Pagi tu, sekali lagi kami berjalan je ke Fira.. Kami dah janji dgn geng baru nak jumpa di bus station. First tempat kami singgah adalah Pyrgos. Pyrgos ni bukanlah commercial village sgt mcm Oia tu. Kiranya low profile lah. Bolehla juga nengok view laut waktu pagi.
Map besar disediakan utk pengunjung |
Kat sini rumah low profile berbanding Oia |
Ada sesapa di dalam? Kami di luar.. |
Kat bawah dia ada cafe dan deretan kedai. Souvenir pun ada |
View dari rumah2 di Pyrgos |
time ni baru kul 10 rasanya tp dah terik |
kerusi2 tu semua rental. x ingat rate dia |
Panas memang panas tapi angin nyer agak sejuk |
Next pit stop adalah Kamari, black pebble beach. Keadaannya lebih kurang Perissa tadi. Masa ni adalah jugak minah2 salleh ni ber sun bathing gitu. Macam biasa, kami just jalan2 cekdiout dan berposing2. Perut pun x sedap sebab dah berangin. Di Athens dan Santorini, agak susah nak mencari makanan halal. X jumpa pula restoran Arab di sini. Almost all restaurant akan serve oink oink. Makanya life kami di Greece adalah bergantung pada mee segera dan makanan ringan..hikshiks..
Pemandangan sepanjang jalan ke Kamari
Nie lah pantai Kamari...
Akhirnya kami kembali ke Fira, dan berjalan2 di Fira jap. Cik Ita plak nak abiskan Euronya so kami nengok2 souvenir di Fira mana2 yg berkenan. Fira ni lagi sesak dan padat dari Oia. Maklumla main town. Balik di villa, bolehlah kami berehat2 sambil menikmati angin Santorini sebelum balik.
Nie view dari Fira Town pulak...Bagi aku view dari Oia adalah the best..
No comments:
Post a Comment