Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 10 June 2022

Anniversary Trip - Langkawi Day 1; Langkawi SkyCab dan SkyBridge

Alhamdulillah. Walaupun banyak kekangan masa, dapat juga kami realisasikan Anniversary Trip tahun ni. Plan last minute, tak dpt la nak grab flight tiket yg murah melampau. Haha. Anyway, dapatla book with Malindo/Batik Air. Depart di Subang and return KLIA. 

Kami book flight pagi. Sampai di Langkawi dalam 10.30, hujan renyai2. Kereta sewa dah book online, jadinya terus jumpa wakil rental car company tu. Book Axia tapi dia bagi Renault Sedan (tak ingat model apa). Tak kisahla asalkan kereta condition tip top.

Walaupun hujan/mendung, kami tetap ikut plan nak ke Langkawi Skycab. Counter SkyCab ni terletak dalam Oriental Village. Pengunjung tak berapa ramai masa beratur beli tiket cable car, tapi kami difahamkan SkyBridge tutup sebab angin kuat. Frust la masa dengar tu tp adik tu kata anytime boleh open balik kalau cuaca dah ok. So, kami pun terus ON je. 


Cuaca memang berkabus tapi hujan dah reda. Sampai kat first view point tu, memang samar2 je nampak view laut. Tapi ok je sebab ada angin sepoi2, takdelah rasa panas sangat kan. Masa ni SkyBridge pun dah buka, so naik semula cable car ke puncak. Merasa la jalan atas SkyBridge. 









Dah puas melayan view, kami pun turun. Ada banyak lagi aktiviti boleh dibuat di Oriental Village ni ya selain cable car tu tapi kami takde lah nak join satu-satu. Tiket pun ada macam2 jenis combo, boleh lah pilih aktiviti mana yang rasa seronok. Ada 6D theater lah, Animal farm la, atau nak lepak2 bagi ikan makan pun boleh. 

Sebelum check-in hotel, terasa nak makan Laksa. Jadinya stop dulu tepi pantai berdekatan Airport. Ada banyak pilihan makanan selain laksa. Peniaga pun ramai. Pilih je mana yang berkenan di hati. Aku pilih Laksa Ikan Sekoq and BB pilih Laksa telur sarang. Dua-dua pun sedap. Nak pulak makan sambil bunyian ombak dan angin laut, menambah selera. 😊



Kenyang perut suka hati, bolehla terus check-in. Hoyehh...

No comments:

Post a Comment