Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 3 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Day 2 pt.1

Pagi itu, selepas breakfast di hotel, kami pun terus ke kaunter reception utk sewa motor. Ada dua pilihan utk sewa kenderaan di Koh Samui. Either direct dgn hotel atau pergi sendiri ke kedai2 tepi jalan tu. Mmg banyak pilihan. Tapi kebanyakan kedai2 di luar tu requires customer to leave their passport as deposit. Of coz aku skeptical dan x berani nak tgglkan passport dgn sebarangan org. bukan ke masa di luar Negara passport adalah ibarat IC kita, jadinya takkan lah aku tinggalkan. Di hotel, x perlukan passport sebab hotel dah ada semua info pasal kita. The cons is that via hotel, harganya agak mahal lah. Terpulang dgn kehendak masing2. Motor sewa kami pilih yg agak besar. Rate nya adalah THB400 utk 2 hari.
spageti seafood yg sedap
Tempat pertama kami singgah adalah Hin Ta dan Hin Yai. (Grandfather,Grandmother Rocks). Kenapa digelar nama ni, lihatlah sendiri gambar. Ada cerita disebaliknya. Hin Yai tu kami x dapat snap gambar properly sebab ramai org masa ni. Tp nama pun grandmother kan, mestilah malu-malu gitu. Haha. Tapi view di sini adalah cantik. Ada jugak view point di mana pengunjung kena panjat tangga untuk sampai ke puncak. Entrance fee adalah THB10/pax. Sempat jugak kami makan aiskrim kelapa yg sgt best. Hihi. 
nampak apa yg aku nampak..haha
sebelah sana si nenek

nenek malu nakkk..
merenung masa depan

view dari view pont



kucing penunggu tangga naik view point

me chillin wif coconut icecream
Next, kami meneruskan explorasi untuk mencari zoo dan aquarium. Sebab ada tiger show dan boleh posing ngan rimau. Lokasi nya agak ke dalam kawasan kampung dan bersebelahan dengan Orchid Resort kalau x silap. Tapi tak sure pulak apa nama pantai tu. Masa kami sampai ni, baru pukul 12pm. Show start 2.30pm. Makanya tak sanggup la nak menunggu, kami pun decide nak patah balik untuk mencari perkampungan muslim. Masa ni pun, hujan dah turun dan agak lebat. Kampung nya jumpa, tapi kedai makannya x jumpa la pulak. Last2 kami keluar ke jalan besar balik. 
Pantai apakah ini

Ada satu restoran halal berdekatan dengan satu temple ni. Tak ingat la pulak nama temple nya tp ada statue Guan Yin yg sgt besar. Boleh dijadikan landmark. Masih berdekatan dengan Lamai tapi menuju ke arah Nathon ye. 
statue Guan Yin tu
Owner restoran ni, pakcik dan makcik dua2 boleh kecek kelate. Sgt peramah. Kami order Tomyam putih dan kailan belacan. Sedap. Banyak pulak tu isi nya. Total dengan 2 teh o ais dan 1 kopi ais adalah THB360.

Memandangkan cuaca pun x berapa baik, we decided nak balik hotel dulu dan rehat2 sebelum keluar semula.

1 comment: