Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday 3 July 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 6; Amsterdam, Netherlands

Tuesday, 14 April 2015

Pagi2 lagi kami dah kejut Mimi sebab dah nak check-out. Nasib baik Metro memang pagi2 dah start operation. Next stop kami adalah Amsterdam. Ke Amsterdam pun kami naik train Thalys. It took about 2.5 hours nak sampai Amsterdam Centraal. Lebih kurang 11.30 pagi, kami pun sampai.

time ni excited nak pegi Amsterdam..
dalam station..
Di Amsterdam, we had few nightmares (daylightmares???) yg cukup menguji kesabaran. Mula2 pasal luggage storage. Kat Centraal tu mmg ada Locker, tp malangnye kena guna credit card sahaja dan kena ada no. pin. Kad mmg ada tp aku xde lah ingat pin tu sbb x pernah guna transaction yg kena ada pin. Cik Ita pun sama. Maka menggelabah la kami sekejap. Yelah, takkan nak jenjalan bawak luggage kan. Second issue was Wifi. We had been led to believe that Wifi network di Europe adalah sgt bagus which includes in train station. But hakikatnya x mcm tu. Di Centraal, networknya adalah ala2 hidup segan mati x mahu..haha.. Aku try la search kalau ada nearest luggage storage. Luckily ada satu yg nearby Centraal. Tapi kena struggle la jugak nak angkut luggage ke sana sbb kena lalu on a busy shopping street yg ramai manusia. Dan jugak kalau private storage, ongkosnya agak mahal compared to locker, nak2 pulak kalo lebih dr 24hours simpan. Di Amsterdam, bajet ku burst sbb storage nih. Masa ni pun, mood dah agak ke laut..huhu..

Lepas simpan luggage besar, kami pun amek kesempatan buat laundry since baju bersih pun tggl sket je. Sambil tunggu laundry siap, makanlah kami di restoran arab sblh je dgn laundry nih. Oklah jugak utk perut yg lapar. Itulah breakfast, lunch and dinner kami..

ok la nak isi perut..
lepas dah settle laundry, kami pun memulakan explorasi di bandar Amsetrdam nih. mula2 jalan2 je sekitar tempat tu, tp mostly adalah shopping boutiqe. yelah kalo Amsterdam of coz la kena cari canals dia kan...
street yg ada kedai luggage tu
first pit stop adalah nak singgah di Rijksmuseum dulu. bukannye nak masuk pun museum tu, tp sebab I Am Amsterdam kan ada kat depan museum tu. So kami beli 1 day tram ticket. suka hati ko lah nak turun naik tram beribu kali pun asalkan dalam masa 24 jam..haha..


tram..
Dalam tram tu adalah pakcik sorang ni tetiba jadi tourist guide kami. sepanjang jalan sebelum dia turun dia tunjukkanlah mana stop2 yg ada tempat menarik n dia advise kalo nak betul2 feel Amsterdam, kena la jalan sepanjang2 town tu, barulah boleh enjoy the scenary.

so kami pun sampai di museum. Org mmg macam semut lah kat I Am Amsterdam tu..Nak taknak kena la menyelit gak kan alang2 dah sampai..Semua la pakat panjat sini sana kat huruf2 tu..Huhu..

semua nak posing kat sini
of coz aku akan tunggu D
Dah puas berposing, kami pun sambung explore dgn berjalan kaki. Sepanjang jalan orang pun agak ramai. Time ni dah tengahari. Restoran dan bar tepi2 jalan pun dah penuh org. Kat Amsterdam ni sgt convenient kalo nak naik basikal. Sbbnya dorang ada bicycle lane, siap ada traffic light lagi. so pedestrian yg nak melintas pun kena alert masa lalu bicycle lane nih. Dorang bawak laju2 kot. Yelah kalo terlanggar walopon ngan beskal tak ke cedera jugak..hahaha..

Jalan2 jumpa la Hard Rock café. Tak masuk pun, posing kat luar je. Sambung jalan, jumpa plak Vondel park. Park ni actually sgt luas. Tp memandangkan kami ada limited time je, kami just masuk and berlegar2 at the front part je. Since time ni pun early spring, x semua bunga dah bloom ok. kalo tak, musti lagi cantik gambo kami..huhu..
x masuk pun..
ba cakkkk...
Lepas tu kami pun berjalan2 je la. Jumpa canal, posing. Ada bbrp bridge la yg kami lalu. Kalau penat berjalan, naik la pulak tram tu. So kira hop on hop off tram la kami nih. 

kalo malam cantik..
bunga belum kembang
ngah panas terik time nih
Second last stop, kami pun sampai ke Madam Tussaud. Tu pun sbb pakcik tadi yg bgtau mana nak turun. Kalo x, menggagau jugak. Berbelah bagi la nak masuk ke tak. Entrance fee nye agak mahal, nak pulak kami x cukup masa. So end up kami just posing je kat luar..
kat luar je..
posing la kejap..
Finally, kami pun dah sampai semula di area Amsterdam Central. Airbnb kali ni adalah terletak di Harleem, agak jauh dr Amsetrdam. So kena naik train, satu stop dah sampai. Kalau ikutkan descritiption, tuan umah kata, location umah dia agak dekat dgn Harleem train stn. Rupa-rupanya agak jauh bagi standard kami. Mebbe sbb dorang dah biasa hari2 berjalan, so bagi dia dekat lah tu.

Airbnb kali ni pun kami stay dgn tuan umah, Anne. Biliknye cosy tp agak kecil. Bathroom dan toilet di bawah. Pun kena share. Tp memandangkan kami pun smpi da petang. Hanya berehat2 je dlm bilik. Tido awal sbb pagi2 esok nak kena bangun…
bilik yg kecik tp cosy

No comments:

Post a Comment