Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday 11 April 2016

Weekend Getaway: Universal Studio Singapore (USS)

Ini adalah entry tertunda haha. Actually aku agak bz dan jugak stress dengan keje lately sampaikan x sempat and xde mood nak update blog kesayanganku ini.

Ini trip aku dan Cik Ita ke JB dan USS January yg lepas. Kami beli pakej di Matta Fair Sept 2015 lalu. Pakejnya sekali dgn hotel utk 3 hari 2 mlm, entrance fee,  termasuk transport pegi dan balik dari hotel ke USS.

First day, kami just jalan2 santai dari Bangi ke JB, stop di Warung Nek Munah, Melaka for breakfast, stop di Ayer Hitam utk tapau Putu bambu Special Juriah dan seterusnya singgah di JPO, sempat lah tapau perfume dan jugak handbag. Hahaha…..Puas hati barulah kami check-in hotel iaitu Hotel JB Sentral. Malam tu oun kami just order room service sebab dah malas nak keluar.

Second day barulah kami ke USS. Actually aku dah sampai USS ni tahun 2011 tapi masa tu takde Transformer ride lagi. so highlight utk aku ke USS ni adalah Trasnformer tersebut. Tambahan pulak 2011 tu aku tak naik apa2 ride pun dlm park tersebut.

Van pickup kami di hotel at 8.30am, dan turunkan kami di bus stop berdekatan JB Central utk kami naik bas persiaran terus ke USS. About 9am mcm tu, bas pun bergerak. Fortunately, org di imigresen kedua2 negara tak berapa ramai, so check in dan out kastam sgt smooth.
About 10.30 am, kami pun sampai di USS.


Of course, perkara pertama adalah utk bergambar di signage Universal tu kan. Haha..lepas tu barulah kami melangkah masuk. So it was expected that ramai org akan ke Transformer ride, makanya kami pun ke sana lah dulu. Masa masuk ke entrance ride tersebut, macam tak ramai manusia, tapi bila dah agak ke dalam, barulah Nampak orang2 semua tengah beratur. Agak lama la juga kami beratur baru sampai turn kami. Ride adalah 3D, so kena pakai spek 3D tu. Ok lah fun la jugak walaupun kejap je. Konon2 kami ni fighting dengan Megatron lah dan of course menang. Haha.
abam robot
kena q kalo nak tangkap gambo ngan deme. kami snap dr jauh je
mampookah nak pakai keta nih
Next kami pun berjalan2 dlm theme park tersebut. Antara ride yg kami naik adalah dalam Mummy return which was agak scary sebab dalam gelap. Aku pun ada certain2 part tu pejam mata sebab rasa berdebar2. Chewah. Then Jurassic Park ride. Yg ni kami duduk dalam bot pelampung yg bulat yg boleh menampung 8 orang. Ada certain2 tempat yg akan kena basah. Luckily it wasn’t me and Cik Ita. Insetad, mamat sebelah aku yg kena sembur ngan air..hahahaha..Antara ride yang tutup pulak adalah Water World dan Puss in Boots. Takpelah xde rezeki.
minion pun ada
ride utk bebudak tp kami belasah je
nak cari dinosor
nampak mcm x ramai tapi.....
Far Far Away...
Ride yg tutup
Shrekkk
Umah Shrekkkk
Sesame Street ngah perform
Mau pigi mana tu..
Eh..biopren baru ke
celebrity la sangat kan..
Kami lunch di halal food court yang berada dalam the Mummy nye park. Aku makan soto je dan air kelapa. Kami  juga solat di area Mummy tu. Suraunya agak kecil and can only accommodate about 3-4 people at once.

masuk ke ride yg menakutkan..
Disebabkan bas bergerak balik ke JB pukul 8.30 malam, so dah puas jalan dalam USS, kami berjalan pulak di luar USS tersebut. Nak panjat ke Merlion besar tu mcm tak larat dah. So end up amek gambar dari jauh je. Ahaks.
Dari jauh je 
Setelah seharian, dalam pukul 9.30-10 mlm, kami pun sampai semula ke JB. Malam tu dinner KFC je yg kami tapau di JB Central.

Esoknya, sebelum keluar dari JB, sempatlah kami singgah di Kacang Pool Haji yg terletak di area Bomba Larkin, barulah bergelak pulang.

Sekian….hihihi

2 comments:

  1. Bestnya hang jalan-jalan. Nak ikutt. Weyy bila nak mai Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. jommm....
      tu la weh..asyikk postpone je outstation aku nih..aku try next month plak naa...

      Delete