Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 11 November 2016

Percutian Eropah 2016: Autumn in My Heart - Day 5; Frutigen, Switzerland

Monday, 3 October 2016

Our next destination was Zurich. Specifically the airport. this is because we are renting a car for Switzerland leg. Yeay!!!

Dari Freiburg ke Zurich, sekali lagi kami menaiki Flixbus dan turun di Zurich Train Stn dan terus naik train ke airport. Kali ni kami dapat kereta Ford Mondeo yg sgt lebar for my standard. Masuk2 je keta, terus set GPS ke English. (tanak jadi mcm last year, hahaha). Ini kali kedua aku drive di Swiss dan left-hand drive. Menggagau la jugak masa mula2 tu. Kejap senget kiri, kejap senget kanan..Hihi..

Tempat bermalam untuk hari tu adalah di Frutigen. Guest house ni terletak di atas bukit. Kalau ikut review, jalan nak naik sangat sempit makanya kami decided untuk terus ke sana coz kalau gelap kang lagi susah nak mencarik.

True to the description, jalan nak naik ke atas mmg ngam2 utk satu kenderaan. Selang bbrp meter, akan ada sedikit ruang in case bertembung dgn oncoming vehicle. Memang mencabar sungguh. Yelah, kanan cerun, kiri batu batu.. Dan satu lagi cabaran adalah most of the rumah2 tu look alike. Jadi berlaku keconfiusan di situ. Siap kami stop di rumah yg salah. Nasib baik ada 2 ladies yg berhenti dan tanya kami if anything they can help.


on the way to Frutigen
Akhirnya, sampai juga di Guest House ni. Dia attached sekali dengan restaurant which hanya akan serve dari 5-7pm sahaja. Sebelah Guest house ni adalah cable car untuk org nak ski di atas gunung. Lepas dah check in semua, kami pun berjalan2 sekitar kawasan tu, view mmg cantik. Kalau nak mencari ketenangan, mmg sesuai kawasan ni. Walaupun ada matahari, tp cuaca sgt sejuk. Tp yg susah di sini adalah pasal makan. Sebab dia kawasan perkampungan, so mana nak cari kebab ke apa ke kan. Restaurant guest house ni pulak ada serve cik bab. Jadinya kami x lalu la nak order. End up makan megi dan roti yg mmg dah sedia ada. Dan juga coklat..hahaha..
View dari Guest House
katil yg sgt cozy
view dari dlm bilik yg awesome
nie la guest house tu

No comments:

Post a Comment