Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday 27 July 2024

Swiss Winter holiday 2023 - Wengen ; Day 5

4 Dec 23 (Mon)

Bangun pagi, disajikan pemandangan salji yg sgt tebal. Bila tengok berita pun, rata2 di Europe mengalami snowfall yg banyak.

Aktiviti hari tu adalah ke satu lagi car-free mountain village, Wengen. Selepas Wengen kami akan ke Grindelwald pula. Sampai di train station dpt info yg train ke Lauterbrunnen, Grindelwald  dan area sekitarnya tak dpt beroperasi. Aku suspect sbb heavy snow mlm sebelum tu. Tapi yg bagusnya system public transport dorang, time table bas2 dah snycronise dgn train, jadinya kita naik je bas yang sama direction. Lagi satu, kalau di Swiss, lebih baik download SBB apps, memang sangat convenient, semua jadual public transport ada dlm tu dan mmg updated dan ada info in case delay. Apps ni la yang aku guna untuk plan travel sepanjang 2 mggu di sana.

Naik bas dari Interlaken West ke Wilderswil, then tukar bas di Wilderswil ke Lauterbrunnen. Di Lauterbrunnen, terus ke train station untuk naik train ke Wengen. Train ke Wengen menggunakan railway system Wengernalpbahn. Last stop di Kleine Scheidegg. Kalau pengunjung nak ke Jungfraujoch (Top of Europe), kena tukar train operated by Jungfrau Railway. Memandangkan aku dah sampai ke Jungfraujoch dengan Ita tahun 2015 dulu, aku tak masukkan lah dlm itinerary kali ni. BB pun ok je.

ni la train nya

View masa train tgh climbing.





Okay train ke Wengen ni, kalau ada STP, tak perlu bayar extra charge. Kalau nak naik ke Kleine Scheidegg dan summit Jungraujoch, barula kena beli tiket lain

Dari Lauterbrunnen ke Wengen mengambil masa 14 minit saja. personally, aku prefer Wengen dari Murren. sebabnya Wengen ni lebih homey, instead of touristy mcm Murren. Lebih banyak rumah org local compare to hotel yg kami perasan. Singgah di souvenir shop pun, harga lebih kurang dengan kat area bawah.

Kami pun jalan2 sekitar kampung sambil melayan view yg amat menakjubkan. 

Masa dok posing2 tu, ada sorang local bagi info satu spot yg cantik, dan memang indeed view dia impressive gila. Kalau tak sebab temperature bawah 0C, memang aku nk lepak je kat situ sambil2 healing gitu. 

Mari layan view di pekan Wengen. Terpahat dlm memori...





















View spot yg di tunjuk oleh local. Memang amazing




Kalau ikut rasa, memang nk berkampung je kat situ, away from the rat race. Apakan daya, hanya mampu berangan.

No comments:

Post a Comment