Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday 18 August 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 7 and 8; Pengalaman Pahit Perjalanan ke Heidelberg, Germany

15-16 April 2015

Wah..dah agak lama aku tak sambung pasal trip ni. Bz sket puasa dan raya, dan dgn hal keje..Dah tu pulak aku dok asyik wat Photobook Europe trip nih, so terganggu sket nak update...

Ok nak cerita pengalaman pahit perjalanan kami dari Amsterdam ke Heidelberg, Germany. We purchased special price ticket berjumlah 78 Euro utk 2 org. Sepanjang perjalanan ni, kami terpaksa tukar2 train beberapa kali. Plan asal nak beli sleeper train so that tak disturb sleeping time kami tapi tak tau kenapa train type ni tak dpt dibeli online masa tu. So takpela, tukar2 train pun x kesah asalkan sampai. 

Train berlepas dr Amsterdam Centraal pukul 6.38 ptg. Masa ni, perjalanan masih smooth hinggalah kami sampai ke Frankfurt. We arrived Frankfurt at about 11.30pm. Next train sepatutnya at 11.45pm. So kami tercari2 info di platform dan board but there was no indication of that particular train arrival. Tunggu punya tunggu tak muncul2 jugak. So since info counter bukak lagi, aku pun gi la tanya. Minah kaunter tu inform train memang delay. So dia suruh tunggu je. Ok fine. Kami pun sambung tunggu. Agak lama jugak la.  Dah la tgh2 malam, sejuk plak tu. Tapi time tu org memang ramai lagi. 
Nak dekat sejam la tunggu, tiba2 ada satu train sampai. Announcement dlm Bahasa German, xde translation. And bila nengok board, destinationnya semua lain2, xde pulak ke tpt kami nak turun tu, Manheim. Orang lain semua dah berlari2 naik train, kami dua org je relak je..masa tu tak terpikir pun nak tanya conductor tu kan..Nampak tak konfidennya di situ..hahaha..

Jadinye bila tunggu agak lama, train pun tak muncul2..Train kat platform sebelah ada pulak..Masa kami tercangak2 tu, si Ita pun try la tanya sorang Mamat ni yg duduk berdekatan, dia pulak naik train platform sebelah. Tapi dia tolong search dlm apps dia pasai train kami nyer info, tp takde. So bila train sebelah berlepas, memang tinggal kami berdua je dlm kesejukan malam tu..chewah..Pi la lepak jap kat kiosk menunggu which is ada lampu semua..Ngah sedap lepak dan hampir terlelap, datang plak satu mamat yg agak kusut masai (suspect homeless) masuk kiosk tu..Kami dah cuak masa ni tp buat bodo je..Dia pun dok usya2 kami kot..Tetiba dia tanya kat aku ada rokok tak? WTH? Muka aku muka smokers ke? Muahhaha…Anyway, tak lama kemudian kami pun blah dari kiosk tu.. Takde maknanya nak tunggu kat situ ngan mamat tu. 

Makanya CIk Ita pun  turun balik ke info kaunter tanya. Rupa-rupanya train kami dah terlepas. Train yg sampai dan org berlari-larian tu..Haa ko, kan dah panic time tu. Last2 kami berdua gi kat kaunter tu balik dan tanya sekali lagi. then kami argue lah kata nape xde announcement dlm English, dia plak argue kata nape kami tak tanya conductor time tu..Kalau ikutkan kami terpaksa beli tiket baru yg berharga lebih kurang 85Euro sorang sbb tiket kami dah tak valid katanya..Tapi melihatkan kami (aku) dah hampir nak menangis time tu, dia pun katalah boleh naik train lain tp time conductor nak check tiket, kami kena explain apa yg terjadik dan ikutlah budi bicara conductor tu, kalau dia nak let us teruskan ke or kena beli tiket lain jugak.. Makanya pasrah la kami dan doa banyak2 agar org kesian nengok kami..Hahaha..sadis tak…

So bila next train sampai, kami pun naiklah. Tapi destination dah berubah lah. Kalau original stop kami sepatutnya di Manheim dan terus amek train ke Heidelberg, tapi yg ni kami kena bertukar2 train 3-4 kali..First train kami naik, tak silap aku sampai ke Munich. Perhentian selepas itu aku dah tak ingat namanya..Almaklumlah keadaan panic dan penat masa tu, so kami just go with the flow saje. Sepanjang bertukar2 train tu, ada 2 kali yg conductor check ticket. Alhamdulillah, dua-dua conductor memahami dan tak mintak pun kami beli tiket lain. 

Satu lagi our lucky moment masa dalam LRT ke Heidelberg station. Time nih train sgt packed. Bayangkan kami dgn luggagenya mcm mana..of coz la x dpt duduk kan..Then kat salah satu stop, ada satu makcik ni nak keluar tp sgt susah, then ada satu gentleman standing beside me nak tolong. Masa dia nak tlg makcik tu, beg laptopnye nak terjatuh n secara automatic aku tlg pegangkan beg dia. That gent said thanks n tetiba bagi kami info yg sgt useful. Dia tanya nak ke Heidelberg town ke. Kalau ye, jgn turun kat station Heidelberg xxx (x ingat nama last tu), instead tunggu sampai very last stop. Sbb ramai tourist salah turun kat stop tu n end up sesat. Heidelberg xxx tu kawasa rural. Wah, tetiba lak kan..Kalau sebelum tu pandang aku pun tak si gent tu. Instant karma kot..Hahaha..

Akhirnya, walaupun sgt letih dan mengantuk, lebih kurang 11.30am, kami pun sampai ke Heidelberg, (original ETA should be 5am, Nampak tak dah lari jauh). Kami juga bernasib baik sebab host Airbnb kami yg ensem, Dominic, masih berada di rumah dan willing utk tunggu kami sampai..Dominic jugak siap lukiskan map dan bagi direction utk kami ke main attraction Heidelberg, the Old Castle.

Jadi, kami mandi2, rehat kejap, keluarlah semula utk ke castle tersebut…..

meh layan gambo umah Dominic. dia dok ngan GF dia. both are nice people. Tak lupa jugak 2 ekor kucing yg sgt comel dan manja. Since aku tak snap gambo masa nih, amek dari website Airbnb saje lah. Anyway, aku recommend sape yg nak ke Heidelberg, cari dia nih. 







No comments:

Post a Comment