Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday 5 June 2017

Percutian ke Sabah: Perjalanan ke Kundasang

Perjalanan ke Kundasang adalah mendamaikan dan berkabus tebal di setengah2 tempat. Jarak penglihatan mungkin dlm 50 meter sahaja. Jadi kenalah berhati2 dan sila pasang lampu. Tapi from my personal experience, keadaan jalannya tidaklah seteruk yg digambarkan. Lorong utk memotong pun agak banyak. Bagi aku, teruk lagi jalan Tapah ke Cameron Highland. Cumanya ada setengah tempat cerunnya agak menegak dan bagi Viva kami yg agak berusia, tersemput2 la juga.
kabus yg sangat tebal
Lebih kurang pukul 3, kami pun sampai di Mile 36 Lodge. Rupa-rupanya Lodge ni agak dekat dgn Kinabalu Park. Check-in sgt smooth. Kami dapat bilik yg agak ke belakang dan di bawah. Mulanya agak skeptical tapi bila dah sampai bilik tu…luas juga biliknya. Dan sangat bersih. Ada view di hadapan bilik tapi masa kami sampai, keadaan masih berkabus.
view depan bilik masa kami sampai
Lepas rehat2 dan baring2 sebentar, kami pun decided nak ke Pekan Kundasang. Ingat nak tapau dinner sekali. Esok saja kami explore tourist spot tu. Di pekan Kundasang, sempatlah singgah di pasar malam/harian dan beli kuih2 yg kami tak pernah rasa lagi. Kabus pun masih tebal sehinggakan tak Nampak gunung kinabalunya. Sblm balik ke lodge, kami tapau dulu di Restoran Panataran berhadapan Kinabalu Park. Tapau nasi goreng saja..hihi..Di restoran ni, tempat pendaki2 lepak dan makan selepas turun dari gunung. Jelesnya. Semoga satu hari dapatlah kami mendaki gunung ni.
antara kuih yg di beli di pasar malam
Bila dah sampai bilik, kabus pun dah hilang. Jeng jeng jeng..rupanya view di hadapan bilik sangatlah awesome! Boleh Nampak jelas gunungnya walaupun bukan puncak Kinabalu. Nampaklah Laban Rata, yg menjadi tmpt persinggahan/tidur para pendaki sebelum summit. Sangat indah pemandangannya.
boleh nampak Laban Rata dgn mata kasar
malamnya kami rehat2 saja sambil layan cuaca sejuk. 

No comments:

Post a Comment