Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Wednesday 8 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Layover Surat Thani, Day 4 and 5

Esoknya selepas breakfast dan swimming kejap, kami pun check-out dan menuggu van pick-up kami utk ke Nathon Pier. Rupa2nya utk perjalanan balik, van akan turunkan kami di station bus Koh Samui dan dari situ, bas yg kami naiki tersebut akan naik feri sekali dgn kami dan meneruskan perjalanan ke Surat Thani (ST). Besar ke tak besar feri tu smpi bas dan lori pun boleh diangkut skali. Hihi. Dalam feri kali ni kami pilih utk duduk dalam kawasan ber’ekon. Sempat lagi kami makan megi tomyam cup time ni. hihi.

Dari Donsak ke ST tu, kalau ikutkan penerangan org Phantip, kami akan di turunkan di hotel. Tapi bas berhenti di pekan ST berhadapan ofis Phantip. Dari situ kami kena naik Tuk Tuk ke hotel. Bertekak la jugak kami dgn org Phantip tu. Yelah, nape tak bagitau awal2. Ini kata include sampai ke hotel ST. Tak ke rasa tertipu. Last2 malas da bertekak kat tempat org, kami naik je la Tuk Tuk ke hotel, dgn THB60 utk 2 org.

Di ST, kami stay di Chic Hotel. Agak menarik hotel ni. Aku akan buat review di entry lain ye. Lepak la kejap di bilik utk hilangkan penat sambil2 menggugel makanan halal di ST. Adalah beberapa restoran halal di ST tapi memandangkan kami ni akan menapak saje, pilihla yg paling dekat. Salah satunya adalah Restoran Bismillah. Terletak berhadapan sungai. Dari hotel ke sini adalah dalam 15-20mnt berjalan gitu. Landmark nya adalah balai polis. Dah jumpa balai ni, resto tu mmg sebaris je, dlm 2-3 buah kedai. Memang xde signboard Bismillah tu, hanya ada signboard tulisan Thai tapi adalah perkataan halal.
Pemandangan dari hotel
Pakcik ni pun boleh kecek kelate ye. rupa-rupanya, even dah petang/malam pun, menunya tetap nasi campur. Dan signature dish resto ni adalah sup daging nye. Jadi kami makan sup dan telur dadar dan air kosong. Telur tu aku rasa dalam 2 biji. Dan isi supnya memang penuh semangkuk. Total adalah THB170. Murah kot..Memang puas hati. Sup pun sedap. Dagingnya memang melt in the mouth, takyah kunyah2 lagi. Kalo dekat mmg aku slalu datang nih. Saper2 yg dtg ST, silalah berkunjung ke resto pakcik ni ye.
Sungai. ada walkway. 
Restoran Bismillah
sedap sup pacik tu
Nie landmark dia
Dah kenyang, kami pun berjalan balik hotel, tapi singgah jap di Tesco Lotus yg berdekatan hotel. Beli roti dan jem memandangkan hotel xde breakfast.

Esoknya pukul 9.30pg, bas Phantip pun pick-up kami di hotel dan terus ke airport. Airport ST ni, dalam departure hall tu, ada 3 je kedai. Disebabkan takde retoran halal dan aku x order makan dlm flight, makanya kami sekali lagi makan megi tomyam jenama Ruski Thai.
Sampai KL baru carik nasi. Huhu..
Kedai dlm airport
lunch kami
babai ST
Maka tamat sudah percutian kali ni. Harap2 kawan2 yg baca dpt info berguna la ye. Entry hotel review selepas ni.

Adiosss..

No comments:

Post a Comment