Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday, 2 April 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Edam; Day 1

5 Nov 2025 (Wed)

“Autumn painted the Netherlands in gold, and we followed the colors — through Edam, Volendam, and Marken — chasing forever.”

Eceh eceh, sawit la sikit..Hihi

First day trip kami pilih utk explore the villages of Edam, Volendam dan Marken. Masing2 ada keunikan yg tersendiri.

Agak pagi juga kami gerak dari hotel. Syok juga layan angin dan sunrise. Perkhidmatan tram dan bas mmg sudah tersedia. Hanya berhadapan hotel.



Dari Amsterdam Centraal, kami menaiki bas ke Edam. Edam ni terkenal dengan cheese, especially Edam cheese. Town dia sangat la laid back, memang sangat tenang menelusuri canal di Tengah pekan tersebut. Kami pun sampai agak pagi, banyak kedai x buka lagi. Mostly bisnes2 retail di Netherlands buka pada 11am.

Dekat je menapak dari bus station ke Tengah town. Sambil2 meninjau rumah-rumah berdekatan. Ada la few bakeries, kedai cheese, café dan restaurant, kedai music, dan juga sekolah. Ada juga small flower garden bersebelahan gereja.

Sedap juga melayan angin pagi, sambil mengunyah biskut Munchies dan melayan kopi 3in1 di bench berhadapan canal. Hehe. Disebabkan kami bukan cheese lovers, makanya pandang dari luar je kedai cheese di situ. Buat para peminat cheese, boleh je nak explore cheese museum, cheese factory dan cheese market.

Best betul jalan2 time takde org ni. Memang tenang terasa. Dah puas, kami pun menapak ke station bus utk ke next town. Jom layan gambar2.











'For the two souls who wandered through autumn — and found forever in the fall'

No comments:

Post a Comment