7 Nov 2025 (Fri)
Hari ni kami ke Düsseldorf, Germany. Düsseldorf ni antara
bandar yg dikira dekat la juga dari Amsterdam dan sesuai utk daytrip. Tapi dekat
tak dekat pun dlm 3 jam la juga nak sampai hehe. Perjalanan pergi dan balik
dengan menaiki bas, Flixbus. Kami book ticket seawal 7 pagi dari station Amsterdam
Sloterdijk. Sloterdijk ni salah satu train station yg besar juga dan ianya satu
bus stop je dari hotel.
Lepas Subuh je kami terus ke bus stop. Sejuknya sampai ke
tulang. Sementara tunggu bas, sempat la juga mengopi dan makan croissant seketul.
Dalam 6.45, bas pun sampai dan by 7 tu, terus la gerak menuju destinasi yeay
yeay.
![]() |
| Menunggu bas di Subuh sepi'e |
Best juga layan view di highway. Macam2 establishment sepanjang jalan dan juga semestinya, pemandangan hijau dan daunan2 kering. Sampai di border Gemany, bas akan stop dan Imi officer akan naik bas dan check ID/passport sorang2. Abang (adik) imi tu, tengok je dari Malaysia terus dah tak tanya apa2.
Dalam pukul 10, sampailah kami di Düsseldorf. Dari bus stop,
menapak sikit ke arah main train station utk menaiki subway. Di sini, kami guna
1-day pass utk public transport. Jadi, boleh turun naik subway sesuka hati.
![]() |
| Subway |
First stop kami adalah Carlsplatz market. Segar2 bunga kat sini, geram je rasa. Pelbagai gerai ada termasuk cheese, butcher, barang dapur, sayuran. Gerai makan pun ada tapi disebabkan masih awal, ada yang tak beroperasi lagi.
Market ni terletak di Kawasan Altstadt (Old town), jadi dari situ, kami terus berjalan-jalan di Kawasan old town. Jalan punya jalan sampailah terjumpa ferris wheel. Alang2 dah sampai kan, kami pun decided utk naik ferris wheel ni. Harga ticket pun takdelah semahal Eye of London. Terletak berhadapan Rhine River, jadi view nya memang menarik lah.
Disebabkan hampir waktu Zohor, kami pun patah balik ke subway dan terus ke Düsseldorf central mosque. Tunggu selesai locals solat Jumaat, kami pun masuk. Yang agak pelik, ruang Muslimah agak terbuka. Tengah solat tu, ada pulak 3 org lelaki meninjau2 dalam tu..Huhu..Mungkin dorang ingat takde umat manusia sebab baru je selesai Jumaat. Lepas solat, ingatkan nak cari makan, masa mengugel, ada info beberapa kedai makan sekitar masjid. Bila dah sampai, nan hado pun. Semua Kawasan ofis dan residence. Maka terpaksalah kami patah balik ke Old Town dan makan di restoran kebab.
Next, kami ke subway semula dan turun di Königsallee ("Kö"): A world-renowned shopping boulevard featuring luxury brands, cafes, and restaurants. Jamu mata je lah di sini. Nak menyopping, semuanya luxury brand. Walaupun di panggil Christmas sale, tetaplah rabak poket kalau nk beli juga haha.
Bas balik Amsterdam pukul 6.30pm. Sebelum ke bus stop, kami hanya berlegar-legar sekitar main train station tu. Malangnya, ingatkan bas on time, rupanya delay dekat 2 jam. Penyudahnya, sampai di Amsterdam Sloterdijk hampir 12am. Nasib baik masih ada bas utk balik hotel. Selama aku berkelana di Europe, tak pernah ada pengalaman positif dengan public transport di Germany. Dengan Ita, Farah dan latest BB, semuanya ada pengalaman pahit. Tapi di negara2 lain ok je haha..
Overall, vibe di sini tak sama macam vibe di Netherlands.
Mungkin bandar ni bukanlah tumpuan pelancong. Di luar train station je dah
ramai homeless. Hancing merata. Boleh pulak masa kami berjalan tu, nampak org
selamba kencing kat corner. Siap ada pakej orang gila merayau di sekitar bus
stop. Maybe Germany will be last in my list for next Europe trip.





































No comments:
Post a Comment