Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 10 June 2022

Anniversary Trip - Langkawi; Day 3 - Nasi Dagang Pak Malau

Hari terakhir di Langkawi. Kami decided nak try sarapan di Restoran yang viral ni. Dah agak ramai orang jadi kami gerak awal. Lokasi adalah on the way ke Makan Mahsuri. Memang masa sampai pun orang dah ramai. Tapi nasib baik masih ada tempat di pondok/wakaf.

Makan dan minum self service. Kena beratur ya. Nasi dagang lembut dan gulai nya sedap. Kami pilih gulai ayam. Kuih-kuih pun not bad rasanya.



Best kan makan view macam ni

Tapi view memang cantik. Pemandangan Gunung Raya dan sawah terbentang. Pulak tu waktu pagi, lagilah rasa nyaman. Kalau tak sebab orang ramai tunggu meja, terpaksa lah bangun. Tak dapat la nak layan jiwang lama-lama. 😉





Overall, boleh layan makan sedap dan juga ber photoshoot. Sila datang awal kalau taknak beratur panjang dan berebut meja ye. 

Dah ramai tunggu meja

Beratur nak amek makanan. Time ni kami dah nak balik

Adakah itu Pak Malau nya?



1 comment: