JellyPages.com

Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 17 July 2017

Jalan-jalan Cari Makan; Kuantan ke Kemaman


wah..punya la lama gap dari episod hari tu..sampai Syawal pun nak habis dah..

Hotel  ni ada menyediakan breakfast, tapi bukan buffet. Ala carte gitu. Adalah dalam 3-4 breakfast set yg boleh dipilih. Haruslah aku ambil set yg ada egg benedict. Not bad at all. BB amek scones set. Juga not bad. Nama hotel tu adalah Riverside Boutique Hotel, bilik agak selesa. Tapi x cukup staff kot sebab BB kena turun dan amek iron dan iron board sendiri. Hotel ni agak dekat dengan simpang nak ke Tanjung Lumpur.

Dah agak2 tengahari kami pun check-out. BB teringin nak makan nasi kukus yg sedap. (tak ingat nama)..On the way mencari resto tu, tiba2 nampak satu couple mat salleh di tepi jalan sambil pegang cardboard sign ‘Cherating’. BB kata nak ke tumpangkan dorang tu sebab mmg kami nak ke Kemaman lepas makan. Mcm agak hesitate tp mcm kesian sbb tengah panas terik. Hmm..Kami decide nak makan dulu dan kalau couple ni masih ada di situ kami akan tumpangkan.

Rupa-rupanya resto tu dah tak wujud. Yela, BB slalu makan situ adalah 5-6 tahun yg lepas. Ntah2 dah pindah atau tutup forever. Who knows sebab dia pun x ingat nama kedai. Makanya kami pun decide nak tumpangkan couple hitchhikers tu. Deme ni asal dari Belgium. Si laki benti keja untuk travel. Si bini cuti tanpa gaji setahun. Dorang dah pergi merata. Dan most of the time, hitchhike la. Nama Ian dan Yana (kalau ikut sebutan la). Dorang dari KL naik bas, jalan2 Kuantan dan terus nak ke Cherating. Lepas Cherating nak ke KT pula.

Seronok dgr citer org yg hardcore travel ni. yela, hajat nak buat benda yg sama mungkin takkan berlaku. Komitmen keliling pinggang kot. Kalau buat pun, memang tak la kalo nak hitchhike ni. End up, kami drop deme di one of bajet chalet di pantai Cherating tu.
kenangan tumpangkan hitchikers
Kami terus ke Kemaman. JJCM diteruskan nak ke Warung Aziz Satar. Masa ni tak brp ramai orang. Maklumla hari keje. Aku suka sbb satar dia yg sedap. Siap tapau bawak balik lagi.

OTW balik, singgahlah dr R&R Temerloh. Rezeki BB nak jumpa tempoyak ikan baung. Eh sedap pulak kuah tempoyak dia. in fact lagi sedap dari yg kat Go’Bang tu..hahaha..Dah sampai rumah baru dia teringat apasal la tak tapau tadi. Boleh la ulang makan. Bukan senang nak jumpa..

Ok itu saja JJCM kali ni. lepas ni nak ajak BB ke mana ya?

No comments:

Post a Comment