Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 7 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Day 3

Alhamdulillah cuaca indah pagi tu. Selepas breakfast, kami pun sambung explorasi di Koh Samui ni. Tempat petama kami singgah adalah pantai Lamai ni. kiranya strolling along the beach la kejap. Mat/minah saleh yg ramai sunbathing. Luckily (unlucky for BB) xde minah yg topless. Haha.





Next kami ke Lamai View point. (ada beberapa view point di Lamai ni). Dalam kawasan View point ni, selain untuk view, ada juga Valentine Rock (batu berbentuk heart), waterfall, fish spa dan kabel ride ala2 flying fox. Entrance fee adalah THB100/pax tapi kalau nak naik kabel tu, fee dia jadi THB800/pax. Kami just ambil normal package without kabel ride.
Sebelum masuk, dok imagine waterfall yg boleh mandi tu, rupanya waterfall secoet ajer. Nak sentuh air pun x dapat. Frust la kami ni macam org tak pernah jumpa waterfall.


muka frust uolss
Nak naik ke view point tu mmg semput. Dalam 200 meter pendakian. Berpeluh2 la jugak. Dah la pakai sliper jepun je. Ada la 2 kali stop ambil nafas. Hahaha. Kat atas ni ada café. Boleh nak minum2 sambil enjoy view. Lama gak la lepak atas tu nak ilangkan penat. Nak pulak ada wifi, leka la BB dok layan game dia. Huh.



game sesajer


Turun tu, ke fish spa plak. Besar2 kot ikan dia. Geli pun geli. Sempat rendam brp saat je. Haha. BB yg bersungguh2 rendam kaki.

Next, misi kami mencari real waterfall. Terletak agak jauh tp kami gagahkan juga. Namuang Waterfall ni terletak dalam Safari Park. Dlm park ni pun ada animal show. Macam monyet, gajah dan lain2. Saper2 nak naik gajah pun boleh.

Nak menuju ke waterfall ni kena menapak la jugak. Staff safari mmg ada offer utk transport naik atas dlm THB100/pax return. Katanya dlm 20-30mnt berjalan kaki. Memandangkan kami pun dah lenguh2 kaki sebab memanjat view point tu, kami ok je la. Kuang assam jaraknya xde la jauh sgt pun. Sabo je la. Dah sampai waterfall entrance tu kena jugak mendaki nak sampai ke atas. Memang ciss bedebah betul. Hahaha. Mencabar la jugak pendakiannya sebab kena meniti batu-batu sungai. Nasib baik cuaca panas so batu2 adalah kering.
jeep nak mendaki
Sampai atas pun agak disappointed sebab waterfall poolnya agak kecik dan waterfall tu pun biasa2 je. Rasanya kat Malaysia pun lagi best. Hahaha. Lepak2 jap sambil usya mat/minah saleh excited over a meagre waterfall..kikiki..







Dah turun tu, jalan2 di safari kejap, maka kami pun bergerak keluar. Singgah di kedai makan yg sama mcm semalamnya. Kali ni kami order tomyam merah dan telur dadar. Campur nasi dan teh o ais 2, totalnya adalah THB290.

Pas tu kami balik dan lepak dlm bilik je sebab kaki pun dah lenguh2. Malam tu kami hanya dinner pancake dan makanan ringan sajer. Hihi.

No comments:

Post a Comment