Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday, 20 June 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - The Hague; Day 6

10 Nov 2025 (Mon)

Final day!!! Kejap betul rasa percutian kali ni. Disebabkan flight balik Malaysia malam, sempatlah kami merewang ke bandar lain dulu.

Check out agak awal, dan terus naik bas ke airport. Simpan luggage di sana, dan teruslah naik train ke The Hague.

Dari train station, menapak je ke kawasan sekitar. Ada lah satu park ni, boleh la ambil angin. Kena angin pagi memang la seronok. 











Dari park, kami terus menapak mencari makan. Setelah di gugel, adalah a few Halal place dan terletak berdekatan antara satu sama lain. 

Akhirnya, kami memilih salah satu kedai kebab di sana. Overall, ok lah juga. Memandangkan dah masuk waktu Zohor, selesai makan, kami pun ke Masjid berdekatan. 









Aktiviti diterukan dengan bersiar-siar di kawasan sekitar. Berdekatan area masjid itu juga adalah shopping area. Ada a few malls termasuk Primark. Takdela nak shopping dah kan sebab luggage pun dah pack elok2. Hanya berwindow shopping kejap. Dah puas, kami pun naik tram dan kembali ke train station utk ke airport.



Maka berakhirlah sudah trip last minute kali ni. Semoga dimurahkan rezeki utk next trip pula!


No comments:

Post a Comment