Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 18 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day14; Pisa, Italy

Wednesday, 22 April 2015

Untuk ke Pisa pada pagi itu, kami menggunakan Trenitalia yg telah dibeli secara online tiketnya. Perjalanan ke Pisa mengambil masa selama satu setengah jam. Sama seperti Venice, Pisa adalah persinggahan sahaja sebab lepas tu kami akan bergerak ke Rome pulak. Pisa sangat terkenal dengan Menara Condong nye. It’s one of the main attractions for tourist in Italy. Tapi selain menara nih, bnyk lagi monument yg bersejarah di Pisa ni. Tapi, untuk trip ni, kami hanya akan ke leaning tower tu memandangkan masa terhad.
Dah sampai Pisa Centrale
Dari train station, Pisa Centrale ke tower tu,  pengunjung boleh menaiki bas dan tiketnye boleh di beli di kiosk2 di dlm train station. Kalo nak berjalan pun silakanlah.. hahaha.. Boleh je sambil mengexplore bandar Pisa kan. No entrance fee untuk melawat tower tu tapi kalo nak panjat naik atas, kena bayar €18. Tak kuasa mak nak panjat dik non oii.. Ramai plak tu beratur nak naik..

Sedikit info mengenai tower ni. Ianya terletak dalam kawasan Piazza dei Miracoli (Piazza del Duomo). Dalam kawasan ni selain menara nih, ada Pisa Cathedral, Pisa Baptistry dan Monumental Cemetry. Ketiga2 monumen ni juga kena beli tiket kalau nak masuk. The Leaning Tower of Pisa tu actually adalah bell tower untuk Pisa Cathedral di sebelahnya. 

Orang agak ramai masa kami sampai. Tengah panas terik lak tu walaupun masih pagi. Sebelum pintu masuk kawasan ni, terdapat deretan kiosk souvenir yg memanggil2 kami. Ramai juga peniaga muslim (India muslim?) dan setiap kali kami lalu, akan mengucapkan salam dan bercakap sedikit Bahasa Melayu. Actually, apa yg kami perhatikan, di Europe, kebanyakan peniaga2 souvenir ni akan recognize kami dari Malaysia. Sebab apa, maybe org Malaysia suka bershopping especially souvenir nak bagi kat family n frends kan..Words yg selalu dorang ucapkan macam ‘terima kasih’, ‘murah2’, ‘cantik2’ dan beberapa yg lain.

Mari layan gambar di kawasan ni.

Yg wall belakang tu entrance dia
Yg bulat tu Pisa Baptistry
Nie Pisa Cathedral
Tower yg tak kuasa den nak panjat
Cukuplah kat luar je

Dah puas hati, kami pun berjalan2 sekitar area tu, hopefully dapat jumpa restoran halal. Lama jugak kami mencari akhirnya jumpa di satu corner, kedai kebab yg comel je. Tapi pizza pun ada dan juga ada satu menu yg menarik hati kami iaitu Arancini. Arancini ni adalah stuffed rice ball with vegie, disalut dengan breadcrumbs dan digoreng. Sedap rupanya benda alah ni. (konon balik sini nak try buat, tak terbuat lagi sampai skrg..huhu). Kami juga mengorder pizza tapi takde yg sesedap pizza Venice tu.. Hahaha..






Lepas makan dan beli souvenir, kami pun naik bas semula ke Pisa central. Sempat juga berjalan2 sekitar centrale tu. Dah tu lepak2 kejap, kami menyambung perjalanan ke Rome pula. 
Statue berhampiran Pisa Centrale
Petang tu, perjalanan kami diteruskan ke Rome, via Roma Termini. Coach kami ni plak style mcm cabin. Kiranya 4 org satu cabin dan ada pintu2 tu..Dah la tempat nak letak luggage atas kepala..Mana la nak sampai kami yg dikira renek nih.. Luckily ada sorang macho Italian guy tolong.. Berat kot beg2 kami. Dia pun tersengih2 masa angkat tu.
Dan sweet of him to turunkan beg2 kami sebelum dia turun di stop before Termini.

Since kami pun sampai dah agak petang, kami terus ke Airbnb kami yg perlu menaiki Metro. Ya Allah..Sesardin-sardin bas Metro kat KL ni, Sardin lagi Metro LRT di Rome tu. Dah la kami struggle dgn beg2, kena berhempas pulas pulak nak masuk ke dlm train dgn European yg besau2 tu. 

Akhirnya, setelah bersesak nafas, kami pun sampai di Airbnb Bianca, dan di sambut oleh maknya, Emanuella beserta seekor puppy yg kiut dan manja. (Masa kami book puppy ni takde lagi).. Fortunately, Emanuella mintak anaknye letak jap puppy tu kat balconi sementara kami masuk rumah tu..

So malam tu kami rehat lah puas2 sebab esok kami nak explore Rome pulak...

No comments:

Post a Comment