Pagi2 kami dah bangun dan bersiap untuk check-out. Santo akan menjemput kami pukul 9am nanti. Breakfast pagi itu adalah ala carte memandangkan tak ramai tetamu. Pilihannya adalah nasi goreng, mihun goreng dan roti bakar. Semuanya sedap dan kena dgn selera. Usai makan, sempatlah kami berlegar2 di sekitar hotel. Berhadapan hotel ada restoran wajik. Sempat la membeli kuih dan juga singgah di Indomaret (Mart) utk beli apa yg patut.
 |
Bilik-bilik |
 |
swimming pool. x sempat nak terjun |
 |
bilik kami. sebelah menyebelah |
 |
mihun goreng |
 |
nasi goreng bersama ayam |
 |
Roti bakar dan telur mata |
First stop kami adalah Bukit Gundaling. Dari sini, kami boleh Nampak Gunung Sanubong yg telah meletus baru2 ni. Memandangkan masih pagi, hanya kami sahaja pengunjung yg ada. Di sini, ada upah tangkap dan print foto bersaiz 8R. sekeping IDR25,000. Tapi kami nego untuk IDR20,000 sekeping utk 5 orang. Kalau nak naik kuda pun boleh. tapi kat Malaysia pun ada kuda kan..so..tak payah la.
 |
Perjalanan ke Bukit Gundaling |
 |
cuaca agak mendung |
 |
Gunung Sinabung dari jauh |
 |
ada nampak mami hepi? |
 |
tugu di pekan Berastagi |
Next, Santo mencadangkan kami singgah di Pasar Buah, tapi masing2 tak nak turun sebab mcm tiada apa nak dibeli. Souvenir nanti kami plan nak beli di Medan sbb semestinya di sana lagi murah. Makanya teruslah kami ke ladang strawberry.. Masa ni pun, buahnya agak muda dan tanah agak lecak. Jadinya, kami hanya beli yang siap dipetik utk terus di makan. Alhamdulillah manis2 belaka.
 |
IDR40,000 utk satu pack penuh |
Seterusnya, kami singgah sebentar di temple peninggalan orang Siam (kalo x silap). Besar juga temple nya. Tapi kami bergambar di luar sahaja. Kalau sesiapa nak masuk dalam, silakan. Dalam kawasan temple juga ada jambatan gantung dipanggil Love Bridge. Tak sure apa yg love nya. Hanya 10 org dibenarkan naik dalam satu2 masa. Depan kami, ada satu group. Mak aii..lama sgt dorang berposing2 kat tengah. Last2, kami posing kat hujung jambatan saja. Huh.
 |
mengutip hasil kentang |