Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Monday, 5 June 2023

Anniversary Trip - Port Dickson; Grand Lexis Hotel

Okay ni baru je semalam. Anniversary trip kali ni kami hanya dapat ke PD untuk satu malam memandangkan kekangan cuti for BB. It's okay, asalkan ada quality time utk kami berdua kan.

So kali ni kami decided untuk stay di Grand Lexis, Ground unit Garden suite pool. Memang masa book pilih yang ground unit for total privacy. Masa aku stay with biras2 in 2022, kami stay di pool suite di main building. Masa jenguk ke bawah, boleh skodeng pool yg upper level tu. So, agak tak privacy di situ. Haha.

Suite ni memang ada 2 katil king. Ideally untuk 4 person lah. Tapi memandangkan anniversary trip, takkan nak ajak org lain lak kan. 

Pool pun just nice for 2-4 person. Berendam la brp jam pun takde sape kisah. 



view dari parking lot

View dari parking lot


Lampu lampi bertukar warna

Water villa




Friday, 8 January 2016

Cowboy Place, Nasi Kukus Ayam Panggang, Port Dickson

Okay, since aku bukak blog2 pasal makan di PD mesti kuar pasal restoran ni, makanya haruslah aku try sendiri. Restoran ni tak jauh dari Teluk Kemang. Masa kami sampai dah 12 lebih dan org dah start ramai. Tapi masih ada meja2 kosong sebab ianya agak besar.

Kami hanya amek set yg ada nasi, ¼ ayam panggang, sup kosong dan sos untuk ayam. Set ni RM6. Air hanya ada tembikai atau mineral RM2. Kalau nak tambah sayur ke, telur ke, atau extra makanan lain2, kena bayar extra lah.
Bagi aku, nasi tu agak kureng umphh rasa kukusannya. Rasa mcm nasi biasa. Sedap lagi nasi kukus ayam berempah kat umah aku..hihi..

Tapi ayam panggang tu x dinafikan memang sedap. Tapi kami dapat dah agak sejuk sebab dorang dah siap2 hidang2 dlm pinggan, customer order boleh terus dapat je. Lauk2 yg lain tak taulah sebab kami tak amek pun. Makanya my curiosity pun dah dipenuhi, jadi lepas ni mungkin aku x payah singgah sini..hihi..

Langit Langi Hotel, Port Dickson

New Year wiken yg lepas, BB dan aku bercuti-cutian kejap di PD. Maklumla dekat la jugak dari rumah kan..Kami stay di Langit Langi Hotel, book via Agoda. Time aku book ni pun dah agak lewat dan banyak hotel yg full dan rate yg mencanak-canak. Baca review mcm ok la jugak.

Hotel ni agak baru dan berada di rumah kedai berdepan dengan Petronas sebelum Pantai Saujana (dari arah KL). Check-in agak smooth. Kami dapat bilik di tingkat 1. Masuk2 je bilik aku da terbau rokok. Rupa-rupanya bilik tu mmg boleh smoking sbb siap ada ashtray lagi. Pasrah le ja mak sebab hotel full house. Biliknye mmg besar, tp aku dapat view belakang iaitu umah tinggal (haruslah curtain tu ditutup sepanjang masa..Huhu..)


Biasala la ada basic amenities tp kettle xde sebab ada water dispenser di koridor. Ada swimming pool yg medium size juga di hotel ni. Sempat la jugak kami berendam barang sekejap.

Breakfast ok la jugak. Time kami ada nasi lemak, roti2, kek pisang, coco crunch (versi murah) dan mushroom soup. Tp meja agak limited. Ada yg kena bawak makanan masuk bilik..


Overall ok la hotel ni but for me, mebbe lagi sesuai utk bisnes trip kot..Kalau ada bajet lebih, baik cari hotel/resort yg betul2 tepi pantai. Location hotel ni tak jauh dari public beach (Pantai Saujana kalo x silap aku) tp still kena drive la ke sana ye.