di dalam bangunan ni. Jadi kami terus jamak di sini saja. Restoran pun ada kalau nk makan di sini. Tapi tak sure la harganya. Gelato pun ada tapi kami tak try pun. Sejuk nau.
Dalam 1.30 pm, kami pun bergerak turun. Sempat la jalan2 sekitar Engelberg tu sementara nak tunggu train. Kecil je pekannya tapi menarik.
No comments:
Post a Comment