Tujuan utama staycation kali ni sebab aku teringin nak menyaksikan the River of Life tu. Nak ke sini, kami naik LRT dari Avenue K dan turun di Masjid Jamek. Dari situ, bolehla menelusuri sepanjang sidewalk tepian sungai tu. Memang sangat menarik.
Salah satu tarikan River of Life adalah “Dancing Symphony Fountain”. Pertunjukan air pancut ini bermula dari pukul 9:15 malam sampai ke pukul 11 malam dengan tema berbeza-beza. Lampu2 yang di pasang disekitar kawasan ini adalah berwarna biru. Bila ada kabus yang dikeluarkan mengikut jadual, seolah-olah kita berada di alam yang lain.
Di Dataran Merdeka pula, banyak aktiviti santai boleh dilakukan. Jalan berhadapan dataran akan ditutup untuk kenderaan. Boleh la berbasikal, berlarian dan sebagainya.
Kawasan di River of Life ni dipenuhi dengan mural pelbagai saiz dan jenis. Sesuai la nak bergambar pada waktu siang.
![]() |
Jalan2 di Sogo seblm check-in |
![]() |
Dinner di Urban Street Dining. Banyak juga food and drinks choices |