Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday, 9 July 2015

Anniversary Trip - Putrajaya; Pullman Putrajaya Lakeside

Stop kejap pasal Europe trip. Nak citer jap pasal anniversary aku dan BB hari tu. Alkisahnya BB x dapat cuti. Cuti aku plak of coz la tggl nyawa2 ikan sbb Europe trip tu. So we decided nak pegi yg dekat je. Amek mood berjalan la konon. So yg paling dekat, aku choose Putrajaya.. hahaha..lawak dari Kajang ke Putrajaya nak stay overnight.

Cari-cari hotel, berkenan la pulak kat Pullman Lakeside nih. Macam cantek je. So ptg lepas keje kami pun memulakan perjalanan (chewahh). Sampai2 tu baru perasan yg wiken tu ada event. Magical night ke apa ntah kat Marina Putrajaya (depan je ngan hotel).

Masa check-in, receptionist tu bgtau, takyah la keluar bawak keta mlm tu, sbb jalan akan jem. Org akan start datang utk event tu. Ada macam2 aciviti katanya. Nasib baik kami pun book awal sbb hotel full. Ok la tu. At least malam tu boleh cekidout event tu kan.

Kami dapat Oriental wing. Wing ni design dia ala-ala Chinese style gitu. Ada 3 wing semuanya, lain2 desing. Koridor ke bilik pun jenis yg tiles kecik2 macam jaman dolu-dolu nye umah. Biliknye sangat la luas. Bolehla lagi 5-6 org tido dalam tu. Bathroom nya pun sama. Berbaloi la dgn harga dia kan..Aku pun puas hati..


besau giler..bulih tido dlm ni


view dari balcony
Since BB tersangat lapo dan kami taknak drive keluar, makanya order la room service. Perasan kaya la katakana. BB order nasik n asam pedas n aku order Kebab. Dua-dua portion yg agak besar. Memang kenyang la sepanjang malam. Asam pedasnye sedap dan pekat. Tp tetiba aku nye Honey dew plak takde gula..Hmm xpela sihat kejap.
Mine and BB's. Asam pedas yg pekat
So lepas makan solat semua, kami pun turun. Terlambat sket nak nengok bunga api dari mula. Org pun dah sangat ramai. Malam tu plak ada pertunjukan Bot Berhias. So kami pun bersesak la tepi tasik tu. Bot2 dari setiap negeri. Dari China pun ada. Dah penat berdiri dan bersesak2, kami pun decided nak balik bilik. Bot2 pun semua dah lalu masa nih.
lagu tradisional
antara bot yg ada..


event tu depan hotel je
Esok pagi, breakfast, agak banyak la choice nye. Macam2 ada. Antara boleh n x boleh nak ngap semua je.  Coffee pun boleh bawak balik sbb dia bagi paper cup tu. pas tu kami jalan2 kat kawasan hotel je seblm balik sebab BB kena sambung keje..Huhu..Anniversary trip yg paling sekejap..





Happy 9th Anniversary to Us!!!
Ok overall, puas hati la walaupun dekat dan kejap. Jadilah kan daripada xde.. huhu..

Friday, 3 July 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 6; Amsterdam, Netherlands

Tuesday, 14 April 2015

Pagi2 lagi kami dah kejut Mimi sebab dah nak check-out. Nasib baik Metro memang pagi2 dah start operation. Next stop kami adalah Amsterdam. Ke Amsterdam pun kami naik train Thalys. It took about 2.5 hours nak sampai Amsterdam Centraal. Lebih kurang 11.30 pagi, kami pun sampai.

time ni excited nak pegi Amsterdam..
dalam station..
Di Amsterdam, we had few nightmares (daylightmares???) yg cukup menguji kesabaran. Mula2 pasal luggage storage. Kat Centraal tu mmg ada Locker, tp malangnye kena guna credit card sahaja dan kena ada no. pin. Kad mmg ada tp aku xde lah ingat pin tu sbb x pernah guna transaction yg kena ada pin. Cik Ita pun sama. Maka menggelabah la kami sekejap. Yelah, takkan nak jenjalan bawak luggage kan. Second issue was Wifi. We had been led to believe that Wifi network di Europe adalah sgt bagus which includes in train station. But hakikatnya x mcm tu. Di Centraal, networknya adalah ala2 hidup segan mati x mahu..haha.. Aku try la search kalau ada nearest luggage storage. Luckily ada satu yg nearby Centraal. Tapi kena struggle la jugak nak angkut luggage ke sana sbb kena lalu on a busy shopping street yg ramai manusia. Dan jugak kalau private storage, ongkosnya agak mahal compared to locker, nak2 pulak kalo lebih dr 24hours simpan. Di Amsterdam, bajet ku burst sbb storage nih. Masa ni pun, mood dah agak ke laut..huhu..

Lepas simpan luggage besar, kami pun amek kesempatan buat laundry since baju bersih pun tggl sket je. Sambil tunggu laundry siap, makanlah kami di restoran arab sblh je dgn laundry nih. Oklah jugak utk perut yg lapar. Itulah breakfast, lunch and dinner kami..

ok la nak isi perut..
lepas dah settle laundry, kami pun memulakan explorasi di bandar Amsetrdam nih. mula2 jalan2 je sekitar tempat tu, tp mostly adalah shopping boutiqe. yelah kalo Amsterdam of coz la kena cari canals dia kan...
street yg ada kedai luggage tu
first pit stop adalah nak singgah di Rijksmuseum dulu. bukannye nak masuk pun museum tu, tp sebab I Am Amsterdam kan ada kat depan museum tu. So kami beli 1 day tram ticket. suka hati ko lah nak turun naik tram beribu kali pun asalkan dalam masa 24 jam..haha..


tram..
Dalam tram tu adalah pakcik sorang ni tetiba jadi tourist guide kami. sepanjang jalan sebelum dia turun dia tunjukkanlah mana stop2 yg ada tempat menarik n dia advise kalo nak betul2 feel Amsterdam, kena la jalan sepanjang2 town tu, barulah boleh enjoy the scenary.

so kami pun sampai di museum. Org mmg macam semut lah kat I Am Amsterdam tu..Nak taknak kena la menyelit gak kan alang2 dah sampai..Semua la pakat panjat sini sana kat huruf2 tu..Huhu..

semua nak posing kat sini
of coz aku akan tunggu D
Dah puas berposing, kami pun sambung explore dgn berjalan kaki. Sepanjang jalan orang pun agak ramai. Time ni dah tengahari. Restoran dan bar tepi2 jalan pun dah penuh org. Kat Amsterdam ni sgt convenient kalo nak naik basikal. Sbbnya dorang ada bicycle lane, siap ada traffic light lagi. so pedestrian yg nak melintas pun kena alert masa lalu bicycle lane nih. Dorang bawak laju2 kot. Yelah kalo terlanggar walopon ngan beskal tak ke cedera jugak..hahaha..

Jalan2 jumpa la Hard Rock café. Tak masuk pun, posing kat luar je. Sambung jalan, jumpa plak Vondel park. Park ni actually sgt luas. Tp memandangkan kami ada limited time je, kami just masuk and berlegar2 at the front part je. Since time ni pun early spring, x semua bunga dah bloom ok. kalo tak, musti lagi cantik gambo kami..huhu..
x masuk pun..
ba cakkkk...
Lepas tu kami pun berjalan2 je la. Jumpa canal, posing. Ada bbrp bridge la yg kami lalu. Kalau penat berjalan, naik la pulak tram tu. So kira hop on hop off tram la kami nih. 

kalo malam cantik..
bunga belum kembang
ngah panas terik time nih
Second last stop, kami pun sampai ke Madam Tussaud. Tu pun sbb pakcik tadi yg bgtau mana nak turun. Kalo x, menggagau jugak. Berbelah bagi la nak masuk ke tak. Entrance fee nye agak mahal, nak pulak kami x cukup masa. So end up kami just posing je kat luar..
kat luar je..
posing la kejap..
Finally, kami pun dah sampai semula di area Amsterdam Central. Airbnb kali ni adalah terletak di Harleem, agak jauh dr Amsetrdam. So kena naik train, satu stop dah sampai. Kalau ikutkan descritiption, tuan umah kata, location umah dia agak dekat dgn Harleem train stn. Rupa-rupanya agak jauh bagi standard kami. Mebbe sbb dorang dah biasa hari2 berjalan, so bagi dia dekat lah tu.

Airbnb kali ni pun kami stay dgn tuan umah, Anne. Biliknye cosy tp agak kecil. Bathroom dan toilet di bawah. Pun kena share. Tp memandangkan kami pun smpi da petang. Hanya berehat2 je dlm bilik. Tido awal sbb pagi2 esok nak kena bangun…
bilik yg kecik tp cosy

Wednesday, 24 June 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 5; Brussels, Belgium

Monday, 13 April 2015

Seperti biasa, we took an early morning train to Brussels. Pagi2 buta seblm matahari keluar kami dah bergerak ke Nord, collect our luggage dan boarding the train. Train ke Brussels adalah Thalys. Personally, bagi aku,Thalys ni much more comfy than Eurostar..huhu..

Ehsan gugel
Dalam pukul 11.30am, kami pun tiba di Brussels. As usual, first thing was to keep our luggage. Di sini juga menggunakan system locker. Same as Paris, kami juga x sempat nak survey mana nak pegi kat Brussels ni. Ada la a few yg aku pernah baca sebelum ni. One of it adalah statue of Manneken Pis, patung budak ngah kencing..huhu..

Lepas tanya org sini sana, maka tau lah station mana nak exit kalo naik metro. Keluar station je, mmg blur la nak pegi mana. 
luar metro station
Last2 kami gamble je. Maka jumpa la satu building yg aku rasa agak important la jugak. Then luckily ada signboard berdekatan dan salah satu direction ke Grand Place, juga salah satu main attraction kat Brussels nih. Jadi menapaklah kami ke situ. Sepanjang jalan adalah deretan kedai2 pelbagai jenis. Yg paling banyak adalah kedai souvenir dan kedai coklat. Belgium kan terkenal dengan coklatnya yg sedap. Agak bnyk juga coklat yg dijual murah2 tp mostly x dapat baca ingredients dan ada jugak yg ada alcohol. Jadinye cuci mata je lah.

x ingat monumen apa ni
nasib baik ada signboard
antara dereten kedai ke Grand Place
Grand Place ni adalah salah satu UNESCO Heritage Site, which is a square, surrounding with City Town Hall dan juga Museum of the City of Brussels. Masa posing2 kat sini, kami noticed ramai org especially ladies jalan2 sambil bawak beg Primark. Mula la curious sbbnya masa ke Paris, Primark di sana tutup. So alang2 dah sampai Brussels dan ada Primark lak tu, ingat nak singgah dan cikidout la kan..
inilah Grand Place...
one of the cafe...
Hard Rock pun ada kat sini
Maka bertanyala kami direction ke sana. Agak ramai la jugak yg kami tanya tp mostly x reti speaking..Haha..Memang mcm ayam ngan itik kot..Last2  jalan cari Primark, terjumpa la plak si Manneken Pis tu. Lepas posing, makan waffle yg sedap tp manis jap, maka continues la cari Primark dan akhirnya jumpa..
Manneken Pis
Waffle sedap 1 euro
Mak aii..beratur panjang nak masuk. Kalo ikut normal, mmg aku takkan beratur la kalo semata2 nak shopping kan. Tapi yelah, alang dah sampai kan..maka beratur pun beratur la labu…Takde la lama sgt beratur tu. Masuk2 mmg jadi org gila lah aku. Kalau boleh semuanya aku nak borong. Maklumla t-shirt pun 2-3 Euro je..Aku beli kasut sarung pun 3 euro je..hahaha..Mengenangkan luggage je lah yg membantutkan shopaholic inside me mengganas..
ngah q nie nak masuk..
Dah puas shopping, makanya kami pun decide nak check-in ke Airbnb kami dan berehat. Tempat yg kami book kali ni agak berdekatan dengan metro station. Tapi mcm biasa, walaupun ada map, kena la tanya org gak kan. Dan masa tanya tu, sorang pakcik ni baik hati temankan kami ke tempat tu..Hihi..



Berbeza dgn di Paris, Airbnb Brussels ni kami stay sekali dgn tuan rumah, Hermione namanya, panggil nya Mimi..Mimi ni sgt friendly dan kelako. Asal dari Benin, Africa tp dah lama keje kat Brussels. Sepanjang malam kami beborak. Banyak la info yg kami dapat dari si Mimi ni. 
bilik kami..
dapur yg luas tp kami masak megi je..

Saturday, 13 June 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 4; Paris, City of Love


Sunday, 12 April 2015

Woke up in Paris was a great feeling. Pagi2 lagi kami dah keluar. Of coz ke Eiffel tower dulu kan… since it is within walking distance, makanya kami berjalan sajer..Dari luar apartment, dah nampak si Eiffel..hehheh..Kebetulan ada Paralympic marathon plak lagi tu..Org pun dah agak ramai..So kami berjalan melalui park dan just enjoy the view..
Outside our Air BnB Apt. dah nampak Eiffel
the walk to Eiffel
Morning stroll is the best..
Almost there...
Finally, Eiffel n I pun was introduced..huhu..Mmg orang dah sangat ramai masa nih..Nak beratur naik tu punya la panjang, berpusing2 kata org..Actually, kami tried purchased online sblm datang tp malangnye, dah fully book.. Takpelah, x dpt naik pun xpe, asalkan dah sampai kan..That day, we met 4-5 Malaysian guys who were also on Backpacking trip. Dorang nk ke Brussels hari tu jugak but kami akan ke Brussels esoknye..hahaha… Dorang pun pelik apsal kami dua org je buat trip nih, pompuan plak tu..(jgn pandang pompuan sebelah mata ye..Girl power..Hahaha..)
we made it!!!
selfie smpi muntah..
sun kissed wif Eiffel..
typical tourist habit..try nak angkat Eiffel..hahaha
We enjoyed the Eiffel sampai nak muntah, barulah berjalan ke tpt lain pulak. Mula2 ingat nak naik HopOn-HopOff bus tapi ada sorang vendor kat situ suggest tak payah la sebab hari tu kan ada marathon, so jalan bnyk tutup..So end up kami decide nak explore via Metro saje. Hari tu lah kami dpt tau rupa-rupanya tiket ke any station x kira jauh ke dekat mmg berharga €1.70 sahaja..

try to figure out nak pi mana...
Sebenarnya, sblm trip ni, kami x bnyk masa untuk search tpt2 yg menarik di sini. Konon nak search weeks before pergi tp masing2 dah caught up with work, so semua pun main terjah je. So next spot ingat nak pegi Champs-Élysées. Honestly, masa tu my mind was blank to remember apa la tempat tu.  Mall ke apa ke. Nak surf xde wifi plak. So kami gamble je naik Metro ke sana. So keluar metro tu agak blur la mana nak pegi. So kami jenjalan je lah area tu. Jalan2 sampai pulak ke Invalides, salah satu monument di paris. It is a national Museum dan dalam ni jugak ada Tomb of Napoleon I.  Kami snap gambo dari jauh je..Haha malas nak jalan sampai ke sana
Invalides dari jauh..
Finally bila tanya org, rupa-rupanya Champs-Élysées ni adalah a street yg mana most luxury boutique ada kat situ contohnye macam LV. Huhu..jadinye marilah kita mencuci mata..haha..Nak bersopping mak tak mampoo oii… Tp sempatlah kami singgah ke Laduree dan Paul utk cari macaroon..
Laduree..the femes macaroon
tengok dr luar je la...
Actually kat area situ juga terletaknye Arc de Triomphe. Jadi apa lagi..posing time..Haha
sampai juga di sini...
Next kami continued our tour nak ke Louvre plak. Naik metro juga ke sana sbb dah x larat nak jalan..hahaha.. Musée de Louvre ni adalah one of the world's largest museums and a historic monument in Paris. Ada Mona Lisa dlm ni. Tapi kami x masuk pun. Just nak amek gambar dr luar je..hehheh..
View dari dalam..
dari luar..
So this was our last spot for the day. Lepas tu kami pun amek Metro and balik. Hari pun da petang. Lepak2 jap buat laundry then..Zzzz..