Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Sunday 19 August 2018

Jalan2 Johor: Muar, Tanjung Emas dan Asam Pedas Parit Jawa


Last week BB dan aku took a short trip to Johor. Konon2 road trip la. Mini road trip..haha. Sabtu sampai Isnin. Mula2 plannya nak ke mana2 island di Terengganu tapi sebab kekangan masa dan short staff, my BB takleh nak amek cuti lama. So end up kami fikir trip ke belah Selatan pun cukup.

Seperti biasa, start the day wif breakfast di Bangi, dan terus kan perjalanan. Kami guna PLUS sampai exit Tangkak dan terus melalui trunk road. Sepanjang jalan dari Tangkak ke Muar, sangat banyak gerai buah2an tepi jalan. Manggis la, Pulasan la, rambutan dokong semua dan of course, Raja Buah. Tapi disebabkan kami bnyk lagi tempat nak singgah, hanya mampu pandang je lah. Nanti simpan dalam bonet, berpeluh2 la buah tu. 

Di Muar, aku ajak BB jalan2 di Tanjung Emas. Walaupun dah tengahari dan panas terik, layankan je la. 
ada kepala ketapi




sala satu bulatan di Muo (Muar)
Jenguk2 food court dia, tapi mcm tak menarik hati. BB nk cari asam pedas. Bila digugel, ramai yg suggest ke Parit Jawa, ada food court specialized utk Asam Pedas. Marilah terjah.

Parit Jawa ni on the way ke Batu Pahat ikut jalan dalam. Takdelah jauh sangat dari Muar. Masa ni dah dekat pukul 1 tghari bila kami sampai. Malangnya, asam pedas di gerai Pak Yahya dah habis, licin lincau..Hahhaha..Takde rezeki kami. 
ni lah tempatnya
xde rezeki nak rasa..
Lalu kami perasan seberangnya ada lagi bberapa restoran asam pedas. Maka kami gamble je la pergi. Resto ni betul2 sebelah sungai. Kami order ikan jenahak bahagian ekor, telur dadar dan kangkung tumis. 
xde nama pun resto nih..
besau ke idok
rezeki kami hari itu
berhadapan food court tadi
bot-bot nelayan
Ok I’m not a big fan of asam pedas. Kalau ada depan mata aku makan la tapi aku tak mencari. Yg suka BB sebab tu aku layan je. OK la rasa kuahnya. Pekat dan agak masam. BB suka la. Aku biasa2 je. Tapi yang pasti, kangkung tumis tu sangat sedap. Sampaikan kami order satu pinggan lagi..Kihkihkih..Total semua dlm RM70++. Tak sure mahal ke murah memandangkan ekor ikan tu mmg besar. 
Selesai menjamu selera, kami pun meneruskan perjalanan. End stop kami hari tu adalah Pontian. Dari Tangkak ke Pontian memang kami lalu jalan dalam dan kami tiba di Pontian dalam 5 petang dan terus check-in hotel. 


No comments:

Post a Comment