Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Wednesday 9 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day12; Milan, Italy

Monday, 20 April 2015

Pagi ini kami akan meninggalkan bumi Switzerland. Honestly, memang tak puas sebab masih banyak tempat yg boleh di explore. InsyaAllah, panjang umur dan ada rezeki, mungkin aku nak buat trip for Switzerland only. 

Our next leg adalah Italy. Untuk hari itu, perjalanan kami berhenti di Milan. We book 7.32am train dari Zurich HB dan tiba di Milan pukul 11.30am. seperti biasa, kami akan mencari tpt utk simpan luggage dulu bila sampai. Tapi di sini, tiada system locker sebaliknya menggunakan private company dan charge nya adalah agak mahal tambahan pula, aku akan simpan 2 luggage dan terpaksa bawak skali beg utk malam tu masa jalan2..

Lepas tu kami pun naik Metro dan terus ke one of monumen di Milan iaitu Milan Cathedral atau Duomo di Milano. Duomo ni adalah gereja kedua terbesar di Italy dan kelima terbesar di dunia. Pengunjung boleh beli tiket dan masuk ke dalam tapi kami hanya berlegar2 kat luar sahaja. Maklumla masa pun limited utk kami nak explore secara detail. So kami pun berjalan2 sekitar Duomo tu saje sambal tercari2 butik2 high class yg femes tu kan..Maklumla Milan kat kota fesyen. Tengok je la..Menjamu mata kata org. Tapi puas kami pusing2 sekitar tu, x jumpa la pulak..Adala kedai2 shopping tp xde plak Nampak nama2 gah tu. Haa..Bata adala kami Nampak..

di luar Duomo 
Posing dgn beg bermalam..

Tak banyak yg dpt diceritakan pasal Milan from our point of view sbb kami hanya berlegar2 sekitar Duomo saja. Maklumlah tema trip kami ni pun 'asalkan sampai'... Hahaha... Perut pun dah lapar kan..Kebetulan pulak ternampak satu kedai Arab kat dlm satu kompleks. Kami pun singgah la nak alas perut. Barulah sambung jalan balik. 


Jalan-jalan Sekitar Duomo

Dah puas hati, kami pun decided nak check in di Airbnb. Sama seperti airbnb yg lain, kami mmg akan memilih yg berdekatan train/metro station. Kali ni host tak stay bersama kami, dan tpt tinggalnya adalah di apartment. Host blok lain, kami blok lain. So adalah privacy kami malam tu…


Host yg sgt baik. rumahnya pun serba serbi complete


No comments:

Post a Comment