Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday 5 June 2017

Percutian ke Sabah; Desa Dairy Farm, Kundasang. Day 2

Pagi2 kami da bangun. Breakfast dulu di Lodge. Ada roti, nasi goreng dan meggi goreng disediakan. Kalau nak scramble egg ke, telur mata ke, boleh order dgn staff. Rasa makanannya kurang pedas. Agak tak kena dgn tekak melayu aku nih..hahaha..

First destination pagi tu adalah ke Dairy Kettle Farm. Perjalanan ke farm tu sangatlah mencabar kelasakan Viva kami. Almaklumla, cerun2 tinggi memang semput habis kereta tu. Apa x pernah servis ke keretanya? Hmm.. Dengan susah payah baru lah sampai. Masa ni org dah ramai. Mengikut pembacaan di blog2, bloggers recommend pergi pagi2 buta kalau nak Nampak clear gunung Kinabalu. Tapi malang nasib kami, masa sampai ni, kabus agak tebal dan gunung telah tersembunyi di sebalik kabus itu. Takpelah. Orang kata xde rezeki. 
dah sampai walaupun semput-semput
kabus tebal juga
 


sepatutnya nmpk Gunung Kinabalu di belakang tu
Makanya kami bertebaran lah di Farm tersebut. Cuaca agak sejuk tapi x sesejuk di Switzerland.. Echewahhh..  First activity kami ke kandang lembu dan kambing. Boleh bagi lembu minum susu dan kambing makan rumput. Kena beli ye kawan2, susu dan rumput tersebut. Tp seri nggit dua sahaja. Pengalaman mak bagi makan kedua binatang comel tu. Almaklumla orang bandar katakan. 
bagi lembu minum susu..slalu kita yg minum susu dia..hahaha
 

Next kami makan frozen icecream (sedap weh, sejuk pun sejuk la) dan juga beli susu kotak. Aku beli susu perisa kopi. Sedap gak..Dah puas berposing, kami pun turun la. 
sedap tp sejuk dowh...
Next stop nak ke Poring Hot Spring pulak.

No comments:

Post a Comment