Thursday, 23 April 2015
Pagi2 lagi kami dah menuju ke Colosseum. Perjalanan dari rumah Emanuella ke Colosseum kurang dari setengah jam. Lagipun, boleh kami enjoy pemandangan bandar Rome di waktu pagi kan. Masa kami sampai di Colosseum, orang dah tak berapa ramai. Nasib baik kami dah beli tiket siap2 secara online so terus scan dan masuk. Wah dah terlebih excited nih. Ruang arena di tingkat 1. Tangga nya tinggi2 kot. Maklumlah sesuai lah dgn size Romans zaman dulu.
|
Dah sampai... |
Sebelum masuk ke ruang arena tu, boleh la melihat artifacts yg berkaitan dengan Roman Emperor. Antaranya adalah senjata yg digunakan, tali untuk mengikat hamba dan macam2 lagi.
|
Batu Bersurat..huhu |
|
Lakaran artis |
|
Kepala bangsawan...huhu |
Di Amphitheater arena, kami pun feeling2 di zaman Roman Emperor tengah nengok para Gladiators beraksi..Hihi.. Tapi gerun juga bila memikirkan nasib dorang ni yang kena berlawan sesame sendiri atau berlawan dengan binatang buas semata2 sebagai hiburan golongan atasan.
|
Nie Arc of Constantine. View dari dlm Colosseum |
|
Finally..dapat jugak jejak kaki.. |
Selepas itu, kami pun berjalan menuju ke destinasi seterusnya. Agenda kami adalah nak melihat Trevi Fountain yg semestinya famous untuk pengunjung ke Rome. Sepanjang kami berjalan tu, banyak juga tinggalan sejarah yg dapat dilihat.
Sepanjang perjalanan adalah orang2 yg memakai Trojan costume. Jgn tertipu ye..Kalo nak tgkp gambo ngan dorang nanti kena bayar..Mak dah kena tipu..Tak pasal2 kena bagi 10Euro..Hahahha...
Tinggalan Sejarah yg dapat dilihat
|
Ini adalah National Monument to Victor Emmanuel II |
Akhirnya kami pun sampai di Trevi Fountain tu setelah sesat seketika. malangnya, ianya under restoration untuk lebih memudahkan pengunjung di masa hadapan..dapat snap sikit2 je. jadilah kan..
|
Sape nak campak duit boleh lagi,... |
Next, kami naik bas semula ke Roma Termini, untuk cari makan dan terus ke Vatican City. Haha dapat naik bas free sebab driver tak bother pun nak cek/jual tiket.. Berdekatan Roma Termini tu, terdapat banyak restoran Halal, kebanyakannya adalah restoran Arab. Maka bolehlah kami isi perut hari tu. Aku makan Nasi Beriyani yg sgt besar portionnya. Terpaksa tapau separuh.
Dah kenyang, kami pun naik Metro untuk ke Vatican tu. Sepanjang kami berjalan dari Metro ke Vatican ni, ramai pulak yg stop kan kami. Mostly adalah tourist guide di sini. They thought we wanted to go to Vatican Museum which is the other way around. ingat kami salah jalan la tu..Maklumla kami kan pakai tudung.. Apsal plak tetiba minah dua org ni nak masuk Vatican kan.. Hahaha.. Penat kami explain kami ni nak tgkp gambo je..
Masa nak smpi pintu gerbang Vatican ada la askar2 yg jaga tp dorang pun wat dekkk je nengok kami.. Nasib baik dorang x stop kan kami n searched bag kami plak..huhu..
|
Pintu masuk |
|
Org ramai tu nak masuk Church |
|
Q yg sgt panjang utk masuk church |
|
Kami belegar di luar je.. |
Lepas penat seharian kami pun balik ke rumah Emanuella.. Esok pagi2 kami dah kena keluar untuk ke Airport pulak. next destination adalah Athens.
No comments:
Post a Comment