Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 2 June 2017

Percutian ke Sabah; Kundasang dan Kota Kinabalu: Intro

Ini trip aku n cik Ita ke Sabah yakni ke Kundasang dan Kota Kinabalu awal May lepas.

Kami beli tiket dlm bulan 10 2016 gitu. Malindo Air. Kami ni kalo boleh mmg nak elak naik Air Asia. Sebab lagi selesa naik Malindo, dah la siap ada meal lagi dan dah include luggage. Harga tiket kalo time promo boleh dpt rate yg sama dgn AA sometimes cheaper. 

Trip ni adalah 4 hari 3 malam. Entah kenapa 2-3 bulan seblm trip ni mood kami tak datang. Semua benda kami tak book. Hanya ada tiket flight sahaja..muahahahha…

Kami hanya book hotel dan rental car seminggu sebelum trip. Puas gak menggodek2 encik gugel looking for the best rate.  End up, kami book 2 malam di Kundasang di Mile 36 Lodge dan 1 mlm di KK di Promenade Hotel. Untuk rental, kami sewa Viva, RM300 utk sepanjang kami berada di sana.

Flight kami was at 8am. Penuh juga flight hari tu. In-flight meal kami dpt sandwich dan muffin. Lebih kurang 3 jam kami pun medarat di KK.  Satu kejadian sedih berlaku bilamana luggage Cik Ita telah terkopak di sana sini dek tangan2 kasar crew meloading/unloading luggage. Nasib baik boleh claim insurance.

Sampai2 je Viva telan menanti. Sebelum teruskan perjalanan naik ke Kundasang, silalah isi minyak penuh2  ye kawan2 sekalian. Sebab kat atas tu, agak sukar utk jumpa Stesyen minyak. Kami juga sempat lunch dulu di Teruntum kompleks. Sebenarnya kami Waze restoran lain tp x jumpa pula. Makan saja di restoran mana yg ada. Not bad. Lauk pun banyak, harga tu mebbe agak mahal dari standard. (tp xde la mahal melampau).

Antara tempat yg boleh dikunjungi semasa perjalanan ke Kundasang ni adalah Rumah Terbalik. Tp masa kami sampai,  hujan agak lebat. Makanya kami meneruskan sahaja perjalanan. Boleh juga singgah utk bergambar di Jambatan Tamparuli. Tp masa ni kami lalu jalan baru, so jumpa jambatan yg moden sahaja. Time ni kami agak pelik kenapa jambatan ni femes sedangkan ianya adalah jambatan moden? Masa balik tu barulah tahu yg femes tu adalah jambatan gantung lama yg terletak di pekan Tamparuli. Muahhaha…

Eh macam dah panjang entry ni..bersambung nanti..

2 comments:

  1. wow! macam menarik pula Rumah Terbalik tu.. lepas baca post ni terfikir pula nak jenjalan ke sana

    ReplyDelete
  2. Wah! info ini sungguh bagus.. terima kasih kerana berkongsi pengalaman percutian ke sabah.

    ReplyDelete